Rabu, 9 Ogos 2023

Kehebatan Vitamin E Untuk Kesihatan Kita

 

Vitamin E


Assalamualaikum wbt.

Pada entry kali ini, Kak Yunie ingin berkongsi mengenai "Kehebatan Vitamin E Untuk Kesihatan Kita".

Sedia yang kita maklum, ramai yang mengetahui tentang kebaikan Vitamin E untuk kesihatan kulit terutamanya kulit wajah yang bermasalah. 

Walaupun begitu, sebenarnya banyak lagi khasiat Vitamin E yang dapat kita perolehi jika kita selalu mengamalkannya. 

Bukan hanya dari aspek kulit badan, namun Vitamin E memberi banyak kebaikan kepada ketahanan tumbuh dan lain - lain lagi. 

Ramai memilih untuk mengambil Vitamin E terutamanya wanita yang mementingkan kecantikan kulit dan wajah. Di samping mencantikkan kulit wajah, ia boleh membuatkan wajah si pengamal makin berseri - seri. Vitamin E juga bagus untuk kesihatan jantung kerana ia boleh merendahkan paras kolesterol. 


SUMBER VITAMIN E :



Telur

Saiz telur mungkin sederhana, tetapi penuh dengan khasiatnya. Jadi tidak menghairankan telur mengandungi 1.05 mg Vitamin E. Selain itu, telur kaya dengan protein, lemak sihat, kalsium, fosforus dan Vitamin D. 



Avocado


Acovado adalah salah satu makanan yang paling popular ketika ini. Avocado bukan sahaja enak dimakan, tetapi juga mengandungi sejumlah kecil Vitamin E. Avocado boleh dihiris dan dimakan dengan roti bakar, bersama telur atau dijadikan smoothie untuk tekstur yang lebih berkrim.


Brokoli


Brokoli adalah sayuran hijau yang bukan sahaja memberi sumber Vitamin A dan K tetapi juga mengandungi 1.13 mg Vitamin E. Brokoli boleh dikukus, dipanggang atau digoreng dan jadikan ia sebagai salah satu hidangan kegemaran anda.



Kacang Tanah


Suka snek kacang tanah panggang? Kacang tanah bukan sahaja sumber protein dan serat yang hebat, tetapi juga mempunyai banyak Vitamin E. 



Lada Merah

Mahu tambah sedikit warna dan rasa manis ke dalam salad, makanan ringan dan banyak lagi? Cuba tambah lada merah kerana lada merah adalah sumber Vitamin E yang hebat dan juga mempunyai Vitamin A dan C. 



Bayam

Bayam adalah sayuran hijau yang berkhasiat walaupun hidangan hanya dalam satu setengah cawan sahaja. Mempunyai kandungan Vitamin E, Vitamin A dan K yang tinggi. Bayam boleh dimasak dengan mudah dan boleh dipelbagaikan hidangan termasuk frittata, pasta, sup, dan banyak lagi. 



Mentega Kacang 

Mentega kacang juga merupakan sumber Vitamin E yang bagus. Hanya dengan satu hidangan dua sudu, anda akan mendapat 19.4% daripada nilai Vitamin E harian anda. Disamping itu, ianya juga kaya dengan protein dan serat. 



Hazelnut


Hazelnut bukan sahaja sumber Vitamin E yang bagus, tetapi sumber protein, kalsium, folat yang baik. Mentega hazelnut juga merupakan makanan lazat yang boleh anda nikmati bersama roti, buah, keropok dan makanan ringan yang lain. 



Belut

Sekiranya anda peminat makanan Jepun atau sushi, kemungkinan anda telah mencuba belut. Bergantung pada cara memasaknya, belut boleh menjadi pilihan hidangan yang enak dan berkhasiat. 



Minyak Safflower

Minyak safflower adalah pilihan lain untuk menambah lemak dan 30.9% daripada nilai Vitamin E harian anda. Lemak dalam safflower merupakan jenis lemak yang sama yang terdapat dalam minyak zaitun. Cubalah minyak safflower pada salad atau gunakan untuk memasak (pada suhu yang lebih rendah) seperti minyak zaitun.



