Jumaat, 23 Jun 2023

7 Amalan Gaya Hidup Sihat



" AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

SIHAT FIZIKAL, EMOSI DAN MENTAL 

SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF

HIDUP DALAM PERSEKITARAN YANG BAIK "


Assalamualaikum wbt.

    Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan satu daripada syarat untuk mencapai tahap kesihatan terbaik. Kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai yang dipinjamkan oleh Allah swt kepada semua umat manusia dan ianya tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. 

    Gaya hidup sihat merupakan aktiviti yang dilakukan bertujuan untuk mengekalkan, merawat dan memastikan tubuh badan sentiasa dalam keadaan sihat dan mampu untuk melakukan sebarang aktiviti fizikal dengan selesa.

    Pengetahuan tentang amalan gaya hidup sihat adalah sangat penting bagi mewujudkan kesedaran untuk mengamalkannya demi mengekalkan kesihatan yang baik. Justeru, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita dengan sebaiknya kerana tubuh badan yang sihat dapat memberi banyak manfaat kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling. 

    Terdapat pelbagai amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan oleh kita bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan dengan lebih baik. Berikut merupakan antara amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan.


7 Amalan Gaya Hidup Sihat


1. PEMAKANAN YANG SIHAT



Piramid Makanan Malaysia Terkini 


Pinggan Sihat Malaysia


✔ Diet yang baik adalah penting untuk kesihatan. Setiap individu perlu mengamalkan pola pemakanan seimbang dan sihat. 

✔ Pastikan makanan tertentu diambil pada kadar yang sesuai bagi memastikan diet yang seimbang serta mencegah dari penyakit dengan mengikut piramid makanan yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

✔ Elakkan dari mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula serta makan tidak mengikut jadual boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan. 

✔ Pentingnya mengutamakan pengambilan makanan dari sumber karbohidrat khususnya bijiran penuh dan sumber protin seperti telur, ikan, ayam dan daging yang kurang bahagian lemak. 

✔ Selain itu, pengambilan pelbagai jenis dan warna buah - buahan serta sayur - sayuran akan memberikan sumber vitamin, mineral dan serat kepada tubuh serta meningkatkan daya imuniti badan jika diserang penyakit. 

✔ Elakkan juga daripada mengambil snek atau apa - apa sahaja makanan yang tidak berkhasiat lebih - lebih lagi di waktu malam. 


2. MELAKUKAN PEMERIKSAAN KESIHATAN BERKALA



Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Berkala

✔ Pemeriksaan kesihatan secara berkala perlu dilakukan untuk memastikan kesihatan berada pada tahap yang optimum dan terbaik.

✔ Pemeriksaan kesihatan ini merangkumi pemeriksaan tekanan darah, kencing manis, kesihatan mata, kadar kolesterol dan kesihatan jantung.

✔ Pemeriksaan ini boleh dilakukan sama ada di hospital kerajaan atau klinik kerajaan mahupun swasta.

✔ Dapatkan tarikh janji temu terlebih dahulu sebelum hadir untuk mendapatkan rawatan mengikut tarikh yang diberikan.

✔ Pastikan sentiasa mengamalkan pemakaian topeng muka terutama apabila keluar atau ke kawasan yang berisiko tinggi dan menjaga penjarakan fizikal sekurang - kurangnya 1 meter dengan individu atau pesakit lain. 


3. MEMASTIKAN PERSEKITARAN YANG BERSIH



7 Langkah Mencuci Tangan


Manfaat Mandi

✔ Kita dinasihatkan supaya sentiasa menjaga dan mengutamakan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan betul dengan menggunakan sabun atau bahan pencuci tangan (Hand Sanitizer).

✔ Kerapkan mandi terutama selepas keluar rumah dan ketika musim panas kerana mandi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan kita.

✔ Selalu amalkan disinfeksi kawasan rumah dan tempat - tempat yang kerap disentuh seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan jauh, kepala paip dan pintu peti ais sangat digalakkan untuk membasmi kuman.

✔ Pastikan kawasan persekitaran rumah sentiasa bersih dan terjaga seperti rumput sentiasa dipotong, tiada air yang bertakung yang akan menjadi punca tempat pembiakan nyamuk yang boleh menyebabkan penularan penyakit lain.

✔ Kawasan taman rekreasi awam juga perlu dijaga dengan baik dengan tidak membuang sampah di merata - rata tempat.

