Jumaat, 14 April 2023

Tips Kurus Dengan Cepat. Wajib Cuba !

 


Dah Kena Kurus Ni


Assalamualaikum wbt. 

Apa khabar? Kak Yunie doakan semoga awak yang sedang membaca entry kali ini sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah swt. InsyaAllah lebih kurang 1 minggu je lagi kita akan menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Wah, tak sabar rasanya !. Dah siap buat persiapan raya ke tu? Baju raya dah ada? Berapa pasang semuanya? Mesti semua dah siap sediakan?.

Alhamdulilah, semua dah ada tapi adakah dari segi fizikal, mental dan emosi kita sudah betul - betul bersedia untuk menyambut hari raya yang mulia ini dan bertemu ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga? Kak Yunie yakin, mesti ada individu diluar sana yang masih dalam keadaan dilema kerana mempunyai masalah berat badan yang tidak turun atau makin naik ketika berpuasa. Betul tak? 

Masalah ini sebenarnya membuatkan kita rasa rendah diri dan malu untuk berdepan dengan tetamu ketika beraya nanti. Bayangkan bila terjumpa kawan lama kita, dan dia tegur,  "Kau nampak berisi sekarang ni, mengandung ke?". Alamak, malunya. Sebab kita bukannya mengandung, tapi dah gemuk !


Ada beberapa sebab yang kita perlu Kurus Dengan Cepat dan segera. Antaranya :

😢 Rakan lama dah tegur kerana nampak berisi

😢 Doktor dah siap bagi warning kerana kegemukan ini boleh menjejaskan kesihatan dan juga kesuburan

😢 Suami dah mula pandang wanita lain yang lebih kurus menawan

😢 Perut dah ada layer macam kek lapis 

😢 Nak berjalan kena slow je sebab peha dah mula bergesel

😢 Ramai orang tegur kita mengandung tapi sebenarnya tidak

😢 Lutut dan tumit dah mula rasa sakit - sakit kerana menahan beban badan yang semakin membesar

😢 Pergerakan makin terbatas, jalan sikit dah rasa semput dan penat

😢 Baju dan seluar lama semua dah tak boleh pakai kerana sendat


Jangan risau, dientry kali ini Kak Yunie akan kongsikan beberapa tips untuk kurus dengan cepat dan berkesan. Awak wajib cuba tau, dan semoga perkongsian ini akan memberi manfaat dan kebaikan kepada semua, InsyaAllah. 


TIPS KURUS DENGAN CEPAT


1. Sentiasa Positif Dan Bersedia Untuk Kurus 



Sentiasa Timbang Berat

Untuk melakukan sesuatu perkara baru, terlebih dahulu diri sendiri perlu bersedia dari segi fizikal, mental dan emosi. Persekitaran yang positif, galakan serta dorongan dari orang tersayang amat membantu. Perjalanan untuk kurus bukannya boleh berlaku dalam sehari tetapi mengambil sedikit masa. Oleh itu, kita perlu sentiasa bersemangat dan tidak berputus asa untuk mencapai berat badan yang diimpikan.

Sebelum mulakan misi kuruskan badan ini, timbanglah dan catat terlebih dahulu berat badan kita. Setiap minggu, pastikan kita timbang berat untuk lihat perubahan dan berapa kilo berat dah turun. Sentiasa jaga emosi kerana emosi akan memberi kesan juga. Jika genetik dari keluarga yang obesiti, awak perlulah gandakan usaha kerana potensi untuk kurus dengan cepat 10kg/week itu lebih rendah berbanding orang lain. 


2. Selalu Amalkan Detox



Air Detox

Apa itu detox? Detox ialah proses pengeluaran racun atau zat - zat yang bersifat racun dari dalam badan. Sangat penting melakukan detox ini untuk keluarkan racun, lemak - lemak serta najis - najis lama yang tersekat di usus besar kita. Apabila usus besar bersih, proses untuk turunkan berat badan menjadi lebih berkesan.



Set Detox Shaklee


Perut Lebih Selesa

Untuk melakukan detox ini, kita boleh amalkan minuman air detox atau boleh cuba beberapa produk yang sesuai seperti  Alfalfa Complex, DTX dan Herb-Lax. Dengan mengamalkan detox ini, badan akan menjadi lebih ringan, perut lebih selesa dan berat badan akan cepat turun. 


3. Jaga Pemakanan



Pinggan Sihat



SukuSukuSeparuh


Jaga pemakanan tidak bermaksud kita terus meninggalkan karbohidrat ataupun nasi, tetapi jaga pemakanan ini bermaksud kita menjaga kuantiti makanan yang kita ambil. Sebaik - baiknya ikutlah saranan Pinggan Sihat Malaysia, iaitu SukuSukuSeparuh. 

Lebihkan pengambilan sayur dan buah - buahan dalam diet harian kita. Air kosong perlu diambil diantara 6 hingga 8 gelas sehari dan seeloknya berpantang terus dari minuman sejuk atau berais. Kurangkan pengambilan makanan serta minuman manis. Jika dapat tinggalkan terus itu lagi bagus ! 


4. Makan Makanan Sebenar Bukan Fast Food



Makan Makanan Sebenar


Maksud makanan sebenar ialah makanan yang tidak diproses. Makanan sebenar boleh membantu mengenyangkan perut berbanding makanan diproses yang ternyata tidak mengenyangkan dan tinggi kalori. Makanan bersumberkan protein tanpa lemak seperti ayam dan ikan, selain sayur - sayuran yang rendah kandungan karbohidrat. Jenis makanan seperti ini sangat mengenyangkan dan tidak mengandungi kandungan kalori yang tinggi


5. Amalkan Teh Hijau


Boleh cuba amalkan teh hijau secara suam ataupun panas. Teh hijau sangat bagus kerana ianya membantu meningkatkan metabolisma badan dan menurunkan berat badan. Sekarang ini, pelbagai jenis teh hijau banyak dijual dipasaran tetapi teh hijau yang terbaik ialah Cinch Tea Mix.



Manfaat Cinch Tea Mix


Cinch Tea Mix mengandungi polifenol yang menghalang sel - sel badan rosak daripada radikal bebas. Ianya membantu proses detox dan membakar kalori dengan lebih cepat ketika bersenam. Cinch Tea Mix juga membantu memberi tenaga dan kecergasan badan yang berpanjangan. 



Testimoni Cinch Tea Mix 


Testimoni Cinch Tea Mix 

6. Lakukan Senaman Setiap Hari 



Contoh Senaman Yang Boleh Dilakukan

Setiap hari wajib bersenam dan bersukan. Untuk peminat zumba, nak berzumbapun boleh, tiada masalah. Senaman ini dapat membakar kalori dan juga lemak badan dengan cepat. Lakukan senaman atau aktiviti sukan setiap hari selama sekurang - kurangnya 30 minit. Selain itu, boleh juga mencuba sebarang aktiviti dengan intensiti tinggi seperti angkat berat, berjoging dan berlari.

 Disini Kak Yunie senaraikan beberapa kebaikan senaman dalam kehidupan kita : 

👍 Membakar lemak dengan cepat untuk kawal berat badan

👍 Menguatkan jantung dan paru - paru

👍 Membina kekuatan dan daya tahan otot

👍 Menguatkan tulang dan sendi

👍 Tingkatkan kolesterol baik dalam badan

👍 Bantu tidur dengan lebih nyenyak

👍 Badan akan lebih cergas dan bertenaga

👍 Mood lebih baik dan tenang

👍 Jauhi dari terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung


Sebenarnya, pengambilan produk nutrisi juga sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan. Proses penurunan berat badan ini menjadi lebih cepat jika dibandingkan tanpa mengambil apa - apa produk nutrisi. 

Untuk keterangan lanjut boleh baca disini Kurus Secara Sihat dan Kurus Sebelum Raya. Amalan Intermittent Fasting juga boleh diamalkan semasa proses penurunan berat badan ini. 

Diharapkan perkongsian pada kali ini akan memberi sedikit sebanyak tips dan maklumat kepada pembaca untuk menurunkan berat badan. Sekiranya ada apa - apa pertanyaan atau ingin order produk nutrisi Shaklee boleh hubungi Kak Yunie dengan menekan link Whatsapp dibawah.

 


Semoga kita berjumpa lagi dientry yang akan datang, jangan lupa untuk FOLLOW Kak Yunie di media sosial berikut : 


Face Book Page : StarRich4u

Face Book Personal : Ayunie Ali StarRich

Instagram : StarRich4u

Youtube : StarRich4u Studio


Love 💓 

Ayunie StarRich4u


#StarRich4u

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#ShakleeTerengganu

#ReadyStock

Tiada ulasan:

Catat Ulasan