Isnin, 21 Oktober 2019

SEBAB - SEBAB OSTEOPOROSIS



Tulang tebal dan kuat semasa remaja. Pada sekitar umur 35 tahun, lebih banyak tisu tulang yang hilang daripada yang diganti. Ini menyebabkan tulang menjadi nipis dan lemah. Orang yang kerap melakukan senaman semasa muda, dan masih aktif semasa berumur, kurang risiko osteoporosis, kerana tulang masih kuat.
Ada beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis: Wanita berisiko lebih tinggi mendapat osteoporosis berbanding lelaki. Ini disebabkan penurunan hormon estrogen selepas menopaus. Wanita berisiko tinggi apabila :
  • Mengalami menopaus awal sebelum umur 45 tahun.
  • Menjalani pembedahan histerektomi (pembuangan organ rahim) sebelum berusia 45 tahun, terutama jika ovari dibuang sekali.
  • Tidak datang haid dalam jangkamasa lama ( lebih dari 6 bulan) disebabkan senaman berlebihan atau makan berlebihan. Hormon lelaki , iaitu testosteron juga menolong menjadikan tulang sihat. Lelaki menghasilkan hormon secara berterusan walaupun usia lanjut, tetapi berisiko mendapat osteoporosis jika paras hormon rendah.
Penyakit yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis. Hormon wanita, estrogen dan hormon lelaki, testosteron adalah penting untuk menjadikan tulang kuat, dengan memproseskan mineral seperti kalsium. Osteoporosis boleh tercetus oleh masalah hormon, termasuk :
  • Hipertiroidism (kelenjar tiroid yang sangat aktif).
  • Gangguan kelejar adrenal. Dalam Sindrom Cushing, penghasilan berlebihan kortisol (hormon yang dihasilkan oleh kelenjar adrenal) menyebabkan osteoporosis.
  • Kurang pengeluaran hormon seks (estrogen dan testosteron).
  • Gangguan di kelenjar pituitari 
  • Kencing manis.
Fakta-fakta lain yang akan meningkatkan risiko mendapat osteoporosis termasuk :
  • Sejarah osteoporosis di kalangan keluarga yang terdekat (ibu bapa).
  • Tidak aktif dalam jangkamasa lama seperti terlantar di katil.
  • Kerap mengambil minuman keras dan merokok.
  • Gangguan penyerapan seperti ‘ Coeliac disease’ dan Crohn’s disease.
  • Penggunaan ubat korti kosteroid pada dos yang tinggi bagi tempoh yang lama (selalunya digunakan bagi rawatan arthritis dan asma) boleh memberi kesan kepada kekuatan tulang.
  • Kekurangan kalsium .
  • Paras vitamin D rendah.
  • Jisim badan yang sangat rendah (contoh, berat badan yang kurang atau mempunyai tulang yang menipis akibat kecelaruan gaya pemakanan).
* Sumber : myhealth.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan