Rabu, 16 Jun 2021

WE ARE SO HAPPY !!!

Alhamdulilah, malam ini kami di #StarRich4u berasa sangat happy dan teruja dengan kehadiran bisnes partner baru @ Blogger dan YouTuber Cik Rabiahtul Adawiyah.

Selamat datang kami ucapkan 👋🥳😘.

Rabu, 2 Jun 2021

KISAH BENAR, DARI 0 KINI KAMI BERLIMA !


Ini kisah benar, perjalanan team #SihatCeria yang penuh dengan cabaran dan dugaan yang tidak diduga. Penuh dengan kesedihan dan emosi.

Semenjak kami kehilangan upline tersayang kami iaitu arwah Hj Zabidi, team kami terus jatuh dan hilang arah tuju. Arwah Hj Zabidi itu bukan sahaja upline kami tetapi sebahagian daripada keluarga kami (ayah sepupu sabit).

Kami terkejut, sedih, kecewa dan pelbagai perasaan menikam jiwa. Kami hilang arah tujuan seperti layang - layang yang terputus talinya.

Ada bulan - bulan bonus kami 0. Kami banyak termenung, merenung nasib yang belum pasti dalam bisnes ini.

Tiba - tiba ditakdirkan negara dilanda #Covid19 dan #PKP. Entah bagaimana, semangat kami kembali semula. Niat hanya untuk membantu orang ketika itu. Jual vitaminn C dengan niat membantu untuk kuatkan antibodi. Itu sahaja, sebagai hambaNYA niat untuk usaha dan ikhtiar. Jika Allah izinkan, Alhamdulilah. 

Penangan PKP kami dan team #TAG  @ Mardhiah Zabidi kembali on track. Kami effective sebagai Supervisor setiap bulan. Tak lama selepas itu sideline kami Nur Halawati join sekali dan kami bertiga effective setiap bulan.

Dengan sentuhan kasih sayang dari kejauhan, iaitu dari Master Dr Hj Abdullah Ismail dan Hajjah Rozyta Ismail team Sihat Ceria semakin stabil. 

September 2020 Allahukhairujaza Zie membuat KEJUTAN pertama dengan rank up sebagai SUPERVISOR pertama dan kami suami isteri sebagai SENIOR SUPERVISOR setelah sekian lama team Sihat Ceria dilanda kesedihan. 

KEJUTAN itu menjadi pembakar semangat untuk kami untuk tidak berputus asa 🔥🔥🔥.

Close group #RTMC ditubuhkan. Tujuannya untuk memberi training dan coaching kepada bisnes partner yang betul - betul serius dan ingin berjaya. 

Setiap minggu pelbagai coaching dan sharing diberikan dari orang yang berbeza kerana kami ingin melatih mereka menjadi leader yang berdikari dan berani ke depan.

Sentuhan kasih sayang dari sidelines tidak kira mereka dari group manapun banyak menyumbang kejayaan team kami. Sesungguhnya hanya Allah swt yang dapat membalas segala kebaikan kalian. Bermurah hati berkongsi tips dan ilmu bisnes kepada kami, langsung tidak kedekut. Inilah indahnya culture bisnes Shaklee ❤️.

Team kami terus berkembang dan Mei 2021, maka lahirlah Senior Supervisor dan Liyana Anuar  sebagai Supervisor yang baru dalam team Sihat Ceria. Ternyata segala penat lelah semua pihak bukan la sia - sia.

Misi kami yang seterusnya, ingin membantu seramai mungkin insan - insan yang ingin berjaya dalam bisnes ni. Ramai orang terkesan dengan pandemik ini. Dibuang kerja dan tiada sumber pendapatan. Maka, disinilah kami ingin MEMBANTU !

InsyaAllah, akan datang lebih ramai lagi yang akan mara kedepan dan berjaya rank up. Itu perjuangan kami selagi hayat dikandung badan 💪💪💪. Aamin ya rabal alamin 🤲.

#StarRich4u
#CoretanHati
#KisahBenar
#pengalamanmendewasakan 
#jatuhbangun 
#duniabisnes 
#shakleebisnes 
#Alhamdulillah 
#Terimakasih