Minyak Bunga Matahari


Minyak bunga matahari adalah sumber Vitamin E yang baik selain lemak. Minyak bunga matahari biasanya digunakan dalam makanan siap atau makanan yang dibungkus dengan pembalut salad. Ini adalah satu pilihan yang baik untuk anda cuba.



Badam


Badam tidak mengandungi banyak Vitamin E dalam satu hidangan seperti mentega badam tetapi hampir sama. Satu hidangan akan memberi anda 6.78mg Vitamin E, iaitu hampir separuh daripada nilai harian yang disyorkan. Badam adalah makanan ringan yang enak dan senang dibawa ke mana sahaja. Boleh dipotong dan ditambahkan ke dalam salad, roti bakar atau makanan lain untuk tambahan. 



Biji Bunga Matahari

Biji bunga matahari menambah tekstur dan rasa masin dalam sesuatu hidangan. Hanya dengan satu hidangan, anda akan mendapat 37% daripada nilai Vitamin E yang dicadangkan. 



Mentega Badam

Hanya satu sudu makan mentega badam memberikan separuh keperluan Vitamin E kepada anda. Ia juga mengandungi hampir 7 gram protein dan juga 3 gram serat menjadikan ianya hidangan yang lazat dan berkhasiat. 



Minyak Biji Gandum

Minyak biji gandum adalah minyak yang dihasilkan dari biji gandum atau biji padi. Minyak ini dikenali sebagai sumber nutrisi yang sangat baik kerana kandungan nutrisi pentingnya seperti lemak, Vitamin E dan fitosterol.

Ok, sekarang Kak Yunie ingin berkongsi pula kelebihan Vita - E Compex yang memberi banyak manfaat kepada kesihatan dan juga kecantikan.


KELEBIHAN VITA - E COMPLEX : 


Vita - E Complex 

Tahukah anda, yang sebenarnya Vita - E Complex ini dibuat dan dihasilkan dari minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E.

Ianya diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E  (alpha,beta,gama,delta). Ianya merupakan Vitamin E paling lengkap yang berada dipasaran.


Fungsi Selenium

Vita - E Complex mengandungi 10 mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E, memelihara membrane sel - sel, sel darah merah dan tisu - tisu otot. Ianya juga adalah penyah toksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti - oksidan dan melindungi retina. 



Kelebihan Vita - E Complex

MANFAAT UTAMA :

Manfaat Vita - E Complex



Manfaat Vita - E Complex


1. Melindungi Jantung

- Pengambilan harian 800IU Vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan kolesterol HDL, mengurangkan tekanan darah, menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri, menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain - lain. 


2. Anti - Penuaan

- 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jeragat dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit, tona muka, dada dan otot peha.


3. Meningkatkan Tenaga

- Meningkatkan keinginan terhadap seksual dengan membekalkan oksigen dan tenaga yang lebih. 


4. Menghalang Keguguran

- Merawat musculus pectoralis fibrosisotot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopous seperti hot flush. Ianya juga mampu menghalang kematian janin dan keguguran. 


5. Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif

- Kajian pada tahun 1924, mendapati Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Orang lelaki yang mengambil 600IU hingga 800IU Vitamin E sehari, bilangan sperma mereka semakin meningkat. 


6. Anti - Oksidan Yang Kuat

- Pengambilan lebih dari 1200 IU sehari untuk anti - oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi, katarak, dan masalah penglihatan.


7. Memperbaiki Masalah Arthritis

- Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos dan sakit sendi.


8. Menghilangkan Parut

- Membantu surutkan bengkak dan ulser pada kulit. Vita - E Complex boleh disapu terus pada luka untuk menghilangkan kesan parut.  


SIAPA YANG PERLU AMBIL VITA - E COMPLEX?


Muka yang berjerawat, berjeragat

✔ Tona warna kulit tidak sekata

✔ Muka atau badan berparut

✔ Mempunyai masalah kolesterol yang tinggi

✔ Mempunyai masalah rambut gugur

✔ Orang yang selalu tertekan / stress 

✔ Mempunyai masalah kesuburan / seksual


Berminat nak dapatkan Vita - E Complex ini sekarang ? Jangan segan silu, hanya perlu tekan link dibawah ini sahaja 👇👇👇


TEKAN SINI 


Terima kasih Kak Yunie ucapkan 🌹 kerana sudi singgah dientry ini. Sehingga kita berjumpa lagi dientry yang akan datang, InsyaAllah. 

Jangan lupa untuk FOLLOW Kak Yunie di media sosial yang berikut ye : 


💛💜 Personal Fb : Ayunie Ali StarRich

💛💜 FB Page : StarRich4u

💛💜 Instagram : StarRich4u



Love 💘

Ayunie Ali StarRich4u




#StarRich4u
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTerengganu
#ReadyStock
#RahmahMeal
















Selasa, 8 Ogos 2023

CoQ - Trol Plus Membantu Menjana Jantung Yang Sihat


Jantung Sihat


Asssalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

    Alhamdulilah, dengan izin dan rahmat Allah swt, hari ini diizinkan olehNYA untuk menulis entry terbaru ini. Entry ini sangatlah penting dan menarik kerana ianya akan menceritakan tentang kesihatan JANTUNG kita. 



Jantung Organ Yang Penting

    Sedia yang kita maklum, jantung adalah organ yang sangat penting untuk setiap manusia. Tanpa jantung yang sihat, maka kesihatan dan kehidupan kita turut akan terjejas. 

    Tahukah, bahawa jantung kita mengepam hampir 2,000 gelen darah keseluruh bahagian tubuh kita pada setiap hari. Sebagai otot yang selalu bekerja keras di dalam tubuh dan sebagai pusat kawalan sistem peredaran darah, jantung kita memerlukan jumlah tenaga yang sangat besar untuk berfungsi dengan cekap. 

    Tenaga tersebut diperolehi dengan bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10), yang juga berperanan membantu kesihatan salur darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud di dalam semua sel.

    Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10, akan tetapi amaun CoQ10 yang diperolehi dari pemakanan secara normalnya adalah kurang dari 10 mg sehari. 

    Kita perlu ingat, faktor seperti diet yang tidak seimbang, faktor usia, dan pendedahan harian kepada radikal - radikal bebas meningkatkan lagi keperluan untuk nutrien yang amat penting ini. 


PENYELESAIANNYA ADALAH COQ - TROL PLUS  



CoQ - Trol Plus

    CoQ - Trol Plus menampilkan campuran semulajadi proprietari 100 mg CoQ10 dan resveraterol di dalam softgel yang bioavailable. 



Mampukah Kita Untuk Ambil Semua Ini?


CoQ10 telah terbukti dapat : 

💗 Membantu menghasilkan tenaga di dalam organ jantung

💗 Meningkatkan penghasilan tenaga di dalam otot jantung dan menambah kekuatan mengepamnya. 

💗 Meningkatkan peredaran darah, mengurangkan serangan angina dan mengurangkan palpitasi jantung.

💗 Menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL kolesterol "tidak baik" dan menghalangnya dari melekat dan menyumbat salur darah. 

💗 Mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. 

💗 Membantu menambah dan mengekalkan tahap CoQ10 di dalam darah. 

💗 Meningkatkan tahap tenaga, menambahkan stamina, dan mengurangkan kelesuan. 

💗 Membantu merancakkan sel - sel otak yang seterusnya meningkatkan kecerdasan mental dan keupayaan memori. 

💗 Mengurangkan serangan migrain, pening dan perasaan loya. 

💗 Kulit akan kelihatan lebih muda. CoQ10 dapat meningkatkan peredaran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan cukup oksigen dan nutrisi untuk pemulihan dan penghasilan kolagen. Ini membuatkan kulit lebih tegang, cerah dan berseri.

💗 Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. CoQ10 memberi tenaga untuk pergerakan sperma dan sperma yang terhasil juga lebih bermutu. Ia juga membantu meningkatkan mutu ovum wanita. 

💗 CoqTrol juga mengandungi resveratrol, yang terbukti merehatkan salur darah dan membantu pengaliran darah. 

Dapat sesuatu dari perkongsian ini? 

Sayangi jantung anda dengan menekan link Whatsapp dibawah 👇👇👇




Sehingga kita berjumpa lagi dientry yang akan datang. Jom FOLLOW Kak Yunie di media sosial yang berikut ye : 


💘 Personal Fb : Ayunie Ali StarRich

💘 FB Page : StarRich4u

💘 Instagram : StarRich4u


Much Love,

Ayunie Ali StarRich4u




#StarRich4u
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTerengganu
#ReadyStock











Isnin, 17 Julai 2023

Bestnya Kerja Dari Rumah


 

" Bekerjalah Dengan Hati Yang Gembira Dan Ikhlas
Nescaya Anda Akan Menjadi Lebih Produktif Dan Kreatif "

Assalamualaikum wbt. 


    Kerja Dari Rumah? Macam Best Je....


   Tahukah yang kerja dari rumah ini telah dijalankan sejak sebelum PKP lagi. Biasanya yang kita selalu dengar ialah Work From Home Mom (WAHM) atau Work From Home Dad (WAKD). Ketika itu, kebanyakan yang bekerja dari rumah datangnya dari pekerjaan yang boleh dilakukan dari rumah dan tidak terikat dengan makan gaji. 

    Tetapi sejak PKP berlaku iaitu pada tahun 2020, kerja dari rumah ini semakin popular dikalangan rakyat Malaysia. Bukan sahaja dijalankan oleh orang bisnes, terutama sekali yang menjalankan bisnes secara online tetapi kini menjadi trend di syarikat - syarikat korporat.

    Hal ini kerana, majikan ingin mengurangkan bilangan pekerja yang datang bekerja di pejabat dalam satu masa yang sama. Jadual giliran bekerja disediakan oleh majikan dimana separuh pekerja akan bekerja dipejabat dan separuh lagi akan bekerja secara online dari rumah. 

    Sebenarnya, bekerja dari rumah ini banyak kebaikannya. Antaranya, kita akan bekerja dalam suasana yang lebih selesa dan tenang. Pagi - pagi tidak perlu berkejar ke sana ke sini untuk menguruskan keluarga dan stress kerana terpaksa mengadap traffic jam untuk ke tempat kerja setiap hari. 

    Apabila emosi dan fikiran dalam keadaan tenang dan gembira, kerja - kerja dapat dilakukan dengan lebih tersusun dan teratur. Pembahagian masa juga akan lebih fleksibel bergantung kepada kebijaksanaan kita dalam menyusun jadual harian antara kerja, keluarga dan ibadat.

    Walaubagaimanapun untuk menjalankan bisnes atau bekerja dari rumah ini, kita memerlukan semangat, komitmen dan disiplin yang sangat tinggi. Ini kerana, kitalah bos dan kitalah juga pekerjanya. Berjaya atau tidak bisnes kita, sangat bergantung kepada diri kita sendiri.  

    Dari pengalaman Kak Yunie, Kak Yunie telah memulakan bisnes Shaklee ini secara online dengan seriusnya bermula awal tahun 2014 selepas kontrak kerja ditamatkan (kerja kontrak). Secara peribadinya, boleh dikatakan bisnes atau bekerja dari rumah ini memang sesuatu yang sangat best, kerana Kak Yunie dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga tersayang. Berbisnes sambil menjaga ibu mertua dan nenek yang sakit sehingga ke akhir hayat mereka, adalah suatu peluang yang cukup bermakna dalam hidup Kak Yunie. 

    Kak Yunie yakin ramai ibu - ibu diluar sana yang mengalami masalah kesukaran untuk mendapatkan cuti atau pelepasan dari majikan apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti anak sakit atau hal - hal kecemasan lain yang melibatkan ahli keluarga dan orang terdekat. Situasi ini menyebabkan ramai ibu - ibu membuat keputusan untuk berhenti kerja demi keluarga dan insan tersayang. 

    Jika hal ini berlaku, janganlah rasa bersedih atau berputus asa kerana rezeki Allah swt itu luas. Sesungguhnya 9 pintu rezeki datangnya dari berniaga. Kita hanya perlu yakin, usaha, doa dan tawakal, InsyaAllah, Allah akan kurniakan rezeki terbaik buat kita semua. 


Surah an - Nisa' : 29




Pilihan Kita 

    Dikesempatan ini, Kak Yunie ingin berkongsi peluang bekerja dari rumah dengan cara yang mudah tanpa membebankan melalui bisnes Shaklee ini.



Kata - Kata Hassan Al - Banna


 Kenapa Bisnes Shaklee? 


💘 Produk yang selamat, berkesan dan berkualiti.

💘 Shaklee, sebuah syarikat yang stabil dan permintaan terhadap produk sangat tinggi.

💘 Shaklee sentiasa menyediakan perkhidmatan terbaik untuk semua distributor mereka tidak kira dimana kita berada. Pekerjanya sangat friendly dan sering membantu jika kita memerlukan bantuan mereka.

💘 Bisnes Shaklee boleh dilakukan secara online sahaja. Untuk order barang, boleh terus ke laman web www.shaklee com.my . Pembungkusan dan khidmat pos semuanya diuruskan oleh pihak Shaklee. 

💘 Bisnes Shaklee boleh dijalankan dimana sahaja, pada bila - bila masa dan boleh  menggunakan telefon bimbit sahaja.

💘 Tawaran istimewa disediakan kepada setiap ahli iaitu 3C : Cash (Bonus), Car, Convention.

💘 Circle dan team yang sangat supportive dan saling membantu di antara satu sama lain. 

💘 Shaklee sentiasa mengadakan training, online sharing secara PERCUMA kepada ahli - ahlinya. Bahan - bahan untuk marketing, maklumat produk, journal dan kajian saintifik (landmark study) disediakan di website dan juga chanel telegram khas untuk kemudahan semua ahlinya. 

💘 Bisnes Shaklee sangat istimewa kerana bisnes ini boleh diwariskan kepada anak - anak ataupun ahli keluarga yang terdekat. 


Untuk keterangan lebih lanjut, jemput juga baca enty dibawah ini 😊 :



    Haaa, macam mana berminat untuk berbisnes dari rumah bersama team Kak Yunie?  Jom wasap Kak Yunie sekarang dan Kak Yunie akan bantu serta memberi bimbingan cara untuk menjana pendapatan hanya dari rumah sahaja. Tekan sahaja di bawah ye 




    Disamping itu, Kak Yunie juga ingin menjemput untuk FOLLOW dan LIKE media sosial yang lain seperti :


🌹 Personal Fb : Ayunie Ali StarRich

🌹 FB Page : StarRich4u

🌹 Instagram : StarRich4u


    Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dengan membaca entry pada kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di entry yang akan datang. 


With Love ðŸ’š

Ayunie Ali StarRich4u




#StarRich4u
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTerengganu
#ReadyStock









Jumaat, 23 Jun 2023

7 Amalan Gaya Hidup Sihat



" AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

SIHAT FIZIKAL, EMOSI DAN MENTAL 

SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

HIDUP DALAM PERSEKITARAN YANG BAIK "


Assalamualaikum wbt.

    Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan satu daripada syarat untuk mencapai tahap kesihatan terbaik. Kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai yang dipinjamkan oleh Allah swt kepada semua umat manusia dan ianya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. 

    Gaya hidup sihat merupakan aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk mengekalkan, merawat dan memastikan tubuh badan sentiasa dalam keadaan sihat dan mampu untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal dengan selesa.

    Pengetahuan tentang amalan gaya hidup sihat adalah sangat penting bagi mewujudkan kesedaran untuk mengamalkannya demi mengekalkan kesihatan yang baik. Justeru, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita dengan sebaiknya kerana tubuh badan yang sihat dapat memberi banyak manfaat kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling. 

    Terdapat pelbagai amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan oleh kita bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan dengan lebih baik. Berikut merupakan antara amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan.


7 Amalan Gaya Hidup Sihat


1. PEMAKANAN YANG SIHAT



Piramid Makanan Malaysia Terkini 


Pinggan Sihat Malaysia


✔ Diet yang baik adalah penting untuk kesihatan. Setiap individu perlu mengamalkan pola pemakanan seimbang dan sihat. 

✔ Pastikan makanan tertentu diambil pada kadar yang sesuai bagi memastikan diet yang seimbang serta mencegah dari penyakit dengan mengikut piramid makanan yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

✔ Elakkan dari mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula serta makan tidak mengikut jadual boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan. 

✔ Pentingnya mengutamakan pengambilan makanan dari sumber karbohidrat khususnya bijiran penuh dan sumber protin seperti telur, ikan, ayam dan daging yang kurang bahagian lemak. 

✔ Selain itu, pengambilan pelbagai jenis dan warna buah - buahan serta sayur - sayuran akan memberikan sumber vitamin, mineral dan serat kepada tubuh serta meningkatkan daya imuniti badan jika diserang penyakit. 

✔ Elakkan juga daripada mengambil snek atau apa - apa sahaja makanan yang tidak berkhasiat lebih - lebih lagi di waktu malam. 


2. MELAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN BERKALA



Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Berkala

✔ Pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilakukan untuk memastikan kesihatan berada pada tahap yang optimum dan terbaik.

✔ Pemeriksaan kesihatan ini merangkumi pemeriksaan tekanan darah, kencing manis, kesihatan mata, kadar kolesterol dan kesihatan jantung.

✔ Pemeriksaan ini boleh dilakukan sama ada di hospital kerajaan atau klinik kerajaan mahupun swasta.

✔ Dapatkan tarikh janji temu terlebih dahulu sebelum hadir untuk mendapatkan rawatan mengikut tarikh yang diberikan.

✔ Pastikan sentiasa mengamalkan pemakaian topeng muka terutama apabila keluar atau ke kawasan yang berisiko tinggi dan menjaga penjarakan fizikal sekurang - kurangnya 1 meter dengan individu atau pesakit lain. 


3. MEMASTIKAN PERSEKITARAN YANG BERSIH



7 Langkah Mencuci Tangan


Manfaat Mandi

✔ Kita dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengutamakan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan betul dengan menggunakan sabun atau bahan pencuci tangan (Hand Sanitizer).

✔ Kerapkan mandi terutama selepas keluar rumah dan ketika musim panas kerana mandi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan kita.

✔ Selalu amalkan disinfeksi kawasan rumah dan tempat - tempat yang kerap disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan jauh, kepala paip dan pintu peti ais sangat digalakkan untuk membasmi kuman.

✔ Pastikan kawasan persekitaran rumah sentiasa bersih dan terjaga seperti rumput sentiasa dipotong, tiada air yang bertakung yang akan menjadi punca tempat pembiakan nyamuk yang boleh menyebabkan penularan penyakit lain.

✔ Kawasan taman rekreasi awam juga perlu dijaga dengan baik dengan tidak membuang sampah di merata - rata tempat.

✔ Menjaga persekitaran yang bersih dan selamat amat penting dalam amalan gaya hidup sihat kerana udara yang segar mampu memberikan kesan yang positif dalam kehidupan seharian kita.


4. MELAKUKAN AKTIVITI BERIADAH /  BERSENAM



Kebaikan Bersenam

✔ Senaman boleh mengubah komposisi badan, meningkatkan kualiti kehidupan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya.

✔ Semasa bersukan atau beriadah badan akan berpeluh dan toksin dalam badan akan dikeluarkan melalui peluh.

✔ Senaman secara berkala dan berjadual perlu bagi memastikan tubuh menjadi lebih sihat serta membantu sistem peredaran darah menjadi lebih teratur.

✔ Contoh senaman mudah yang disyorkan ialah berjalan kaki, berlari, berbasikal di kawasan rumah ataupun hanya melakukan senaman ringan di dalam rumah sahaja. 


5. BERHENTI MEROKOK



12 Petua Berhenti Merokok




Tips Berhenti Merokok

✔ Tabiat merokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit seperti masalah paru - paru, jantung, kanser dan lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut.

✔ Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok.

✔ Terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam sedutan asap rokok.

✔ Ketagihan merokok ini boleh diatasi dengan semangat yang kuat. Dapatkan nasihat daripada doktor dan tips bagaimana cara untuk berhenti merokok.


6. MENGAWAL STRESS DENGAN BAIK


Kesan Stress Berpanjangan



Tangani Stress Dengan Bijak

✔ Tekanan psikologikal boleh digambarkan sebagai satu perasaan yang tidak menyenangkan. Contohnya, kesedihan, ketakutan, rasa bersalah, putus asa, kerinduan melampau, rasa bersendirian, kerisauan, kecelaruan, kemurungan dan sebagainya.

✔ Setiap individu mengalami tekanan atau stress pada tahap yang berbeza - beza bergantung kepada kebijaksanaan setiap individu dalam mengatasinya.

✔ Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menyebabkan emosi terganggu dan dalam jangka masa yang panjang jika tidak dikawal dengan baik boleh menimbulkan masalah yang lain. 

✔ Antara tips yang boleh dilakukan untuk mengurangkan stress ialah :

    💗 Sentiasa berfikiran positif 

    ðŸ’— Belajar bertenang dalam apa jua keadaan

    ðŸ’— Mewujudkan hobi yang boleh menenangkan jiwa

    ðŸ’— Pandai bahagikan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah

    ðŸ’— Tidur dan rehat secukupnya

    ðŸ’— Banyakkan minum air kosong

    ðŸ’— Berkongsi masalah dengan seseorang yang boleh dipercayai

    ðŸ’— Sentiasa maafkan diri sendiri dan orang lain

    ðŸ’— Sentiasa tabah dan sabar dengan setiap ujian yang melanda 

    ðŸ’— Banyakkan berdoa dan tawakal kepada Allah swt


7. DAPATKAN REHAT YANG CUKUP



Tip Tidur Berkualiti 



Risiko Jika Kurang Tidur

✔ Rehat dan tidur yang cukup amat penting kerana ianya dapat mengurangkan tekanan selain dapat menenangkan minda dan menyihatkan badan.

✔ Apabila mendapat rehat yang cukup, proses metabolisme badan dapat berfungsi dengan baik dan lancar tanpa sebarang masalah atau gangguan. 


    Selain itu, amalan  pengambilan nutrisi secara konsisten juga amat penting bagi menjaga kesihatan tubuh badan kita dan memberi kita lebih tenaga. Tidak sesekali mengamalkan penyalahgunaan dadah dan alkohol serta tidak mengamalkan pergaulan bebas kerana ianya bertentangan dengan ajaran agama.

    Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat ini amat penting dalam kehidupan setiap individu. Tubuh badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas akan memberi impak yang positif dalam kehidupan seharian kita. 

    Semoga perkongsian kali ini akan memberi manfaat dan kebaikan kepada setiap pembaca. Semoga kita berjumpa lagi di entry yang akan datang, InsyaAllah. Jemput FOLLOW dan LIKE media sosial dibawah ye : 



💚 Personal Fb : Ayunie Ali StarRich

💚 FB Page : StarRich4u

💚 Instagram : StarRich4u



Love, 💓

Ayunie Ali StarRich4u




#StarRich4u
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTerengganu
#ReadyStock