✔ Menjaga persekitaran yang bersih dan selamat amat penting dalam amalan gaya hidup sihat kerana udara yang segar mampu memberikan kesan yang positif dalam kehidupan seharian kita.


4. MELAKUKAN AKTIVITI BERIADAH /  BERSENAM



Kebaikan Bersenam

✔ Senaman boleh mengubah komposisi badan, meningkatkan kualiti kehidupan dan mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya.

✔ Semasa bersukan atau beriadah badan akan berpeluh dan toksin dalam badan akan dikeluarkan melalui peluh.

✔ Senaman secara berkala dan berjadual perlu bagi memastikan tubuh menjadi lebih sihat serta membantu sistem peredaran darah menjadi lebih teratur.

✔ Contoh senaman mudah yang disyorkan ialah berjalan kaki, berlari, berbasikal di kawasan rumah ataupun hanya melakukan senaman ringan di dalam rumah sahaja. 


5. BERHENTI MEROKOK



12 Petua Berhenti Merokok




Tips Berhenti Merokok

✔ Tabiat merokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit seperti masalah paru - paru, jantung, kanser dan lebih 40 jenis penyakit yang boleh membawa maut.

✔ Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok.

✔ Terdapat 4000 jenis bahan kimia yang berbahaya di dalam sedutan asap rokok.

✔ Ketagihan merokok ini boleh diatasi dengan semangat yang kuat. Dapatkan nasihat daripada doktor dan tips bagaimana cara untuk berhenti merokok.


6. MENGAWAL STRESS DENGAN BAIK


Kesan Stress Berpanjangan



Tangani Stress Dengan Bijak

✔ Tekanan psikologikal boleh digambarkan sebagai satu perasaan yang tidak menyenangkan. Contohnya, kesedihan, ketakutan, rasa bersalah, putus asa, kerinduan melampau, rasa bersendirian, kerisauan, kecelaruan, kemurungan dan sebagainya.

✔ Setiap individu mengalami tekanan atau stress pada tahap yang berbeza - beza bergantung kepada kebijaksanaan setiap individu dalam mengatasinya.

✔ Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menyebabkan emosi terganggu dan dalam jangka masa yang panjang jika tidak dikawal dengan baik boleh menimbulkan masalah yang lain. 

✔ Antara tips yang boleh dilakukan untuk mengurangkan stress ialah :

    πŸ’— Sentiasa berfikiran positif 

    πŸ’— Belajar bertenang dalam apa jua keadaan

    πŸ’— Mewujudkan hobi yang boleh menenangkan jiwa

    πŸ’— Pandai bahagikan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah

    πŸ’— Tidur dan rehat secukupnya

    πŸ’— Banyakkan minum air kosong

    πŸ’— Berkongsi masalah dengan seseorang yang boleh dipercayai

    πŸ’— Sentiasa maafkan diri sendiri dan orang lain

    πŸ’— Sentiasa tabah dan sabar dengan setiap ujian yang melanda 

    πŸ’— Banyakkan berdoa dan tawakal kepada Allah swt


7. DAPATKAN REHAT YANG CUKUP



Tip Tidur Berkualiti 



Risiko Jika Kurang Tidur

✔ Rehat dan tidur yang cukup amat penting kerana ianya dapat mengurangkan tekanan selain dapat menenangkan minda dan menyihatkan badan.

✔ Apabila mendapat rehat yang cukup, proses metabolisme badan dapat berfungsi dengan baik dan lancar tanpa sebarang masalah atau gangguan. 


    Selain itu, amalan  pengambilan nutrisi secara konsisten juga amat penting bagi menjaga kesihatan tubuh badan kita dan memberi kita lebih tenaga. Tidak sesekali mengamalkan penyalahgunaan dadah dan alkohol serta tidak mengamalkan pergaulan bebas kerana ianya bertentangan dengan ajaran agama.

    Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat ini amat penting dalam kehidupan setiap individu. Tubuh badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas akan memberi impak yang positif dalam kehidupan seharian kita. 

    Semoga perkongsian kali ini akan memberi manfaat dan kebaikan kepada setiap pembaca. Semoga kita berjumpa lagi di entry yang akan datang, InsyaAllah. Jemput FOLLOW dan LIKE media sosial dibawah ye : 



πŸ’š Personal Fb : Ayunie Ali StarRich

πŸ’š FB Page : StarRich4u

πŸ’š Instagram : StarRich4u



Love, πŸ’“

Ayunie Ali StarRich4u




#StarRich4u
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTerengganu
#ReadyStock 

 

2 ulasan: