Ahad, 26 Februari 2023

9 Sebab Kenapa Community Bisnes Shaklee Sangat Best


Mengimbau kembali kenangan bagaimana saya bermula dengan "Bisnes Shaklee" ini,  Alhamdulilah Allah swt temukan saya dengan bisnes ini pada 18 September 2013 kerana masalah kesihatan yang saya alami. Beberapa minggu selepas mengamalkan produk Shaklee, dengan izin Allah swt kesihatan saya semakin baik. 

Bermula disitu, saya terus berkongsi manfaat dan kebaikan produk kepada ahli keluarga dan rakan - rakan terdekat. Disitulah perjalanan bisnes saya bermula dan syukur ke hadrat ilahi ianya masih kekal bertahan sehingga kini. Alhamdulilah.

Bisnes Shaklee merupakan bisnes MLM (Multilevel Marketing). Mungkin pada peringkat awalnya agak susah sedikit tetapi ianya amat mudah dan menyeronokkan bila kita dah naik pangkat dan capai target yang telah ditetapkan. 

Untuk pengetahuan semua, bisnes Shaklee menawarkan 3C iaitu :

1) Cash - Untung runcit dan juga bonus pada setiap bulan 

2) Car - Insentif kereta. Setiap bulan Shaklee akan bagi duit tunai untuk kita bayar kereta yang kita beli. Jenis kereta yang nak dibeli terpulang kepada individu nak beli kereta apa.  

3) Convention - Percutian ke luar negara dan juga umrah dengan layanan 5 bintang. Semua Shaklee tanggung termasuk tiket penerbangan pergi balik, pengangkutan, hotel, makan minum dan pakaian yang bersesuaian juga ada diberikan. Paling best, duit poketpun turut disediakan.

Dulu, selain bisnes Shaklee saya juga pernah menjadi agent untuk beberapa produk seperti produk kosmetik dan pakaian muslimah. Jika nak bandingkan bisnes Shaklee dan bisnes lain bisnes Shaklee paling best. Selain bisnes plan yang adil dan menguntungkan, bisnes Shaklee mempunyai community yang sangat hebat dan istimewa.


9 Sebab Kenapa Community Bisnes Shaklee Sangat Best :

1) Ukhwah Dan Silaturrahim Yang Erat 




Sejak saya menceburi bisnes Shaklee ni, saya sangat gembira melihat ukhwah dan silaturrahim yang terjalin diantara community bisnes Shaklee ini. Tidak kiralah anda dari group mana, pangkat apa, kedudukan rank dalam bisnes, agama atau kaum apa semuanya saling hormat - menghormati, tolong menolong dan bekerjasama macam satu keluarga. Dari awal sampailah sekarang, kami seringkali diingatkan supaya sentiasa menerapkan nilai - nilai murni dalam kehidupan seharian mahupun bisnes. Kami sentiasa dipesan "Jangan sesekali sombong atau kedekut ilmu kerana ianya tak akan bawa kita ke mana - mana".

2) Nilai Keagamaan Diterapkan Dalam Bisnes



Dalam community bisnes Shaklee, bukan kejayaan didunia sahaja yang kami kejar tetapi kejayaan di akhirat adalah matlamat UTAMA kami. Kejar akhirat, InsyaAllah kejayaan didunia akan hadir dengan sendirinya. Setiap Isnin malam, group kami iaitu Empire Al Mukmin (EAM) akan mengadakan bacaan surah Al Mulk secara berjemaah di platform Zoom. Bacaan Al Mulk ini diketuai oleh Dr Hj Abdullah bin Ismail (Master Abdullah) yang merupakan Pengerusi Masjid Temerloh Jaya (masjid paling cemerlang di Malaysia) dan telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1444H peringkat negeri Pahang. Selain itu pelbagai program kerohanian dan sharing lain diadakan contohnya baru - baru ini perkongsian tentang "Menguruskan Duit, Rezeki Dan Hutang" oleh Master Norita.

 

3) Positif Circle Yang Hebat.

 

Sedangkan air ada pasang surutnya, inikan pula bisnes pasti ada naik turunnya. Lihatlah keadaan ekonomi dunia sekarang yang tengah mengalami inflasi dan merudum jatuh. Banyak bisnes di Malaysia terpaksa gulung tikar, banyak kedai ditutup dan ramai yang menganggur. Walaupun keadaan ini berlaku, community bisnes Shaklee sangat positif. Community ini saling bertukar - tukar pandangan dan tips, memberi kata - kata nasihat dan saling memberi sokongan antara satu sama lain. Mereka tidak akan biarkan kita keseorangan tetapi terus menerus membimbing kita dengan kasih sayang dan keikhlasan. 


4) Saling Berkongsi Ilmu 





Setiap minggu pada hari Selasa malam, kami disajikan dengan perkongsian ilmu oleh Master - Master hebat (Jutawan Shaklee) yang tidak pernah berkira untuk berkongsi ilmu, tips, pengalaman serta memberikan kata - kata motivasi kepada kami semua. Master - master ini terdiri daripada pelbagai group yang berbeza tetapi budaya kami, kita adalah SATU KELUARGA. Kejayaan kami adalah kejayaan mereka jua, dan Master - Master ini sangat komited untuk membantu seramai yang mungkin ahli Shaklee untuk terus bangkit dan berjaya dalam tahun 2023.


5) Projek Blog Mega Euphoria Shaklee



Baru - baru ini, Projek Blog Mega Euphoria Shaklee telah diwujudkan oleh Master Norita dan dibantu oleh Master Salwa Zeyn. Tujuan projek ini diadakan ialah untuk membantu semua ahli Shaklee bangkit dan terus berkembang maju dalam tahun 2023. Projek ini telah disertai seramai hampir 200 orang peserta dan ia adalah PERCUMA. Projek ini sangat best dan memberi banyak ilmu tentang blogging. Hadiah istimewa turut disediakan untuk semua pemenang. Boleh baca review saya mengenai projek ini  di Blog Mega 1.0 Best .


6) Banyak Kelas Nutrisi Diadakan






Community ini juga selalu menjemput doktor dan saintis terkemuka di Malaysia setiap kali mengadakan kelas nutrisi. Kelas nutrisi ini amat penting bagi kami untuk menambah ilmu dan pengalaman mengenai kesihatan dan produk. Baru - baru ini telah diadakan ceramah yang sangat best dari Dr Haresh Kumar dan Dr Redza Rahman (Professional Medical Scientist) dan ramai lagi.


 7) Pelbagai Medium Ilmu Disediakan





Pelbagai medium untuk berkongsi ilmu, manfaat serta kebaikan produk telah disediakan dan semua ahli Shaklee dibenarkan access secara PERCUMA. Antara medium yang telah disediakan ialah Website, Landing Page, Youtube Channel, Close Group di FB, Group di Telegram dan bermacam medium lagi. Training dan perkongsian ini terus diadakan oleh pihak Shaklee sendiri dan pakar nutrisi Shaklee Malaysia. 

8) Setiap Kejayaan Diraikan







Sekecil - kecil kejayaan pasti diraikan. Setiap kejayaan pasti diraikan dalam majlis gilang gemilang. Alhamdulilah baru - baru ini, saya dan suami turut terpilih dan dijemput untuk menghadiri Business Leader National Conference (BLNC 2023) yang telah diadakan di Sunway Piramid Convention Centre pada 11 Februari yang lalu. Tidak semua ahli Shaklee terpilih, hanya yang betul - betul layak dan mencapai target yang telah ditetapkan sahaja yang akan dijemput. Disana kami boleh berjumpa secara face to face dengan jutawan - jutawan Shaklee serta tuan president Shaklee.

9) Hadiah Istimewa Sentiasa Disediakan









Tidak kira apa - apa  event, program, ceramah atau projek hadiah istimewa sentiasa disediakan untuk para peserta. Hadiah ini sangat mahal harganya dan bukan sebarangan hadiah. Hadiah ini disediakan untuk menaikkan lagi semangat kami untuk terus berusaha bersungguh - sungguh dalam bisnes Shaklee ini.

Terima kasih kerana sudi membaca entry saya pada kali ini. Kita berjumpa lagi di entry yang akan datang ye, InsyaAllah. 

Kepada yang berminat untuk sama - sama menjana pendapatan dalam bisnes Shaklee ini, jangan segan silu untuk menghubungi saya di  Join StarRich4u


Love ❤️
Ayunie Ali StarRich4u


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu 
#readystock



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan