Ahad, 26 Februari 2023

9 Sebab Kenapa Community Bisnes Shaklee Sangat Best


Mengimbau kembali kenangan bagaimana saya bermula dengan "Bisnes Shaklee" ini,  Alhamdulilah Allah swt temukan saya dengan bisnes ini pada 18 September 2013 kerana masalah kesihatan yang saya alami. Beberapa minggu selepas mengamalkan produk Shaklee, dengan izin Allah swt kesihatan saya semakin baik. 

Bermula disitu, saya terus berkongsi manfaat dan kebaikan produk kepada ahli keluarga dan rakan - rakan terdekat. Disitulah perjalanan bisnes saya bermula dan syukur ke hadrat ilahi ianya masih kekal bertahan sehingga kini. Alhamdulilah.

Bisnes Shaklee merupakan bisnes MLM (Multilevel Marketing). Mungkin pada peringkat awalnya agak susah sedikit tetapi ianya amat mudah dan menyeronokkan bila kita dah naik pangkat dan capai target yang telah ditetapkan. 

Untuk pengetahuan semua, bisnes Shaklee menawarkan 3C iaitu :

1) Cash - Untung runcit dan juga bonus pada setiap bulan 

2) Car - Insentif kereta. Setiap bulan Shaklee akan bagi duit tunai untuk kita bayar kereta yang kita beli. Jenis kereta yang nak dibeli terpulang kepada individu nak beli kereta apa.  

3) Convention - Percutian ke luar negara dan juga umrah dengan layanan 5 bintang. Semua Shaklee tanggung termasuk tiket penerbangan pergi balik, pengangkutan, hotel, makan minum dan pakaian yang bersesuaian juga ada diberikan. Paling best, duit poketpun turut disediakan.

Dulu, selain bisnes Shaklee saya juga pernah menjadi agent untuk beberapa produk seperti produk kosmetik dan pakaian muslimah. Jika nak bandingkan bisnes Shaklee dan bisnes lain bisnes Shaklee paling best. Selain bisnes plan yang adil dan menguntungkan, bisnes Shaklee mempunyai community yang sangat hebat dan istimewa.


9 Sebab Kenapa Community Bisnes Shaklee Sangat Best :

1) Ukhwah Dan Silaturrahim Yang Erat 




Sejak saya menceburi bisnes Shaklee ni, saya sangat gembira melihat ukhwah dan silaturrahim yang terjalin diantara community bisnes Shaklee ini. Tidak kiralah anda dari group mana, pangkat apa, kedudukan rank dalam bisnes, agama atau kaum apa semuanya saling hormat - menghormati, tolong menolong dan bekerjasama macam satu keluarga. Dari awal sampailah sekarang, kami seringkali diingatkan supaya sentiasa menerapkan nilai - nilai murni dalam kehidupan seharian mahupun bisnes. Kami sentiasa dipesan "Jangan sesekali sombong atau kedekut ilmu kerana ianya tak akan bawa kita ke mana - mana".

2) Nilai Keagamaan Diterapkan Dalam Bisnes



Dalam community bisnes Shaklee, bukan kejayaan didunia sahaja yang kami kejar tetapi kejayaan di akhirat adalah matlamat UTAMA kami. Kejar akhirat, InsyaAllah kejayaan didunia akan hadir dengan sendirinya. Setiap Isnin malam, group kami iaitu Empire Al Mukmin (EAM) akan mengadakan bacaan surah Al Mulk secara berjemaah di platform Zoom. Bacaan Al Mulk ini diketuai oleh Dr Hj Abdullah bin Ismail (Master Abdullah) yang merupakan Pengerusi Masjid Temerloh Jaya (masjid paling cemerlang di Malaysia) dan telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah 1444H peringkat negeri Pahang. Selain itu pelbagai program kerohanian dan sharing lain diadakan contohnya baru - baru ini perkongsian tentang "Menguruskan Duit, Rezeki Dan Hutang" oleh Master Norita.

 

3) Positif Circle Yang Hebat.

 

Sedangkan air ada pasang surutnya, inikan pula bisnes pasti ada naik turunnya. Lihatlah keadaan ekonomi dunia sekarang yang tengah mengalami inflasi dan merudum jatuh. Banyak bisnes di Malaysia terpaksa gulung tikar, banyak kedai ditutup dan ramai yang menganggur. Walaupun keadaan ini berlaku, community bisnes Shaklee sangat positif. Community ini saling bertukar - tukar pandangan dan tips, memberi kata - kata nasihat dan saling memberi sokongan antara satu sama lain. Mereka tidak akan biarkan kita keseorangan tetapi terus menerus membimbing kita dengan kasih sayang dan keikhlasan. 


4) Saling Berkongsi Ilmu 





Setiap minggu pada hari Selasa malam, kami disajikan dengan perkongsian ilmu oleh Master - Master hebat (Jutawan Shaklee) yang tidak pernah berkira untuk berkongsi ilmu, tips, pengalaman serta memberikan kata - kata motivasi kepada kami semua. Master - master ini terdiri daripada pelbagai group yang berbeza tetapi budaya kami, kita adalah SATU KELUARGA. Kejayaan kami adalah kejayaan mereka jua, dan Master - Master ini sangat komited untuk membantu seramai yang mungkin ahli Shaklee untuk terus bangkit dan berjaya dalam tahun 2023.


5) Projek Blog Mega Euphoria Shaklee



Baru - baru ini, Projek Blog Mega Euphoria Shaklee telah diwujudkan oleh Master Norita dan dibantu oleh Master Salwa Zeyn. Tujuan projek ini diadakan ialah untuk membantu semua ahli Shaklee bangkit dan terus berkembang maju dalam tahun 2023. Projek ini telah disertai seramai hampir 200 orang peserta dan ia adalah PERCUMA. Projek ini sangat best dan memberi banyak ilmu tentang blogging. Hadiah istimewa turut disediakan untuk semua pemenang. Boleh baca review saya mengenai projek ini  di Blog Mega 1.0 Best .


6) Banyak Kelas Nutrisi Diadakan






Community ini juga selalu menjemput doktor dan saintis terkemuka di Malaysia setiap kali mengadakan kelas nutrisi. Kelas nutrisi ini amat penting bagi kami untuk menambah ilmu dan pengalaman mengenai kesihatan dan produk. Baru - baru ini telah diadakan ceramah yang sangat best dari Dr Haresh Kumar dan Dr Redza Rahman (Professional Medical Scientist) dan ramai lagi.


 7) Pelbagai Medium Ilmu Disediakan





Pelbagai medium untuk berkongsi ilmu, manfaat serta kebaikan produk telah disediakan dan semua ahli Shaklee dibenarkan access secara PERCUMA. Antara medium yang telah disediakan ialah Website, Landing Page, Youtube Channel, Close Group di FB, Group di Telegram dan bermacam medium lagi. Training dan perkongsian ini terus diadakan oleh pihak Shaklee sendiri dan pakar nutrisi Shaklee Malaysia. 

8) Setiap Kejayaan Diraikan







Sekecil - kecil kejayaan pasti diraikan. Setiap kejayaan pasti diraikan dalam majlis gilang gemilang. Alhamdulilah baru - baru ini, saya dan suami turut terpilih dan dijemput untuk menghadiri Business Leader National Conference (BLNC 2023) yang telah diadakan di Sunway Piramid Convention Centre pada 11 Februari yang lalu. Tidak semua ahli Shaklee terpilih, hanya yang betul - betul layak dan mencapai target yang telah ditetapkan sahaja yang akan dijemput. Disana kami boleh berjumpa secara face to face dengan jutawan - jutawan Shaklee serta tuan president Shaklee.

9) Hadiah Istimewa Sentiasa Disediakan









Tidak kira apa - apa  event, program, ceramah atau projek hadiah istimewa sentiasa disediakan untuk para peserta. Hadiah ini sangat mahal harganya dan bukan sebarangan hadiah. Hadiah ini disediakan untuk menaikkan lagi semangat kami untuk terus berusaha bersungguh - sungguh dalam bisnes Shaklee ini.

Terima kasih kerana sudi membaca entry saya pada kali ini. Kita berjumpa lagi di entry yang akan datang ye, InsyaAllah. 

Kepada yang berminat untuk sama - sama menjana pendapatan dalam bisnes Shaklee ini, jangan segan silu untuk menghubungi saya di  Join StarRich4u


Love ❤️
Ayunie Ali StarRich4u


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu 
#readystock



















Blog Mega Shaklee 1.0 Best !!!




Assalamualaikum. 

Apa khabar semua? Alhamdulilah, dengan izin dan rahmat dari Allah swt dapat kita berjumpa lagi di entry ini.

Kali ini saya nak kongsikan pengalaman sendiri yang begitu berharga semasa terlibat dengan projek "Blog Mega Shaklee 1.0" anjuran Master Norita dari team Euphoria.

Sebenarnya, saya telah menulis blog semenjak November 2018. Masa tu saya tidak mengikuti mana - mana kelas penulisan blogpun, tetapi diajar oleh my ex student sendiri iaitu Rabiahtul Adawiyah . Rabia mengajar saya cara membuat blog dari zero sampailah terhasilnya blog ini. Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah swt kerana dikurniakan anak murid yang baik hati dan ikhlas membantu gurunya.

Penulisan di blog ini telah terhenti pada Julai 2021. Biasalahkan bila kita buat seorang diri tanpa kumpulan, semangat tu akan up and down. Kejap bersemangat, kejap rasa berputus asa untuk teruskan. Lama - lama dah bersawang blog ni. 



Pada 7 Februari baru - baru ini, saya ternampak iklan untuk projek "Blog Mega Shaklee 1.0" dalam close group EAM (Empire Al Mukmin). Saya terus wasap my upline iaitu Master Rozyta untuk bertanyakan tentang projek ni. Projek ini sangat menarik, kerana terbuka kepada semua ahli Shaklee tidak kira dari kumpulan mana dan ianya PERCUMA sahaja.Pada permulaan, target penyertaan hanya 100 orang sahaja tetapi hampir 200 orang telah menyertai projek ni.

Tujuan utama projek "Blog Mega Shaklee 1.0" ini adalah untuk menaikkan "wave" yang pernah berlaku pada tahun 2014 dimana waktu itu ada ahli shaklee yang memperolehi bonus lebih Rm 700 ribu sebulan. Pada ketika itu, fokus penulisan blog lebih kepada "Set Penyusuan" dan mereka menulis entry yang sama secara beramai - ramai ketika itu. Ternyata dengan perkongsian tersebut telah membantu ramai ibu - ibu dalam perjalanan penyusuan mereka.

Sedia yang kita maklum, zaman sekarang banyak platform online yang kita ada seperti Facebook, Instagram, Youtube, TikTok, Telegram, Wasap dan platform lain tetapi "Blog" merupakan platform yang sangat membantu bisnes kita terutama sekali untuk jangka masa panjang. Di blog juga kita boleh jana pendapatan jika kita tahu teknik dan cara yang betul. Blog merupakan kedai kita, dan segala maklumat yang bermanfaat boleh kita kongsikan disini. 




Projek "Blog Mega Shaklee 1.0 ini telah berlangsung selama 2 minggu. Setiap minggu ada 1 entry yang perlu kami siapkan. Ini entry untuk minggu pertama Intermittent Fasting (IF)
dan ini pula entry untuk minggu kedua Set Kurus Shaklee .




Master Norita mengadakan projek ini untuk membantu semua ahli Shaklee supaya berjaya di dalam bisnes Shaklee. Beliau juga berbesar hati menyediakan hadiah yang sangat istimewa kepada semua pemenang sebagai tanda penghargaan diatas segala penat lelah atas usaha kami sepanjang 2 minggu ini.

Hadiah utama ialah Vivix yang berharga Rm 498.75 sebotol. Hadiah tempat ke 2 merupakan Collagen Powder yang berharga Rm 298 sekotak dan hadiah tempat ke 3 adalah Nutriferon yang berharga Rm 198.75. Saya Ayunie Ali StarRich juga telah terpilih sebagai pemenang dan memenangi sekotak Nutriferon. Alhamdulilah dan terima kasih kepada pihak penganjur untuk hadiah yang istimewa ini.





Sepanjang 2 minggu projek ini berlangsung, kami dibimbing secara dekat di dalam close group "Projek Blog Mega Euphoria Shaklee"Syukur sangat banyak ilmu dan teknik yang sebelum ini saya tidak tahu telah dikongsikan oleh Master Norita dan Master Salwa Zeyn. Tidak lupa juga kepada sparring partner saya Fatin Nadiah dan juga ahli group Baizura Bahar my upline Master Rozyta yang banyak menolong dari segi teknikal, tips serta memberikan moral support sehingga saya berjaya menyiapkan 2 entry dalam masa yang ditetapkan. 



Untuk projek "Blog Mega Shaklee 2.0", saya ingin terus menyertai projek ini kerana ingin terus menimba ilmu blog disamping berkongsi pengalaman bersama peserta - peserta yang lain. Semangat berkobar - kobar yang ditonjolkan oleh semua peserta juga sangat membanggakan kerana ramai diantara kami terpaksa stay up atau tidak tidur malam kerana ingin menyiapkan setiap entry yang diberikan dihantar tepat pada masanya. Semangat ini telah membuatkan saya push diri sendiri untuk terus bersemangat dan tidak berputus asa. InsyaAllah semoga segala usaha kami ini akan membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada semua.


Love 💜
Ayunie Ali StarRich4u


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu





 


Khamis, 16 Februari 2023

Nak Kurus Dan SIHAT? Jom Amalkan Intermittent Fasting

 

Stress bila badan makin gemuk


AKU GEMUK !!!

Aaaahhh stress betul bila badan dah mula gemuk ni. Dah cuba diet tapi berat badan masih tak turun - turun juga.

Macam mana cara paling berkesan untuk turunkan berat badan ye?

Apa kata anda cuba Intermittent Fasting (IF) atau Diet Puasa.



Intermittent Fasting (IF)

Apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting juga dikenali secara ringkasnya dengan nama IF atau Diet Puasa. 

Ia merupakan sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa

Cara diet lain lebih memfokuskan berkenaan apa yang anda makan serta kuantiti yang dimakan, tapi dengan Intermittent Fasting (IF) ianya lebih tertumpu pada bila anda makan

Melalui kaedah ini, anda hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, anda akan berpuasaBerpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan dapat membantu tubuh anda membakar lemak dengan lebih cepat.



Makanan seimbang sangat penting


Ada beberapa jenis kaedah Intermittent Fasting (IF) yang boleh anda amalkan bergantung kepada kemampuan dan keselesaan anda untuk melakukannya.

Antara jenis - jenis Intermittent Fasting (IF) ialah : 


1) Overnight Fasting

Kaedah berpuasa ini lebih mirip kepada kaedah yang biasa kita guna sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi kaedah ini, anda perlu berpuasa sekurang - kurangnya 12 jam sehari. 


2) Time - Restricted Fasting

Kaedah ini juga lebih mirip dengan kaedah yang pertama tadi, cuma waktunya adalah lebih panjang. Bagi kaedah ini, anda tidak boleh makan atau perlu berpuasa dalam tempoh antara 14 hingga 16 jam dalam sehari.


3) Whole Day Fasting

Anda perlu berpuasa seharian iaitu selama 24 jam. Jika anda berpuasa bermula 8 pagi hari ini, bermakna anda hanya boleh berbuka atau makan pada jam 8 pagi keesokan hari. Ia mungkin agak sukar untuk dilakukan, tetapi ia tidak mustahil kerana telah ramai yang dapat melakukannya. 


4) Alternate Day Fasting

Kaedah ini membenarkan anda untuk makan dan berpuasa selang sehari. Sebagai contoh, pada hari ini anda boleh makan, manakala pada hari esok anda berpuasa. Ia kemudiannya diselang - selikan pada hari - hari yang berikutnya. Pada hari anda perlu berpuasa, anda hanya boleh mengambil 500 hingga 600 kalori sahaja.


5) Skipping Meals Fasting

Kaedah ini bermaksud bahawa anda berpuasa melangkau waktu makan anda. Sebagai contoh, jika sebelum ini anda mempunyai lima kali waktu makan setiap hari, maka anda akan skip beberapa waktu makan tersebut. Ini menjadikan kekerapan anda untuk makan dalam sehari semakin berkurangan


6) Choose - Your - Day Fasting

Kaedah ini membolehkan anda berpuasa pada hari dan waktu yang anda mahukan. Anda juga tidak perlu mengikut peraturan tertentu dalam kaedah ini. Ia adalah 100% mengikut kemampuan dan kehendak anda bagaimana anda ingin berpuasa.


7) 5 : 2 Fasting

Kaedah ini memerlukan anda untuk mengikut nisbah 5 : 2 ketika berpuasa. Ini bermaksud, hari makan anda adalah lima hari, manakala hari berpuasa pula ialah dua hari dalam seminggu. Pada hari anda berpuasa, anda hanya boleh mengambil makanan dan minuman dengan tidak melebihi 600 kalori setiap hari.


Kesimpulan : 

Sekarang anda sudah mengetahui apa itu Intermittent Fasting (IF). Bagi menjadikan kaedah diet ini lebih berkesan, anda masih perlu melakukan senaman atau aktiviti fizikal. Anda juga perlu mengikuti atau mematuhi kaedah diet yang anda pilih jika mahukan ianya betul - betul berkesan

Anda juga boleh membaca artikel lain mengenai Intermittent Fasting di entry  8 Tips IF Untuk Beginner

Kita bertemu lagi di entry yang akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca.


Love 💚

Ayunie Ali StarRich4u


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu 
#readystock

Kurus Secara "SIHAT" Dengan Set Kurus Shaklee


Set Hello New You


Siapa berazam untuk kurus setiap tahun? Tapi masih tak kurus jugakan?

Sebenarnya, kurus dengan cara yang sihat itu menjadi keutamaan kita semua. Betul tak?

Kurus, tapi badan tetap cantik dan sihat. Bukannya kurus keding macam orang tak cukup zat. Zaman sekarang ini hampir semua orang cuba untuk kurus dengan Intermittent Fasting atau IF.

Tapi tahukah yang sebenarnya Intermittent Fasting atau IF dengan suplemen sangat membantu dan mempercepatkan proses untuk kurus. Agaknya kenapa ye? 

Disini saya akan ceritakan mengenai Set Kurus Shaklee yang sangat membantu proses untuk kurus dan menurunkan berat badan.

Set Hello New You atau Set Kurus Shaklee ini sangat popular dan mendapat permintaan yang sangat tinggi. Set ini terdiri daripada Cinch Shake, Omega Guard, Lecithin dan juga Herblax. Gabungan suplemen ini sangat hebat dan amat membantu proses untuk kurus dengan cepat dan menyihatkan.

Sebelum saya ceritakan dengan lebih lanjut, jom kita lihat testimoni pelanggan yang telah berjaya menurunkan berat badan mereka dengan Set Hello New You. 


Testimoni pengguna

Haa.. macam mana? Hebatkan testimoni mereka !!!

Sekarang, kita lihat manfaat dan kebaikan suplemen ini dalam membantu proses untuk kurus secara sihat.

Kebaikan dan manfaat Cinch Shake


Cinch Shake :

Cinch Shake adalah suplemen berbentuk serbuk yang mana mengandungi bahan utama dipanggil Leucine. Leucine bertanggungjawab untuk membantu pertumbuhan otot, sintesi protein, pembaharuan dan memperbaiki sel serta pengatur metabolisme. 

Setiap kali anda minum Cinch Shake, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting serta 6 gram serat larut. Protin sangat penting kerana digunakan untuk membina otot dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori.

Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.


Kebaikan dan manfaat Omega Guard dan Lecithin


Omega Guard : 

Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. Merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. 

Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905 mg asid-lemak omega 3 EPA dan DHA. Omega Guard membantu membakar lemak dengan cepat disamping membantu menurunkan kolesterol.



Lecithin :

Lecithin diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. 

Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salurdarah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh. Pengambilan lecithin mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan kurus yang seimbang dan menghalang obesity.


Kebaikan dan manfaat Herb-lax


Herb-lax :

Herb-lax mengandungi 9 herba semulajadi hasil kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat. Ia membantu pembersihan najis yang tersekat dengan merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. 

Ia juga membantu menyelesaikan masalah sembelit. Tindakan pembersihannya yang lembut  boleh mengambalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit.

Herb-lax membantu juga dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut dan mengempiskan perut.



Vivix

Disini saya nak kongsikan satu lagi suplemen yang sangat POWER dan disarankan diambil bersama Set Hello New You supaya proses menguruskan badan menjadi lebih cepat dan efektif. 


Kebaikan dan manfaat Vivix


Pernah dengar mengenai Vivix

Vivix : 

Vivix mengandungi adunan fitonutrien proprietari yang memanfaatkan kuasa anggur muscadine yang jarang ditemui dan resveratrol menghasilkan ramuan yang 10x lebih efektif dari hanya resveratrol sahaja dalam melambatkan mekanisma utama penuaan selular.

Vivix mempunyai kesan anti angiogenesis yang kaya dengan resveratrol dan kaya dengan polifenol. Anti angiogenesis membantu untuk memotong atau menghancurkan salur darah yang berada pada sel - sel yang tidak normal termasuk tumor, kanser dan juga lemak. Lemak mempunyai salur darah, anti angiogenesis ini membantu cut off salur darah itu. Oleh itu ia akan membantu mempercepatkan proses untuk kurus dan menurunkan berat badan. Polifenol di dalam Vivix juga membantu menghilangkan rasa ketagih terhadap gula atau makanan yang manis.

Selain itu, Vivix membantu proses penyembuhan dan bersifat anti-oksida, anti diabetic dan anti inflammatory. Anti diabetic ini sangat bagus untuk memulihkan pankreas kerana apabila pankreas sihat, insulin sensitivity dan metabolisma akan kembali normal dan dapat berfungsi dengan baik.

Semoga perkongsian saya pada kali ini akan memberi manfaat dan membantu anda untuk kurus secara sihat dan cepat. 

Untuk perkongsian lain, anda boleh membacanya di entry Set Kurus Shaklee . 

Untuk dapatkan maklumat lanjut jangan segan silu untuk menghubungi saya ye di Nak Set Kurus .

Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca entry saya pada kali ini. Kita jumpa lagi di entry yang akan datang, insyaAllah.


Love 💜

Ayunie Ali StarRich4u


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu 
#readystock