Selasa, 30 Mei 2023

Motivasi : Formula Kekayaan Dan Kejayaan

 


Sebaik - Baik Manusia


    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Bertemu lagi kita di entry terbaru ini. Pada kali ini, Kak Yunie ingin berkongsi kata - kata motivasi yang akan membantu memberikan semangat yang "luar biasa" kepada kita semua, InsyaAllah dengan izin Allah swt. 


1. BERSYUKUR
Bersyukur dengan apa yang kita ada pada waktu sekarang dan yang akan datang untuk memiliki lebih banyak lagi keberkatan kejayaan di masa hadapan.

2. PASSION
Jangan bazir masa membuat kerja yang kita tidak suka, bekerjalah mengikut minat (passion) itu adalah lebih baik.

3. ILMU
Tanpa ilmu kita tidak berpeluang membangkitkan kekuatan diri dan perniagaan kita.

4. TINDAKAN
Hanya bercakap sahaja tidak mencukupi untuk menempah kejayaan, tindakan pro - aktif perlu dilaksanakan juga untuk lebih berjaya.

5. HADAPI RISIKO
Belajar mengambil risiko, pastikan risiko yang ingin ditempuh sudah dikenal pasti terlebih dahulu.

6. BERANI
Berani berimpian besar, pastikan impian yang ingin dimiliki merupakan realistik untuk dicapai.

7. CIRCLE BERJAYA
Kelilingkan diri sendiri dengan orang yang berjaya, pasti kita akan berjaya juga nanti.

8. TINDAKAN YANG PANTAS
Bertindak dengan pantas, "Fast Action, Fast Result", tetapi pastikan bertindak dengan bersandarkan ilmu yang tepat.

9. BEKERJA DENGAN ORANG YANG BETUL
Bekerja dengan orang yang mempunyai matlamat sama seperti kita, ia akan mempercepatkan lagi proses kejayaan.

10. KEMAHUAN YANG KUAT & SENTIASA POSITIF
Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan, berfikir secara positif setiap masa.

11. KELUAR DARI ZON SELESA
Keluar dari zon selesa kerana ia akan menjadi penghalang untuk tingkatkan potensi diri yang ada.

12. WANG BUKAN MATLAMAT UTAMA
Wang tidak sentiasa menjadi matlamat hidup, terdapat banyak lagi matlamat yang boleh mencetus kejayaan hidup.

13. PENTINGNYA ILMU
Jadikan ilmu sebagai sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Dengan ilmu kita boleh takluk dunia.

14. LEBIH MEMBERI
Banyakkan memberi dari menerima, kerana orang yang memberi adalah orang yang kaya.

15. TAMBAH NILAI KEHIDUPAN ORANG LAIN
Menambah nilai kehidupan orang lain merupakan matlamat yang lebih bermakna dari wang.

16. MEMBANTU ORANG LAIN
Untuk berjaya, kita perlu membantu dan menjayakan orang lain terlebih dahulu.

17. JAGA KOLAM JIWA
Kolam hati mesti dijaga dan dicuci dengan melakukan perkara - perkara yang positif seperti solat, zikir dan banyak memanfaatkan orang lain.

18. SEMUANYA ADALAH DOA
Apa yang anda fikir, cakap, rasa dan buat semuanya adalah DOA.

19. KEGAGALAN ITU ADALAH KEJAYAAN
Jangan takut kepada kegagalan. Pelajari dari kegagalan tersebut dan gunakannya sebagai proses kejayaan. Kegagalan itu adalah kejayaan.

20. BERTINDAK LUAR BIASA
Bertindak luar biasa. Tindakan luar biasa akan memberi kejayaan yang pantas dan berlipat kali ganda.

21. BERSIFAT TERBUKA
Elakkan dari melakukan rutin harian yang tetap. Sentiasa bersifat terbuka kepada sesuatu yang baru dan jadikan diri sendiri fleksibel terhadap semua perkara.

22. FOKUS END RESULT
Impian atau hasil (end result) merupakan perkara yang perlu difokuskan terlebih dahulu. Letakkan seluruh tenaga, perasaan gembira dan positif terhadapnya. Proses untuk mencapai impian tersebut akan datang dengan sendirinya. Jangan lupa untuk bertindak.

23. BEKERJA DENGAN BIJAKSANA
Jadikan kerja kita sebagai satu seni karya yang hebat, bekerja dengan bijaksana.

24. KEBERANIAN BERTERUSAN
Keberanian berterusan diperlukan setiap masa kerana tekanan perniagaan tidak pernah berhenti.

25. KUASA FOKUS
Beri sepenuh perhatian dan fokus terhadapnya.

26. KUASA MAGNET FIKIRAN
Apa yang difikirkan merupakan magnet hidup, ia akan menarik lebih banyak perkara baik di dalam hidup kita.

