Selasa, 30 Mei 2023

Motivasi : Formula Kekayaan Dan Kejayaan

 


Sebaik - Baik Manusia


    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Bertemu lagi kita di entry terbaru ini. Pada kali ini, Kak Yunie ingin berkongsi kata - kata motivasi yang akan membantu memberikan semangat yang "luar biasa" kepada kita semua, InsyaAllah dengan izin Allah swt. 


1. BERSYUKUR
Bersyukur dengan apa yang kita ada pada waktu sekarang dan yang akan datang untuk memiliki lebih banyak lagi keberkatan kejayaan di masa hadapan.

2. PASSION
Jangan bazir masa membuat kerja yang kita tidak suka, bekerjalah mengikut minat (passion) itu adalah lebih baik.

3. ILMU
Tanpa ilmu kita tidak berpeluang membangkitkan kekuatan diri dan perniagaan kita.

4. TINDAKAN
Hanya bercakap sahaja tidak mencukupi untuk menempah kejayaan, tindakan pro - aktif perlu dilaksanakan juga untuk lebih berjaya.

5. HADAPI RISIKO
Belajar mengambil risiko, pastikan risiko yang ingin ditempuh sudah dikenal pasti terlebih dahulu.

6. BERANI
Berani berimpian besar, pastikan impian yang ingin dimiliki merupakan realistik untuk dicapai.

7. CIRCLE BERJAYA
Kelilingkan diri sendiri dengan orang yang berjaya, pasti kita akan berjaya juga nanti.

8. TINDAKAN YANG PANTAS
Bertindak dengan pantas, "Fast Action, Fast Result", tetapi pastikan bertindak dengan bersandarkan ilmu yang tepat.

9. BEKERJA DENGAN ORANG YANG BETUL
Bekerja dengan orang yang mempunyai matlamat sama seperti kita, ia akan mempercepatkan lagi proses kejayaan.

10. KEMAHUAN YANG KUAT & SENTIASA POSITIF
Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan, berfikir secara positif setiap masa.

11. KELUAR DARI ZON SELESA
Keluar dari zon selesa kerana ia akan menjadi penghalang untuk tingkatkan potensi diri yang ada.

12. WANG BUKAN MATLAMAT UTAMA
Wang tidak sentiasa menjadi matlamat hidup, terdapat banyak lagi matlamat yang boleh mencetus kejayaan hidup.

13. PENTINGNYA ILMU
Jadikan ilmu sebagai sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Dengan ilmu kita boleh takluk dunia.

14. LEBIH MEMBERI
Banyakkan memberi dari menerima, kerana orang yang memberi adalah orang yang kaya.

15. TAMBAH NILAI KEHIDUPAN ORANG LAIN
Menambah nilai kehidupan orang lain merupakan matlamat yang lebih bermakna dari wang.

16. MEMBANTU ORANG LAIN
Untuk berjaya, kita perlu membantu dan menjayakan orang lain terlebih dahulu.

17. JAGA KOLAM JIWA
Kolam hati mesti dijaga dan dicuci dengan melakukan perkara - perkara yang positif seperti solat, zikir dan banyak memanfaatkan orang lain.

18. SEMUANYA ADALAH DOA
Apa yang anda fikir, cakap, rasa dan buat semuanya adalah DOA.

19. KEGAGALAN ITU ADALAH KEJAYAAN
Jangan takut kepada kegagalan. Pelajari dari kegagalan tersebut dan gunakannya sebagai proses kejayaan. Kegagalan itu adalah kejayaan.

20. BERTINDAK LUAR BIASA
Bertindak luar biasa. Tindakan luar biasa akan memberi kejayaan yang pantas dan berlipat kali ganda.

21. BERSIFAT TERBUKA
Elakkan dari melakukan rutin harian yang tetap. Sentiasa bersifat terbuka kepada sesuatu yang baru dan jadikan diri sendiri fleksibel terhadap semua perkara.

22. FOKUS END RESULT
Impian atau hasil (end result) merupakan perkara yang perlu difokuskan terlebih dahulu. Letakkan seluruh tenaga, perasaan gembira dan positif terhadapnya. Proses untuk mencapai impian tersebut akan datang dengan sendirinya. Jangan lupa untuk bertindak.

23. BEKERJA DENGAN BIJAKSANA
Jadikan kerja kita sebagai satu seni karya yang hebat, bekerja dengan bijaksana.

24. KEBERANIAN BERTERUSAN
Keberanian berterusan diperlukan setiap masa kerana tekanan perniagaan tidak pernah berhenti.

25. KUASA FOKUS
Beri sepenuh perhatian dan fokus terhadapnya.

26. KUASA MAGNET FIKIRAN
Apa yang difikirkan merupakan magnet hidup, ia akan menarik lebih banyak perkara baik di dalam hidup kita.

27. DALAM KAWALAN
Sentiasa kekal momentum dalam pekerjaan , jangan hilang kawalan.

28. TERUSKAN PERJALANAN HIDUP
Masalah hidup akan wujud, teruskan perjalanan dan jangan berhenti.

29. BUAT SAMPAI SELESAI
Orang yang berjaya akan melakukan sesuatu perkara sehingga ia selesai. Orang yang gagal sahaja yang akan lakukan kerja sekerat jalan.

30. SELIDIK SEBELUM BERTINDAK
Melakukan penyelidikan sebelum bertindak akan memberi banyak kelebihan terhadap kerjaya kita.

31. BEKERJA DALAM KUMPULAN
Jangan bekerja seorang diri, bahagikan kerja itu kepada orang lain untuk lakukannya.

32. CABAR DIRI SENDIRI
Sentiasa mencabar diri untuk melakukan terbaik dari yang terbaik.

33. TUKAR HABIT NEGATIF KEPADA POSITIF
Kenal pasti tabiat (habit) negatif diri dan tukarkannya kepada bentuk yang lebih produktif.

34. BERKOMUNIKASI SECARA DIPLOMATIK
Gunakan cara diplomatik bila berkomunikasi. Jangan biarkan perasaan bercelaru semasa berkomunikasi.

35. BIG WHY YANG KUAT
Pastikan setiap matlamat mempunyai penyebab yang kukuh untuk dicapainya. Dengan adanya penyebab yang kukuh, kita akan lebih bersungguh - sungguh untuk mencapai matlamat tersebut. Penyebab boleh jadi orang yang anda sayang seperti ibubapa, suami, isteri dan anak - anak.

36. JAGA KESIHATAN, KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN
Sekali sekala beri diri sendiri berehat. Kesihatan mental dan tubuh badan harus dijaga kerana kesihatan adalah kekayaan.

37. SENTIASA BELAJAR KEMAHIRAN BARU
Pelajari kemahiran baru untuk menambahkan lagi kelebihan potensi diri yang sedia ada. Kemahiran baru mungkin dapat mempercepatkan proses kejayaan.

38. RAIKAN KEJAYAAN
Raikan kejayaan, tidak kira sekecil mana kejayaan itu.

39. KONGSI KEJAYAAN
Kongsikan kejayaan diri sendiri dengan orang lain.

40. PERCAYA DENGAN KEMAMPUAN DIRI
Percaya dengan apa yang kita lakukan kerana ia akan menambahkan lagi keyakinan diri.

41. PENDENGAR YANG BAIK
Jadi pendengar yang bagus, ia akan membantu menarik lebih ramai orang datang kepada kita.

42. KENAL PASTI MASALAH
Kenal pasti masalah dan jadikannya satu penyelesaian kepada orang lain.

43. ISI MASA DENGAN SEBAIKNYA
Hormati masa, sentiasa membuat senarai semak harian bagi mengelak masa terbuang begitu sahaja.

44. MOTIVASI DIRI YANG TINGGI
Kekalkan motivasi diri yang tinggi setiap masa.

45. SETIAP HARI LEBIH BAIK
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

46. JADIKAN PENGEMBARAAN YANG MENGEMBIRAKAN
Jadikan proses menuju kejayaan sebagai satu pengembaraan yang mengembirakan diri.

47. JAUHI STRES
Jauhi dari stres dan juga orang di sekeliling yang stres, kerana stres akan memberi tenaga negatif kepada diri kita.

48. BERTANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab terhadap semua perkara yang kita lakukan.

49. MENJAGA SIKAP & POSITIF
Menjaga sikap diri, orang berjaya akan sentiasa bersikap positif setiap masa.

50. KEMBANGKAN MINDA DENGAN MENCARI ILMU
Kembangkan minda kita dengan mencari ilmu yang berguna melalui pembacaan, kursus, seminar dan sebagainya.


    Kak Yunie doakan semoga perkongsian pada kali ini akan memberi kebaikan, manfaat dan semangat yang baru kepada semua pembaca. Jangan lupa jemput singgah dan baca juga di entry Formula Hidup Luar Biasa dan Bangkit Berniaga . 

Sekian sahaja dari Kak Yunie dan kita berjumpa lagi dientry yang akan datang ye 😄.

Jom FOLLOW Kak Yunie di media sosial yang berikut 👇👇👇 


💓 Personal Fb : Ayunie Ali StarRich

💓 FB Page : StarRich4u

💓 Instagram : StarRich4u



Love,💚

Ayunie Ali StarRich4u




#StarRich4u
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTerengganu
#ReadyStock
#RahmahMeal







Jumaat, 26 Mei 2023

Renewal Membership Shaklee Dengan Mudah



 
" Okey it's time to renew your membership "


Membership Shaklee dah dekat nak expired? Jangan risau, Renewal Shaklee sebenarnya sangat mudah dan cepat kerana ianya boleh dilakukan secara online sahaja.

Lazimnya mana - mana membership tidak kiralah brand apapun pasti ada tempoh expired. Begitu juga dengan membership Shaklee akan expired dalam tempoh setahun jika tiada langsung belian mana - mana produk dibuat secara online ataupun di mana - mana Shaklee Shop dalam tempoh 3 bulan dari tarikh expired membership. 

Setiap keahlian Shaklee akan di renew setiap tahun untuk memastikan data - data semua ahli Shaklee yang berdaftar sentiasa up to date dari masa ke semasa. 

Untuk memudahkan ahlinya mengingati tarikh tersebut, Shaklee telah menetapkan bahawa tarikh expired membership pada tarikh hari lahir kita. 

Jadi mudahlah nak ingat, apabila hari jadi tiba ada 2 perkara yang perlu dilakukan iaitu renew Shaklee membership dan juga lesen memandu 😁 .


CARA MUDAH UNTUK RENEW MEMBERSHIP : 



Belian 1 Produk Secara Online Terus Renew


1. Buat belian mana - mana produk, tak kisahlah produk apa - apapun dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh expired.

2. Beli mana - mana set promo yang ditawarkan pada setiap bulan. Untungnya bulan ini kerana ada promosi Set Rahmah dengan harga yang sangat murah



Promo Set Rahmah Sangat Berbaloi

Renewal ini perlu dilakukan segera sebelum nama digugurkan dari sistem online Shaklee. Tapi jika nama dah gugur, apa perlu korang buat? Jangan risau, tekan sahaja link dibawah nanti Kak Yunie akan bantu korang ye  👇👇👇




KELEBIHAN RENEW MEMBERSHIP :


Sangat Mudah Dan Cepat


1. Menikmati harga ahli (dapat diskaun 25%) dari harga retail.

2. Boleh buat belian dengan menggunakan ID (no ahli) secara online sahaja dengan hanya menggunakan telefon bimbit di www.shaklee.com.my atau mana - mana Shaklee Shop yang terdekat.

3. Boleh menghadiri mana - mana training, kelas nutrisi yang disediakan oleh pihak Shaklee secara online ataupun offline.

4. Boleh dapatkan info terkini mengenai produk (dalam bentuk pdf, gambar, video, testimoni, landmark study serta jurnal - jurnal. Selain itu, boleh juga mengetahui promosi bulanan secara langsung dari Website Shaklee, Email, Facebook dan juga Telegram.

5. Pembelian produk setiap bulan dengan minimum sebanyak 150uv melayakkan untuk mendapat Cash Rebate Shaklee. (Klik sini untuk penerangan lengkap).

6. Boleh terus mulakan Bisnes Shaklee dan sertai Community Shaklee .

7. Pengambilan produk Shaklee secara berterusan akan memberikan kesan baik kepada kesihatan dan kecantikkan diri.

8. Boleh dapatkan khidmat nasihat secara langsung dengan Pakar Nutrisi Shaklee secara percuma.

9. Berpeluang membina legasi bisnes Shaklee sendiri setelah no ID diaktifkan semula.

Jom renew membership sekarang dan jadilah ahli Shaklee yang setia dan berjaya 😍. Banyak sebenarnya kebaikan menjadi ahli Shaklee ni berbanding tidak menjadi ahli. Dengan pembelian mana - mana produk sahaja, melayakkan anda terus menjadi ahli Shaklee dan dapat menikmati kelebihan - kelebihan tersebut. 

Bagi yang belum menjadi ahli Shaklee boleh hubungi Kak Yunie dengan segera ye. Tekan sahaja di gambar WhatsApp dibawah 👇👇👇





Oklah, sampai disini sahaja perkongsian Kak Yunie pada kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di entry yang akan datang. 

Jemput FOLLOW Kak Yunie di media sosial yang berikut : 


💜 Personal Fb : Ayunie Ali StarRich

💜 FB Page : StarRich4u

💜 Instagram : StarRich4u



Love 💕

Ayunie Ali StarRich4u




#StarRich4u
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTerengganu
#ReadyStock
#RahmahMeal








Dapat Makan Vitamin Percuma Dengan Cash Rebate Shaklee



Produk Shaklee Terbaik

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat ilahi masih dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik dan dilapangkan waktu untuk Kak Yunie terus berkongsi. Pada entry kali ini, Kak Yunie ingin kongsikan sesuatu yang sangat istimewa. Apa ye? Mesti korang dah tak sabar nak tahukan? Jom baca lagi 👇👇👇

    Pepatah ada mengatakan " Orang yang tamak selalunya rugi ". Jadi apa kaitannya dengan entry pada kali ini ye? Sebenarnya sangat rugi jika kita beli vitamin sorang - sorang dan tidak berkongsi dengan yang lain. Kenapa? 

    Vitamin Shaklee sudah diakui sebagai vitamin no 1 terbaik didunia dan dijamin selamat, semulajadi dan berkesan. Banyak testimoni telah dikongsikan oleh pengguna - pengguna bahawa pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten telah memberikan kesan yang sangat baik kepada kesihatan mereka. 

    Oleh itu, berkongsilah kebaikan dan manfaat vitamin kepada orang sekeliling seperti ahli keluarga, sahabat handai, rakan sepejabat, jiran tetangga dan sesiapa sahaja. Berkongsilah dengan hati yang tulus ikhlas, InsyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu orang yang memerlukan.

    Dengan perkongsian kebaikan dan manfaat vitamin ini, tentu sahaja kita telah membina bisnes kita sendiri. Alang - alang tu, rugilah jika kita tidak rebut peluang keemasan yang telah disediakan oleh pihak Shaklee iaitu Cash RebateMakin banyak kita berkongsi, makin banyak cash rebate yang akan kita dapat.


