Khamis, 24 Oktober 2019

JADILAH SEORANG YANG BIJAK MEMILIH!




PROMO MURAH - MURAH AKAN BERAKHIR 31 OKTOBER !!!

Promo Ostematrix murah - murah, 1 set Ostematrix = 3 botol dengan diskaun sebanyak 5% akan berakhir pada 31 Oktober ini.

Jadilah seorang yang bijak memilih dengan merebut peluang keemasan ketika harga sedang murah.

Sekali anda mencuba Ostematrix ini, sudah pastinya tidak akan menyesal ðŸ˜Š.

Rabu, 23 Oktober 2019

CARA SUPAYA DOA MUDAH DIKABULKAN ALLAH


Baca Surah Al-Fatihah 41 Kali Sebelum Berdoa, Maka Doamu Akan Dikabulkan Allah

Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca al Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas.

Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insyaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.

Semoga perkongsian tentang cara membaca surah Al Fatihah untuk memohon hajat dapat memberi manfaat kepada semua.

10 FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN (PART 2)



11. KELUAR DARI ZON SELESA
Keluar dari zon selesa anda, ia akan menjadi penghalang untuk anda tingkatkan potensi diri yang ada.

12. WANG BUKAN MATLAMAT UTAMA
Wang tidak sentiasa menjadi matlamat hidup, terdapat banyak lagi matlamat yang boleh mencetus kejayaan hidup.

13. PENTINGNYA ILMU
Jadikan ilmu sebagai sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Dengan ilmu anda boleh takluk dunia.

14. LEBIH MEMBERI
Banyakkan memberi dari menerima, kerana orang yang memberi adalah orang yang kaya.

15. TAMBAH NILAI KEHIDUPAN ORANG LAIN
Menambah nilai kehidupan orang lain merupakan matlamat yang lebih bermakna dari wang.

16. MEMBANTU ORANG LAIN
Untuk anda berjaya, anda mesti menjayakan orang lain terlebih dahulu.

17. JAGA KOLAM JIWA
Kolam hati mesti dijaga dan dicuci dengan melakukan perkara - perkara yang positif seperti solat, zikir dan banyak memanfaatkan orang lain.

18. SEMUANYA ADALAH DOA
Apa yang anda fikir, cakap, rasa dan buat semuanya adalah DOA.

19. KEGAGALAN ITU ADALAH KEJAYAAN
Jangan takut kepada kegagalan. Pelajari dari kegagalan tersebut dan gunakannya sebagai proses kejayaan anda. Kegagalan itu adalah kejayaan.

20. BERTINDAK LUAR BIASA
Bertindak luar biasa. Tindakan luar biasa akan memberi kejayaan yang pantas dan berlipat kali ganda.

Selasa, 22 Oktober 2019

MY REAL STORY DI MUSIM HAJI...





Ubat batuk jenis tablet ni yunie borong banyak untuk bekalan musim haji tahun lepas 2018/1439 H. Yunie beli jenis tablet di farmasi selepas membaca blog dan tips - tips jemaah haji yang lepas - lepas. 

Cadangan mereka, lebih senang membeli yang tablet kerana senang untuk dibawa dan tidak tumpah. Selain itu, mereka juga cadangkan supaya kita borong banyak supaya disana nanti kita boleh sedekahkan kepada jemaah - jemaah yang memerlukan.

So setiap tips dan cadangan yang yunie baca, yunie ikut.

Alhamdulilah, apabila sampai disana kami dikurniakan kesihatan yang sangat baik walaupun cuaca dimusim haji sangat panas berbanding di musim umrah. Asbab pengambilan vitamin pilihan kami iaitu Shaklee secara konsisten sejak dari Malaysia lagi.

Semasa disana, bukan kami tak demam atau batuk langsung, demam dan batuk - batuk juga. Tapi orang kata, demam - demam manje gituuu.

Suhu badan panas hanya 0.6 sahaja, batuk pun batuk mengade - mengade dan sekejap sahaja, tak macam jemaah lain yang batuk sampai merah mata mereka.

So ubat batuk yang yunie borong ni langsung tidak disentuh. Semasa di sana dan sebelum balik ke Malaysia memang yunie berhajat nak sedekahkan kepada jemaah yang lain, (kami penerbangan awal, so ramai lagi jemaah yang berada di Mekah ketika itu) tetapi mereka tak nak kerana masing - masing dah bawa bekalan ubat - ubatan sendiri dari Malaysia juga.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, masa terus berlalu dengan pantasnya. Ubat batuk yang dibeli awal tahun lepas baru disentuh beberapa hari yang lepas kerana yunie terkena batuk.

Apabila diimbau kembali kenangan haji tahun lepas, yunie merasa sangat bersyukur kepada Allah swt, asbab pengambilan vitamin Shaklee secara konsisten, Allah swt memberikan kesihatan yang sangat baik kepada kami sekeluarga dan mempermudahkan segala urusan ibadat haji kami.

Syukur padaMU YA ALLAH ❤️🧡💛💚💙💜🖤

Isnin, 21 Oktober 2019

NAK REZEKI MELIMPAH RUAH ???





Jom sama - sama kita amalkan, semoga Allah swt melimpah ruahkan rezeki kita setiap hari.

Aamiin ya rabal alamin...

KISAH BAGAIMANA REZEKI MELIMPAH RUAH DAN BAGAIMANA KELUAR DARI HUTANG








Jangan lupa baca 4 Surah :
1) Lepas Subuh : Surah AL - WAQIAH
2) Lepas Dhuha : Surah AR - RAHMAN
3) Lepas Maghrib : Surah YASSIN
4) Lepas Isyak : Surah AL MULK
Paling mudah rezeki berganda - ganda adalah sedekah, dan yakin JANJI ALLAH.
Tetapi kalau tiada duit ???
Inilah amalan yang baik. 
Jom sama - sama kita amalkan ya...

MENGHILANGKAN KESULITAN HIDUP





1. Banyakkan Istighfar

2. Amalkan doa nabi Yunus
لاَّ Ø¥ِÙ„َـهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َنتَ سُبْØ­َـنَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙ‰ Ùƒُنتُ Ù…ِÙ†َ الظَّـلِÙ…ِينَ

3. Solat taubat setiap malam

4. Berdoa dengan nama-nama ALLAH (Asmaulhusna)

5. Berdoa setiap hari Jumaat (mulai maghrib hari Khamis sampai maghrib Jumaat)

6. Berdoa waktu hujan mula turun (Jangan mengeluh, angkat tangan terus berdoa)

7. Berdoa setiap malam (1/3 malam. Maksudnya di antara jam 3-5 pagi solat tahjud, hajat dan taubat)

8. Berdoa sebelum subuh (Sebelum azan, pastikan sudah bersedia ada atas tikar sembahyang. Istighfar dahulu)

9. Berdoa sebelum Maghrib (sama seperti subuh)

10. Berdoa sebelum berbuka puasa

11. Berdoa waktu sakit (jangan mengeluh. Masa inilah doa dimakbulkan sebab kifarah-kifarah dosa kita).

Berdoalah dan memohon pada ALLAH SWT agar dimurahkan rezeki kita dan dijauhkan dari kesulitan hidup. 
Insyaallah setiap doa itu ALLAH akan makbulkan. Cuma jangan putus asa.

PENCEGAHAN OSTEOPOROSIS





PENCEGAHAN
Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis adalah senaman ’Weight Bearing’ dan senaman ’Resistance’. Jogging, lompat tali (skipping), senaman aerobik dan melompat atas dan bawah ditempat yang sama baik untuk kekuatan tulang.
Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan, main tenis, berenang amat berguna. Untuk orang yang lebih tua, senaman perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan,  menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana.
Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
  • Makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi, sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.
  • Berhenti merokok, menghisap rokok meningkatkan risiko osteoporosis.
  • Hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.
Penghidap osteoporosis boleh mengurangkan risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik ialah sentiasa berhati-hati mengenalpasti perkara yang boleh menyebabkan jatuh seperti lingkaran wayar. Pastikan anda sentiasa memeriksa tahap penglihatan dan pendengaran. Sesetengah warga emas memakai pelindung khas pada pinggul untuk mengelakkan kecederaan semasa jatuh.
* Sumber : myhealth.gov.my

PENTINGNYA KALSIUM YANG MENCUKUPI








DIAGNOSA
Osteoporosis selalunya tidak didiagnosakan sehinggalah tulang rapuh lalu menyebabkan tulang patah. Sinaran x tidak boleh memberi ukuran jisim tulang yang betul, tetapi boleh mengenalpasti kepatahan tulang belakang. Kepadatan tulang dapat dilihat melalui scan, dipanggil ‘ dual energy X-ray absorptiometry (DEXA) scan’, digunakan untuk mengukur kepadatan tulang dan dapat membandingkannya dengan yang normal. Ujian ini mengukur kekuatan tulang serta risiko kepatahan

KOMPLIKASI
Osteoporosis menyebabkan badan menjadi rendah serta bongkok akibat kepatahan tulang belakang (spinal ). Ini bermakna tulang belakang tidak lagi mampu untuk menyokong berat badan. Kebiasaannya kemalangan kecil boleh menyebabkan patah atau rentak di pergelangan tangan, lengan, leher atau tulang pinggul.
Sesetengah orang menjadi tidak berupaya kesan daripada tulang yang rapuh. Penggantian semula tulang pinggul selalunya diperlukan sekiranya ia patah, dan ini akan menyebabkan pesakit tidak mampu berjalan sendiri. Walaupun osteoporosis tidak memendekkan jangka hayat manusia, ketidakupayaan bergerak sendiri menjadi sebab utama kemasukan ke rumah penjagaan.

RAWATAN
Ada beberapa rawatan yang disediakan untuk osteoporosis :
  • Terapi gantian hormon (Hormone Replacement Therapy) terapi ini membantu wanita yang bakal menopos dengan mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kepatahan tulang sepanjang rawatan. Walau bagaimapun pun HRT tidak selalu disyorkan sebagai rawatan pertama osteoporosis kerana mampu meningkatkan risiko mendapat strok, sakit jantung dan juga kanser payu dara. Anda perlu berbincang dengan doktor mengenai kebaikan dan risiko HRT.
  • Rawatan testosteron sangat berguna kepada lelaki yang dikaitkan dengan oateoporosis kesan daripada kekurangan penghasilan hormon seks lelaki.
  • Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar sel osteoklas pecah akan direndahkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Bisfosfonat ubatan bukan hormone mengekalkan keupayaan tulang dan mengurangkan kadar kepatahan. Kadar kerapuhan tulang dikurangkan manakala proses penghasilan akan meningkat.
  • Kalsitonin hormon yang dihasilkan dari kelenjar tiroid menghalang sel yang menyebabkan kerapuhan tulang.
  • Kalsium dan vitamin D tambahan amat berguna untuk lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. Pengambilan kalsium yang mencukupi dalam pemakanan semasa muda sangatlah penting bagi mengurangkan risiko terutama wanita. Anda perlu 1000mg kalsium setiap hari iaitu bersamaan dengan segelas susu. Sekiranya anda tidak mendapat kalsium yang cukup dalam pemakanan harian tanyalah doktor anda untuk mendapatkan nasihat pengambilan supplemen kalsium.
  • Selective Estrogen Receptor Modulators (SERMs) adalah ubatan yang mengurangkan risiko kepatahan terutama tulang belakang.
* Sumber : myhealth.gov.my

SEBAB - SEBAB OSTEOPOROSIS



Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko osteoporosis, kerana tulang masih kuat.
Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis: Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon estrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila :
  • Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
  • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan. Hormon lelaki , iaitu testosteron juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.
Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita, estrogen dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh masalah hormon, termasuk :
  • Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
  • Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormon seks (estrogen dan testosteron).
  • Gangguan di kelenjar pituitari 
  • Kencing manis.
Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk :
  • Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  • Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti terlantar di katil.
  • Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  • Gangguan penyerapan seperti ‘ Coeliac disease’ dan Crohn’s disease.
  • Penggunaan ubat korti kosteroid pada dos yang tinggi bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
  • Kekurangan kalsium .
  • Paras vitamin D rendah.
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan).
* Sumber : myhealth.gov.my

TANDA & GEJALA OSTEOPOROSIS



Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk terjadi. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan.
Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang), tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.
Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan bagi setengah warga emas dan kualiti hidup mereka akan terjejas. Sesetengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan.
Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang vertebra patah ( atau pecah ) membuatkan susah untuk menyokong berat badan.

* Sumber : myhealth.gov.my

TULANG RAPUH (OSTEOPOROSIS)



TAHUKAH ANDA???

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah.
Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita selepas menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.
Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan kepadatan tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.
Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen (serat elastik yang kuat), bahan mineral, salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil. Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik.
Tulang yang dibaiki diperteguhkan dengan pelbagai zat protin dan mineral yang diserap dari saluran darah. Ini termasuk kalsium, fosporus, protien dan juga asid amino . Hormon pertumbuhan dan hormon seks mengawal jumlah mendapan bahan mineral dalam tulang. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopaus, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.
* Sumber : myhealth.gov.my

Ahad, 20 Oktober 2019

10 FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN (PART 1)






1. BERSYUKUR
Bersyukur dengan apa yang ada sekarang & yang akan datang untuk memiliki lebih banyak lagi keberkatan kejayaan di masa hadapan.

2. PASSION
Jangan bazir masa membuat kerja yang anda tidak suka, bekerja mengikut minat (passion) adalah lebih baik.

3. ILMU
Tanpa ilmu anda tidak berpeluang membangkitkan kekuatan diri anda dan perniagaan anda.

4. TINDAKAN
Hanya bercakap sahaja tidak mencukupi untuk anda berjaya, tindakan pro - aktif perlu dilaksanakan juga untuk berjaya.

5. HADAPI RISIKO
Belajar mengambil risiko, pastikan risiko yang ingin ditempuh sudah dikenal pasti oleh anda terlebih dahulu.

6. BERANI
Berani berimpian besar, pastikan impian yang ingin dimiliki merupakan realistik untuk dicapai.

7. CIRCLE BERJAYA
Kelilingkan diri anda dengan orang berjaya, anda pasti akan berjaya juga.

8. TINDAKAN YANG PANTAS
Bertindak dengan pantas, " Fast Action, Fast Result ", tetapi bertindak dengan bersandarkan ilmu yang tepat.

9. BEKERJA DENGAN ORANG YANG BETUL
Bekerja dengan orang yang mempunyai matlamat seperti anda, ia akan mempercepatkan lagi proses kejayaan.

10. KEMAHUAN YANG KUAT & SENTIASA POSITIF
Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan, berfikir secara positif setiap masa.

BAYAM BRAZIL...




Alhamdulilah rezeki petang ni, pokok bayam Brazil pemberian seorang sahabat iaitu Kamilah Ismail & Cik Ngoh sekeluarga.

Terima kasih banyak - banyak ðŸŒ¹.

Tambah lagi satu jenis pokok dan sayur - sayuran di #MyMiniGarden.

Kita tunggu pokok bayam Brazil ni membesar dan membiak banyak sikit.

Nanti boleh dibuat sebagai ulam - ulaman, memang sedap, segar dan berkhasiat ni ðŸ˜‹.
#StarRich4u
#BayamBrazil
#MyMiniGarden