Isnin, 21 Oktober 2019

PENCEGAHAN OSTEOPOROSIS





PENCEGAHAN
Gen anda menentukan potensi ketinggian dan kekuatan rangka anda. Walau bagaimana pun, amalan cara hidup yang sihat, seperti pemakanan dan senaman boleh mempengaruhi kesihatan tulang anda. Mengamalkan cara hidup sihat melambatkan berlakunya kejadian osteoporosis. Senaman yang berkala amat diperlukan. Cuba lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit 3 kali seminggu.
Dua jenis senaman yang penting untuk mengukuhkan kepadatan tulang bagi mencegah osteoporosis adalah senaman ’Weight Bearing’ dan senaman ’Resistance’. Jogging, lompat tali (skipping), senaman aerobik dan melompat atas dan bawah ditempat yang sama baik untuk kekuatan tulang.
Bagi mereka yang berusia , senaman ringan dan selamat, seperti berjalan, main tenis, berenang amat berguna. Untuk orang yang lebih tua, senaman perlu bersesuaian dan selamat, seperti berjalan perlahan,  menaiki tangga 10 kali sehari, permainan tenis yang sederhana.
Amalan cara hidup yang boleh membantu mencegah osteoporosis termasuk:
  • Makan makanan yang mengandungi zat kalsium yang tinggi, sekurang-kurangnya 1,000 mg sehari.
  • Berhenti merokok, menghisap rokok meningkatkan risiko osteoporosis.
  • Hadkan jumlah pengambilan minuman alkohol. Disyorkan had 21 unit seminggu untuk lelaki dan 14 unit untuk wanita.
Penghidap osteoporosis boleh mengurangkan risiko tulang retak atau patah. Satu tindakan yang baik ialah sentiasa berhati-hati mengenalpasti perkara yang boleh menyebabkan jatuh seperti lingkaran wayar. Pastikan anda sentiasa memeriksa tahap penglihatan dan pendengaran. Sesetengah warga emas memakai pelindung khas pada pinggul untuk mengelakkan kecederaan semasa jatuh.
* Sumber : myhealth.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan