Sabtu, 18 Mac 2023

Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik Di Malaysia

Sebahagian Produk - Produk Shaklee 


Assalamualaikum dan apa khabar semua? Alhamdulilah berjumpa lagi kita di entry terbaru sya. Saya doakan semoga anda semua sentiasa sihat dan dilindungi Allah swt selalu. Aamiin ya mujib.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang topik yang sangat menarik di entry terbaru ini. Apakah dia? Tentunya "Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik Di Malaysia". Untuk pengetahuan, sekarang ini terdapat banyak sekali produk - produk suplemen berada dipasaran tidak kira produk antarabangsa mahupun tempatan. Ada diantaranya memang diakui produk yang sangat bagus tetapi ada juga produk yang akan memberi kesan buruk dan kerosakan kepada sistem tubuh serta kesihatan. 

Oleh itu, amat penting untuk kita semua sentiasa berhati - hati sebelum membeli apa - apa produk suplemen dipasaran. Pastikan anda mengkaji dan selidik terlebih dahulu supaya produk suplemen yang ingin dibeli itu selamat untuk diambil.


KENAPA SHAKLEE SUPLEMEN TERBAIK DI MALAYSIA :


1) 100 TAHUN INOVASI



Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi, jom sama - sama kita berkenalan dengan pengasas Shaklee. Siapakah beliau? Tentunya Dr. Forrest C. Shaklee.



Dr. Forrest C. Shaklee

"Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan".



Multivitamin Pertama Di Dunia

Dr. Forrest C. Shaklee telah mendapat gelaran sebagai "Bapa Vitamin". Beliau telah merumuskan produk multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915 dan mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 berdasarkan produk yang mesra alam

Syarikat Shaklee disenaraikan di NYSE pada tahun 1979 & Fortune 500 pada tahun 1982. Shaklee merupakan syarikat MLM yang terulung di dunia. Beliau adalah seorang yang mempunyai pelbagai bakat sebagai seorang Doktor kiropraktor, perekacipta, penulis, dan personaliti radio. Pendedahan kepada sinaran X dalam kerjayanya pada jangkamasa panjang telah mengakibatkan terjadi kanser di bahagian lengan beliau. 

Satu - satu cara mengubatinya pada ketika itu adalah amputasi (memotong sebahagian daripada anggota badan dengan kaedah perubatan). Dr. Shaklee tidak bersetuju dan terus meninggalkan profession sebagai doktor dan mencari solusi dari alam semulajadi. Disitulah beliau mendapati kekuatan rumusan tumbuh - tumbuhan serta herba - herba yang akhirnya "mengubati" kanser beliau. 

Dengan kejayaan itu, Dr. Shaklee terus giat memupuk kesihatan optima melalui pengamalan nutrisi untuk mencegah penyakitImpian Dr. Shaklee bukan sahaja menjadi pemimpin dalam bidang nutrisi serta syarikat MLM yang paling lama dipasaran, malah boleh diwarisi oleh generasi - generasi yang akan datang


"Saya inginkan sebuah syarikat yang dapat memperbaiki kehidupan semua orang dalam Kesihatan, Kebahagian dan Kemakmuran". 


2) PRODUK SHAKLEE SELAMAT



Beyond Organic



Shaklee menjamin keselamatan dan ketulenan bagi setiap produk. Setiap produk Shaklee melalui ujian yang teliti bermula dari kawalan bahan - bahan mentah, dengan ramuan 100 % tanpa pengawet, perisa, perasa tiruan, bahan - bahan kimia dan lain - lain. Produk - produk Shaklee mematuhi standard keselamatan tertinggi, lembut pada persekitaran, bebas gluten dan Shaklee tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan bebas dari penganiayaan.

Shaklee melaburkan lebih daripada US250 juta dalam ujian klinikal penyelidikan dan pembangunan. Lebih 350 ujian ke atas setiap ramuan botani yang baru untuk logam berat, racun, serangga atau beratus - beratus bahan cemar berbahaya yang lain. 3 kali melebihi standard "States Pharmacopeias USPC United". 

Shaklee juga telah menjalankan 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk. "Beyond Organic" adalah konsep Shaklee bermula dari penanaman, cara penanaman sehinggalah masa penuaian dan proses pengeluaran


3) PRODUK SHAKLEE TERBUKTI




   

Produk Shaklee disokong oleh 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik dan pembentangan termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere. Dr. Blackburn mendapati bagaimana kromosom dilindungi oleh telomer dan enzim telomerase.





" Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum ".  



Dr. Elizabeth Blackburn 

(Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan 2009)



4) PRODUK SHAKLEE BERKESAN 


Ahli - ahli saintis menjalankan ujian demi ujian untuk memastikan keberkesanan produk Shaklee. Lebih 100 kertas kerja saintifik telah diterbitkan. Pada tahun 2007, kajian landmark dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari sekolah kesihatan awam UC Berkeley menunjukkan bahawa orang - orang yang mengambil suplemen Shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil satu jenis vitamin atau tidak langsung mengambil suplemen


  • 11 % lebih RENDAH kadar Kolesterol Kesihatan Jantung
  • 33 % lebih RENDAH kadar Trigriserida Kesihatan Jantung
  • 36 % lebih RENDAH kadar Homosistin Kesihatan Otot 
  • 59 % lebih RENDAH kadar Creactive Protein Tekanan Fisikal


Atlet Dikuasakan Oleh Shaklee

Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak dan gangsa dalam perlawanan. Produk Shaklee telah memberikan perbezaan dalam kehidupan berjuta - juta orang, dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia Shaklee sehinggalah ke angkasawan NASA. 


Angkasawan NASA


5) PRODUK SHAKLEE MESRA ALAM




Di Shaklee, kami percaya segala jawapan boleh diperolehi dari alam semulajadi, sebab itulah kami hanya memilih bahan mentah yang paling tulensemulajadi dan berkesan digabungkan dengan teknologi terkini untuk merumuskan produk yang berkualiti tinggi



Basic H


Mesra Alam

Dr. Shaklee juga memimpin gerakan alam sekitar, dan memperkenalkan Basic H bahan pencuci biodegradesi dan tidak bertoksik yang pertama di dunia pada tahun 1960. Shaklee juga menjadi syarikat pertama di dunia pada tahun 1960 yang memperolehi sijil "Climate Neutral"


6) PRODUK SHAKLEE MEMPUNYAI FORMULA YANG UNIK





Vivix Mempunyai Formula Yang Sangat Unik


Shaklee menyediakan produk yang tulen, selamat dan terbukti memberikan tubuh anda apa yang diperlukan untuk terus sihat. Diinspirasi oleh visi pengasas dan pencipta multivitamin pertama di AS, Dr. Shaklee untuk menghasilkan produk Living In Harmony With Nature, Shaklee komited untuk menyediakan bahan - bahan yang paling tulen dan terbaik dari alam semulajadi dan menerapkan piawaian saintifik yang ketat untuk menghasilkan produk yang terbukti secara klinikal dan memberikan Hasil Klinikal Tanpa Kompromi. Konsep kesejahteraan holistik ini telah membantu berjuta - juta orang hidup dan kelihatan lebih muda selama lebih dari 60 tahun.


7) PRODUK SHAKLEE PILIHAN RAKYAT MALAYSIA


              
                   Trusted Brand 2021 & 2022 (Gold Medal)


  



Suplemen Pilihan Rakyat Malaysia

Pernah baca buku Reader Digest? Baru - baru ini produk Shaklee telah memenangi Gold Medal "Trusted Brand" untuk 2 tahun berturut - turut iaitu tahun 2021 dan 2022. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempercayai dan memilih produk Shaklee sebagai produk terbaik dan pilihan mereka. 

Di Shaklee, pelbagai jenis set produk disediakan untuk kemudahan dan pilihan para pengguna. Antaranya ialah Set Kurus Shaklee, Set Untuk Ibu Mengandung, Set Selepas Bersalin, Set Menyusu, Set Kulit Cantik, Set Kesihatan Asas dan lain -lain lagi.

Berminat nak dapatkan mana - mana set produk Shaklee? Boleh hubungi saya disini ye Nak Order Shaklee .

Semoga kita bertemu lagi di entry yang akan datang, InsyaAllah. 


Love 💙

Ayunie Ali StarRich4u


#starrich4u 

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleethriumph2023

#shakleeterengganu 

#readystock


4 ulasan: