Isnin, 21 Oktober 2019

TANDA & GEJALA OSTEOPOROSIS



Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk terjadi. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul. Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan.
Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang), tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.
Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan bagi setengah warga emas dan kualiti hidup mereka akan terjejas. Sesetengah warga emas tidak boleh hidup berdikari jika mengalami kecederaan.
Bongkok yang biasa berlaku di kalangan warga emas adalah satu gejala osteoporosis. Ia berlaku apabila tulang vertebra patah ( atau pecah ) membuatkan susah untuk menyokong berat badan.

* Sumber : myhealth.gov.my

2 ulasan:

  1. Ya Allah elakkan dari dapat penyakit osteoporosis ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minum susu tidak menjamin tak akan dapat sakit ni. Kalau minum susu, tapi badan tak cukup vitamin D, kalsium tak dapat diserap sepenuhnya oleh tulang.

      Ostematrix shaklee mempunyai kalsium, magnesium, vitamin D dan juga mineral lain supaya kalsium dapat diserap semaksimum mungkin.

      Itulah istimewanya Ostematrix Shaklee :)

      Padam