Jumaat, 29 November 2019

7 PETUA HIDUP TENANG


Assalamualaikum dan salam Jumaat yang barokah.

Didoakan semoga semuanya sentiasa dalam perlindungan Allah swt.

#StarRich4u
#SelamatPagi
#TipsHidupTenang


Sabtu, 23 November 2019

UPDATE FROM MY SOHO...



Dapat beli table runner gold & bunga orange mix cream untuk my SOHO.

Just nice and sweet ðŸ˜˜.

Kami beli di Kaison, AEON Mall Kota Baharu tempoh hari.

Alhamdulilah & thank you en suami sebab sudi turutkan kehendak si isteri ðŸŒ¹.

KESIHATAN YANG BAIK BERMULA DENGAN VITAMIN C






Untuk order dan pertanyaan, sila tekan link dibawah ye...


RASA MENGANTUK MENJELANG TENGAH HARI???




Inilah peneman setia ðŸ˜˜.

 Diperkaya dengan 100mg vitamin C dalam setiap tablet chewable.
 Membantu menguatkan antibodi badan.
 Rasa sitrus yang sangat sedap.
 Tiada gula tambahan & tidak merosakkan gigi
 Sesuai untuk seisi keluarga (orang dewasa serta kanak - kanak).
 Boleh dikemam dan dikunyah.
 Vitamin untuk kesihatan dan boleh dijadikan penganti "gula - gula" untuk kanak - kanak.


MASING - MASING ADA ZAMAN "JAHILIAH", TAK DAPAT NAK ELAK...




Pesanan khidmat masyarakat ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡.

Sedia kita maklum, setiap orang ada zaman jahiliah masing - masing.

Ada yang sudah berhijrah, ada yang belum (kita doakan semoga Allah membukakan hati dan kita semua sempat untuk berhijrah). Aamiin.

Kita sebagai sahabat sesama Islam perlu lebih PEKA dan SENSITIF dalam menyebarkan gambar - gambar wanita yang sudah BERHIJRAH.

Contoh mudah untuk difahami :

1) Dulu wanita A tidak bertudung sekarang dah bertudung.
2) Dulu wanita B tak pakai stokin dan hand socks, sekarang dah pakai.
3) Dulu wanita C tidak memakai tudung dengan sempurna (menampakkan dada), sekarang dah tutup dada dengan sempurna.

Zaman makin canggih, makin mudah gambar - gambar disebarkan di media sosial dengan galaknya.

Kita perlu lebih peka dan sensitif sebelum up gambar - gambar orang lain di media sosial kita.

Perlulah terlebih dahulu menutup (dengan sticker @ blurkan) bahagian aurat wanita yang terbuka terutama sekali untuk wanita - wanita yang sudah berhijrah.

AMBIL PERHATIAN YE !!!

Jangan kita ambil mudah dan enteng tentang isu ini.

Apabila kita jaga aib dan aurat orang lain, In Syaa Allah, Allah akan jaga aib dan aurat kita pula.

BE HAPPY...



Assalamualaikum and good morning...


Jumaat, 22 November 2019

ESP MURAH !!!




Just nak remind promo ESP masih onzzzz guys, jangan lambat nanti ketinggalan.

Promo murah - murah tinggal 9 hari je lagi okey.




MY GULA - GULA YANG MENYIHATKAN...







Sambil siapkan report sambil kemam chewable C plus ni.

Nyumnyum...

Sedap wowww, bukan sahaja sedap tapi menyihatkan, tanpa gula ye.

Lebih menyihatkan dari makan gula - gula atau coklat tu.

Dengan rasa limon citrus yang sedap dan fresh mampu membuatkan biji mata ni cerah, tak rasa mengantuk walaupun cuaca sangat best untuk tidur sekarang ni.

Alhamdulilah siap dah satu report, nak siapkan report yang kedua pula sambil kemam - kemam lagi chewable c plus ni ðŸ˜‹.

https://wa.me/60182279679

Rabu, 13 November 2019

KERAK DAN SEL MATI DI KULIT MUKA HILANG...



Sental muka dengan Perfecting Skin Toner Youth, habis tertanggal segala kerak dan sel - sel mati di kulit muka ni.

Jangan ingat bila kita dah cuci muka, kulit dah bersih sepenuhnya, salah tu.

Ni buktinya, selepas disental kelihatan terdapat kekotoran di kapas muka ni.

Sekarang baru terasa licin dan lembut kulit muka ni ðŸ˜Š.


Selasa, 12 November 2019

MODUL : 50 FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN




1. BERSYUKUR
Bersyukur dengan apa yang ada sekarang & yang akan datang untuk memiliki lebih banyak lagi keberkatan kejayaan di masa hadapan.

2. PASSION
Jangan bazir masa membuat kerja yang anda tidak suka, bekerja mengikut minat (passion) adalah lebih baik.

3. ILMU
Tanpa ilmu anda tidak berpeluang membangkitkan kekuatan diri anda dan perniagaan anda.

4. TINDAKAN
Hanya bercakap sahaja tidak mencukupi untuk anda berjaya, tindakan pro - aktif perlu dilaksanakan juga untuk berjaya.

5. HADAPI RISIKO
Belajar mengambil risiko, pastikan risiko yang ingin ditempuh sudah dikenal pasti oleh anda terlebih dahulu.

6. BERANI
Berani berimpian besar, pastikan impian yang ingin dimiliki merupakan realistik untuk dicapai.

7. CIRCLE BERJAYA
Kelilingkan diri anda dengan orang berjaya, anda pasti akan berjaya juga.

8. TINDAKAN YANG PANTAS
Bertindak dengan pantas, "Fast Action, Fast Result", tetapi bertindak dengan bersandarkan ilmu yang tepat.

9. BEKERJA DENGAN ORANG YANG BETUL
Bekerja dengan orang yang mempunyai matlamat seperti anda, ia akan mempercepatkan lagi proses kejayaan.

10. KEMAHUAN YANG KUAT & SENTIASA POSITIF
Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan, berfikir secara positif setiap masa.

11. KELUAR DARI ZON SELESA
Keluar dari zon selesa anda, ia akan menjadi penghalang untuk anda tingkatkan potensi diri yang ada.

12. WANG BUKAN MATLAMAT UTAMA
Wang tidak sentiasa menjadi matlamat hidup, terdapat banyak lagi matlamat yang boleh mencetus kejayaan hidup.

13. PENTINGNYA ILMU
Jadikan ilmu sebagai sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Dengan ilmu anda boleh takluk dunia.

14. LEBIH MEMBERI
Banyakkan memberi dari menerima, kerana orang yang memberi adalah orang yang kaya.

15. TAMBAH NILAI KEHIDUPAN ORANG LAIN
Menambah nilai kehidupan orang lain merupakan matlamat yang lebih bermakna dari wang.

16. MEMBANTU ORANG LAIN
Untuk anda berjaya, anda mesti menjayakan orang lain terlebih dahulu.

17. JAGA KOLAM JIWA
Kolam hati mesti dijaga dan dicuci dengan melakukan perkara - perkara yang positif seperti solat, zikir dan banyak memanfaatkan orang lain.

18. SEMUANYA ADALAH DOA
Apa yang anda fikir, cakap, rasa dan buat semuanya adalah DOA.

19. KEGAGALAN ITU ADALAH KEJAYAAN
Jangan takut kepada kegagalan. Pelajari dari kegagalan tersebut dan gunakannya sebagai proses kejayaan anda. Kegagalan itu adalah kejayaan.

20. BERTINDAK LUAR BIASA
Bertindak luar biasa. Tindakan luar biasa akan memberi kejayaan yang pantas dan berlipat kali ganda.

21. BERSIFAT TERBUKA
Elakkan dari melakukan rutin harian yang tetap. Sentiasa bersifat terbuka kepada sesuatu yang baru dan jadikan diri anda fleksibel terhadap semua perkara.

22. FOKUS END RESULT
Impian atau hasil (end result) merupakan perkara yang perlu difokuskan terlebih dahulu. Letakkan seluruh tenaga, perasaan gembira dan positif terhadapnya. Proses untuk mencapai impian tersebut akan datang dengan sendirinya. Jangan lupa untuk bertindak.

23. BEKERJA DENGAN BIJAKSANA
Jadikan kerja anda sebagai satu seni karya yang hebat, bekerja dengan bijaksana.

24. KEBERANIAN BERTERUSAN
Keberanian berterusan diperlukan setiap masa kerana tekanan perniagaan tidak pernah berhenti.

25. KUASA FOKUS
Beri sepenuh perhatian dan fokus terhadapnya.

26. KUASA MAGNET FIKIRAN
Apa yang difikirkan merupakan magnet hidup, ia akan menarik lebih banyak perkara baik di dalam hidup anda.

27. DALAM KAWALAN
Sentiasa kekal momentum kerja anda, jangan hilang kawalan.

28. TERUSKAN PERJALANAN HIDUP
Masalah hidup akan wujud, teruskan perjalanan anda dan jangan berhenti.

29. BUAT SAMPAI SELESAI
Orang yang berjaya akan melakukan sesuatu perkara sehingga ia selesai. Orang yang gagal sahaja yang akan lakukan kerja sekerat jalan.

30. SELIDIK SEBELUM BERTINDAK
Melakukan penyelidikan sebelum bertindak akan memberi banyak kelebihan terhadap kerjaya anda.

31. BEKERJA DALAM KUMPULAN
Jangan bekerja seorang diri, bahagikan kerja itu kepada orang lain untuk lakukannya.

32. CABAR DIRI SENDIRI
Sentiasa mencabar diri untuk melakukan terbaik dari yang terbaik.

33. TUKAR HABIT NEGATIF KEPADA POSITIF
Kenal pasti tabiat (habit) negatif diri dan tukarkannya kepada bentuk yang lebih produktif.

34. BERKOMUNIKASI SECARA DIPLOMATIK
Gunakan cara diplomatik bila berkomunikasi. Jangan biarkan perasaan bercelaru semasa berkomunikasi.

35. BIG WHY YANG KUAT
Pastikan setiap matlamat mempunyai penyebab yang kukuh untuk dicapainya. Dengan adanya penyebab yang kukuh, anda akan lebih bersungguh - sungguh untuk mencapai matlamat tersebut. Penyebab boleh jadi orang yang anda sayang seperti ibubapa, isteri dan anak - anak.

36. JAGA KESIHATAN, KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN
Sekali sekala beri diri anda berehat. Kesihatan mental dan tubuh badan harus dijaga kerana kesihatan adalah kekayaan.

37. SENTIASA BELAJAR KEMAHIRAN BARU
Pelajari kemahiran baru untuk menambahkan lagi kelebihan potensi diri yang sedia ada. Kemahiran baru mungkin dapat mempercepatkan proses kejayaan.

38. RAIKAN KEJAYAAN
Raikan kejayaan, tidak kira sekecil mana kejayaan itu.

39. KONGSI KEJAYAAN
Kongsikan kejayaan anda dengan orang lain.

40. PERCAYA DENGAN KEMAMPUAN DIRI
Percaya dengan apa yang anda lakukan kerana ia akan menambahkan lagi keyakinan diri.

41. PENDENGAR YANG BAIK
Jadi pendengar yang bagus, ia akan membantu menarik lebih ramai orang datang kepada anda.

42. KENAL PASTI MASALAH
Kenal pasti masalah dan jadikannya satu penyelesaian kepada orang lain.

43. ISI MASA DENGAN SEBAIKNYA
Hormati masa, sentiasa membuat senarai semak harian bagi mengelak masa terbuang begitu sahaja.

44. MOTIVASI DIRI YANG TINGGI
Kekalkan motivasi diri yang tinggi setiap masa.

45. SETIAP HARI LEBIH BAIK
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

46. JADIKAN PENGEMBARAAN YANG MENGEMBIRAKAN
Jadikan proses menuju kejayaan sebagai satu pengembaraan yang mengembirakan diri.

47. JAUHI STRES
Jauhi dari stres dan juga orang di sekeliling yang stres, kerana stres akan memberri tenaga negatif kepada anda.

48. BERTANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab terhadap semua perkara yang anda lakukan.

49. MENJAGA SIKAP & POSITIF
Menjaga sikap diri, orang berjaya akan sentiasa bersikap positif setiap masa.

50. KEMBANGKAN MINDA DENGAN MENCARI ILMU
Kembangkan minda anda dengan mencari ilmu yang berguna melalui pembacaan, kursus, seminar dan sebagainya.