TEKNIK USB 


U : Use => Jadi pengguna/ahli Shaklee yang setia dan rasailah keberkesanan setiap vitamin dan produk

S : Share => Kongsi testimoni atau Shaklee effect diri sendiri kepada ahli keluarga, saudara mara serta orang sekeliling. Ceritakan perubahan, kegembiraan, kesan baik selepas mengambil vitamin, adakah telah menyelesaikan banyak masalah kesihatan yang dialami sebelum ini 

B : Build => Bina bisnes bersama rakan - rakan team. Semakin ramai ahli yang aktif didalam team kita, semakin besar cash rebate yang akan diperolehi. Cash rebate ini boleh mencecah 4 sehingga 6 angka sebulan ye. Tiada yang yamg mustahil ! Ketika ini, bukan setakat mampu makan vitamin secara free sahaja tetapi banyak impian dan cita - cita kita dapat dicapai. 


APA ITU CASH REBATE?



Cash Rebate Dalam Bentuk Wang Tunai

    Cash rebate merupakan suatu bentuk insentif yang diberikan oleh pihak Shaklee kepada ahli - ahlinya sebagai bentuk penghargaan atau pampasan atas pembelian yang dilakukan dalam setiap bulan

    Cash rebate ini diberikan dalam bentuk wang tunai / cash dan akan dimasukkan ke dalam akaun ahli - ahlinya yang layak. Berapa jumlahnya, kita yang tentukan sebanyak mana yang kita mahukan. Cash rebate yang kita dapat ini, terpulanglah kepada kita nak beli apa. Tapi paling best, kita boleh beli semula vitamin dan makan secara PERCUMA tanpa mengeluarkan duit poket kita sendiri.


BAGAIMANA CARA UNTUK DAPATKAN CASH REBATE INI?




Tiada Yang Mustahil Dalam Shaklee
 

    Cash rebate ini boleh diperolehi melalui pembelian produk pada setiap bulan. Setiap produk mempunyai point atau dipanggil UV. Syarat minimum pembelian ialah 150 uv sahaja. Semakin tinggi uv terkumpul, maka semakin tinggi cash rebate yang akan kita diperolehi. Cash rebate ini akan dimasukkan terus ke dalam akaun ahli yang layak pada 14 hb setiap bulan

    Bayangkan masa tu, orang lain belum lagi dapat gaji mereka tetapi kita dah dapat cash rebate yang ditawarkan oleh pihak Shaklee ini. Separuh cash rebate ini, kita boleh guna untuk membeli barangan keperluan atau settlekan bil - bil tertunggak dan separuh lagi kita boleh gunakan untuk membeli vitamin untuk dimakan seisi keluarga. Untungkan 😃


" Badan Makin Sihat, Kulit Makin Cantik, Duitpun Dapat "


    Haaa, bestkan? Korang tak nak ke? Dibawah Kak Yunie kongsikan contoh pembelian yang boleh korang lakukan dalam bulan ini untuk memperolehi cash rebate nanti.



Jadual Cash Rebate
 

Contoh pembelian produk untuk bulan Mei 2023 :


💚💚 Diri sendiri 100 uv

💚💚 Ibubapa 100 uv

💚💚 Adik beradik 100 uv

💚💚 Saudara mara 100 uv

💚💚 Kawan sepejabat 100 uv

💚💚 Jiran tetangga 100 uv


    Contoh belian terkumpul ini mencatatkan jumlah sebanyak 600 uv dan melayakkan untuk dapat cash rebate sebanyak 11% dalam kiraan anggaran RM 240. Lebih tinggi uv dikumpul, lebih banyak cash rebate yang kita akan dapat. Cash rebate yang kita dapat ni nanti, boleh digunakan untuk membeli vitamin lagi untuk dimakan sendiri dan juga seisi keluarga.

    Bestkan ! Tapi sebelum tu, korang yang belum menjadi ahli Shaklee lagi, WAJIB JOIN dulu ye. Jom join team Kak Yunie dan kita bina bisnes sama - sama sehingga berjaya okeh !


Disini Kak Yunie sharekan beberapa cara mudah untuk join 😉.  

1. Bayar yuran ahli Rm 35 dan renew secara percuma dengan hanya pembelian 1 produk bernilai Rm 34 ke atas dalam masa setahun.

2. Keahlian PERCUMA dengan pembelian mana - mana produk sebanyak 100uv (anggaran Rm 350) ke atas atau mana - mana set promo yang menawarkan keahlian percuma. 

Bulan ini, ada beberapa set yang menawarkan keahlian percuma iaitu :




Set Rahmah 



Set Hello New You

    Ini antara contoh promosi Shaklee untuk bulan ini, yang korang boleh grab untuk dapatkan FREE MEMBERSHIP. Memang jimat dan berbaloi - baloi. 




Promosi Produk Youth 

    Selain itu, Shaklee juga mengadakan promosi BUY 1 FREE 1 untuk produk Youth Skincare terpilih.  

💗 Beli Youth Radiance C + E, percuma Youth Clay Mask dan Youth Gel Mask 
💗 Beli Youth Advanced Renewal Night Cream Rich percuma Youth Gel Mask atau Youth Clay Mask



Jom Sertai Team Kami



Bina Legasi Anda Sekarang


    So apa yang korang tunggu lagi? Jom hubungi Kak Yunie segera dengan menekan link Whatsapp dibawah dan Kak Yunie akan bantu korang untuk dapatkan cash rebate yang banyak, atau at least 3 angka supaya korang dapat beli dan makan vitamin secara percuma.  
 



    Boleh juga tekan link dibawah untuk pendaftaran secara online dan mulakan pembelian online hari ini juga. 




Jemput singgah dan baca entry - entry ini 👇👇👇 juga ye : 



    Terima kasih Kak Yunie ucapkan 🌹 kerana sudi singgah dientry ini. Sehingga kita berjumpa lagi dientry yang akan datang, InsyaAllah. 

Jangan lupa untuk FOLLOW Kak Yunie di media sosial yang berikut : 


💛💜 Personal Fb : Ayunie Ali StarRich

💛💜 FB Page : StarRich4u

💛💜 Instagram : StarRich4u



Love 💘

Ayunie Ali StarRich4u




#StarRich4u
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTerengganu
#ReadyStock
#RahmahMeal








BELIEVE IN YOURSELF

Assalamualaikum & salam positif semua 💕.


Yunie doakan semoga semua urusan sahabat - sahabat untuk hari ini dipermudahkan & kita semua dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. InsyaAllah dengan izin darinya.


#StarRich4u
#MotivasiPagi


Rabu, 17 Mei 2023

Set Hello New You Untuk Kurus Secara Sihat

 


Jom Kurus Secara Sihat Bersama Set Hello New You


Assalamualaikum wbt.

Apa khabar semua? Sihat? Masih beraya dan menghadiri Open House ke tu? Kak Yunie dan family masih menghadiri lagi jemputan Open House di beberapa rumah sahabat - sahabat  terdekat. Maklumlah puasakan sebulan, rayapun kita nak sebulanlah, hihi. Apa - apapun kita enjoy je lah suasana berhari raya untuk tahun ini. 




Raya, raya juga timbang berat jangan dilupakan ye supaya kita makan tidak lupa diri 😂. Setelah hampir sebulan kita berhari raya tentu sekali berat badan telahpun naik secara mendadak. Betul tak? 

Sebenarnya, banyak faktor kenapa kita perlu untuk kurus. Ini antaranya : 

📍 Doktor dah bagi warning kerana menjejaskan kesihatan dan kesuburan

📍 Disangka / ditegur mengandung tapi sebenarnya tak mengandungpun

📍 Suami dah pandai pandang perempuan lain

📍 Baju dan seluar dah ketat dan sendat

📍 Peha bergesel - gesel bila berjalan

📍 Rakan tegur nampak berisi dah

📍 Lutut dan tumit selalu sakit 

📍 Perut dah berlapis - lapis

📍 Jalan sikit dah semput



Set Hello New You

So apa lagi yang ditunggu? Set Hello New You ada untuk membantu supaya kurus secara sihat dan cantik, InsyaAllah. Jom kita berkenalan dengan Set Hello New You ni. 

Apa itu Set Hello New You? Set Hello New You ialah Set Kurus yang mana ianya terdiri daripada beberapa jenis produk seperti :

Cinch Shake Mix

Lecithin

Omega Guard 

Herb - lax



Free Cinch Shake Perasa Vanilla


Set Hello New You ini dapat membantu :

💪 Membina otot - otot dengan padat supaya badan kelihatan kurus dan cantik

💪 Meningkatkan tenaga dan kecergasan badan

💪 Menurunkan berat badan secara sihat

💪 Memberi rasa kenyang yang lama

💪 Menambah baik sistem pencernaan

💪 Meningkatkan keyakinan diri

💪 Menurunkan kolesterol

💪 Membakar lemak


Testimoni Pengguna Set Hello New You :



Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3



Testimoni 4



Testimoni 5



Testimoni 6 


Testimoni 7 


Bagaimana Set Hello New You bertindak?



Konsep 3 B


Set Hello New You menggunakan konsep 3 B iaitu Bakar, Buang Dan Bina

💢 BakarMembakar lemak tepu dibawah kulit serta melarutkan lemak bagi memudahkan proses penyingkiran

💢 Buang : Menyingkirkan toksin dan membersihkan usus secara semulajadi

💢 Bina : Membentuk badan serta mengelakkan badan menggelebeh selepas kurus

Shaklee menggalakkan pengurusan berat badan yang BERKESAN dengan mengambil kira NUTRISI yang diperlukan oleh tubuh badan kita dan bukan bersifat sementara. Situasi ini berbeza dengan program diet diluar sana. 

Jika nak turunkan berat badan secara sihat ambillah Set Hello New You ini kerana ianya sangat berkesan dan kandungannya juga selamat untuk kesihatan kita.



Kebaikan dan manfaat Omega Guard dan Lecithin


Omega Guard : 

Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 

Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905 mg asid-lemak omega 3 EPA dan DHA. Omega Guard membantu membakar lemak dengan cepat disamping membantu menurunkan kolesterol.



Lecithin :

Lecithin diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. 

Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salurdarah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh. Pengambilan lecithin mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan kurus yang seimbang dan menghalang obesity.


Kebaikan dan manfaat Herb-lax


Herb-lax :

Herb-lax mengandungi 9 herba semulajadi hasil kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat. Ia membantu pembersihan najis yang tersekat dengan merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. 

Ia juga membantu menyelesaikan masalah sembelit. Tindakan pembersihannya yang lembut  boleh mengambalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.

Herb-lax membantu juga dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut dan mengempiskan perut.



Kebaikan dan manfaat Cinch Shake


Cinch Shake :

Cinch Shake adalah suplemen berbentuk serbuk yang mana mengandungi bahan utama dipanggil Leucine. Leucine bertanggungjawab untuk membantu pertumbuhan otot, sintesi protein, pembaharuan dan memperbaiki sel serta pengatur metabolisme. 

Setiap kali anda minum Cinch Shake, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting serta 6 gram serat larut. Protin sangat penting kerana digunakan untuk membina otot dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.

Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA boleh hubungi Kak Yunie dengan menekan butang Whatsapp dibawah 📲📲📲




Semoga perkongsian Kak Yunie pada kali ini akan memberi manfaat dan membantu para pembaca untuk kurus secara sihat dan cantik. 

Untuk dapatkan maklumat lain, boleh baca entry - entry dibawah ye :

1. Tips Kurus Dengan Cepat

2. Kurus Secara Sihat

3. Intermittent Fasting

4. Keburukan Intermittent Fasting


Kak Yunie ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi singgah di entry ini. Sehingga kita berjumpa lagi di entry yang akan datang, insyaAllah 😉.


Love 💓

Ayunie Ali StarRich4u


#StarRich4u

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#ShakleeTerengganu

#ReadyStock