27. DALAM KAWALAN
Sentiasa kekal momentum dalam pekerjaan , jangan hilang kawalan.

28. TERUSKAN PERJALANAN HIDUP
Masalah hidup akan wujud, teruskan perjalanan dan jangan berhenti.

29. BUAT SAMPAI SELESAI
Orang yang berjaya akan melakukan sesuatu perkara sehingga ia selesai. Orang yang gagal sahaja yang akan lakukan kerja sekerat jalan.

30. SELIDIK SEBELUM BERTINDAK
Melakukan penyelidikan sebelum bertindak akan memberi banyak kelebihan terhadap kerjaya kita.

31. BEKERJA DALAM KUMPULAN
Jangan bekerja seorang diri, bahagikan kerja itu kepada orang lain untuk lakukannya.

32. CABAR DIRI SENDIRI
Sentiasa mencabar diri untuk melakukan terbaik dari yang terbaik.

33. TUKAR HABIT NEGATIF KEPADA POSITIF
Kenal pasti tabiat (habit) negatif diri dan tukarkannya kepada bentuk yang lebih produktif.

34. BERKOMUNIKASI SECARA DIPLOMATIK
Gunakan cara diplomatik bila berkomunikasi. Jangan biarkan perasaan bercelaru semasa berkomunikasi.

35. BIG WHY YANG KUAT
Pastikan setiap matlamat mempunyai penyebab yang kukuh untuk dicapainya. Dengan adanya penyebab yang kukuh, kita akan lebih bersungguh - sungguh untuk mencapai matlamat tersebut. Penyebab boleh jadi orang yang anda sayang seperti ibubapa, suami, isteri dan anak - anak.

36. JAGA KESIHATAN, KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN
Sekali sekala beri diri sendiri berehat. Kesihatan mental dan tubuh badan harus dijaga kerana kesihatan adalah kekayaan.

37. SENTIASA BELAJAR KEMAHIRAN BARU
Pelajari kemahiran baru untuk menambahkan lagi kelebihan potensi diri yang sedia ada. Kemahiran baru mungkin dapat mempercepatkan proses kejayaan.

38. RAIKAN KEJAYAAN
Raikan kejayaan, tidak kira sekecil mana kejayaan itu.

39. KONGSI KEJAYAAN
Kongsikan kejayaan diri sendiri dengan orang lain.

40. PERCAYA DENGAN KEMAMPUAN DIRI
Percaya dengan apa yang kita lakukan kerana ia akan menambahkan lagi keyakinan diri.

41. PENDENGAR YANG BAIK
Jadi pendengar yang bagus, ia akan membantu menarik lebih ramai orang datang kepada kita.

42. KENAL PASTI MASALAH
Kenal pasti masalah dan jadikannya satu penyelesaian kepada orang lain.

43. ISI MASA DENGAN SEBAIKNYA
Hormati masa, sentiasa membuat senarai semak harian bagi mengelak masa terbuang begitu sahaja.

44. MOTIVASI DIRI YANG TINGGI
Kekalkan motivasi diri yang tinggi setiap masa.

45. SETIAP HARI LEBIH BAIK
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

46. JADIKAN PENGEMBARAAN YANG MENGEMBIRAKAN
Jadikan proses menuju kejayaan sebagai satu pengembaraan yang mengembirakan diri.

47. JAUHI STRES
Jauhi dari stres dan juga orang di sekeliling yang stres, kerana stres akan memberi tenaga negatif kepada diri kita.

48. BERTANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab terhadap semua perkara yang kita lakukan.

49. MENJAGA SIKAP & POSITIF
Menjaga sikap diri, orang berjaya akan sentiasa bersikap positif setiap masa.

50. KEMBANGKAN MINDA DENGAN MENCARI ILMU
Kembangkan minda kita dengan mencari ilmu yang berguna melalui pembacaan, kursus, seminar dan sebagainya.


    Kak Yunie doakan semoga perkongsian pada kali ini akan memberi kebaikan, manfaat dan semangat yang baru kepada semua pembaca. Jangan lupa jemput singgah dan baca juga di entry Formula Hidup Luar Biasa dan Bangkit Berniaga . 

Sekian sahaja dari Kak Yunie dan kita berjumpa lagi dientry yang akan datang ye 😄.

Jom FOLLOW Kak Yunie di media sosial yang berikut 👇👇👇 


💓 Personal Fb : Ayunie Ali StarRich

💓 FB Page : StarRich4u

💓 Instagram : StarRich4u



Love,💚

Ayunie Ali StarRich4u




#StarRich4u
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTerengganu
#ReadyStock
#RahmahMeal







3 ulasan: