Rabu, 22 Mac 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

 


Assalamualaikum dan salam ceria. Alhamdulilah hari ini saya diberi kesempatan untuk menulis entry terbaru mengenai "Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu". Sebelum ini, saya ada berkongsi tentang Intermittent Fasting di entry yang lepas



Shaklee Business Solutions


Sabtu baru - baru ini iaitu pada 18.3.2023 telah diadakan Business Shaklee Solutions di TH Hotel Kelana Jaya. Walaupun saya tinggal di Kuala Terengganu, saya tetap tidak melepaskan peluang untuk hadir dan mengikuti training ini secara online di aplikasi zoom. 

Training ini mengenai ilmu - ilmu tentang pemakanan dan telah disampaikan oleh Dr. Redza Rahman iaitu seorang Saintis Genomics. Topik yang telah disampaikan adalah mengenai Puasa dan amat bersesuaian dengan keadaan sekarang memandangkan bulan Ramadhan akan muncul tiba tidak lama lagi.


                               
Kebaikan Berpuasa


Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut lagi, sama - sama kita fahamkan terlebih dahulu apa itu Intermittent Fasting . 

Intermittent Fasting (wet fasting) ialah Diet Puasa dan juga dipanggil dengan nama ringkasnya iaitu IF. Ia merupakan sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa

Kaedah diet lain lebih memfokuskan apa yang anda makan serta kuantiti yang dimakan. Tetapi Intermittent Fasting (IF) lebih tertumpu kepada bila anda makan (waktu). Melalui kaedah ini, anda hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, anda akan berpuasa. Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan untuk membakar lemak dengan cepat.

Tetapi sebenarnya didalam keterujaan kita mengamalkan IF ini, ada kesan buruk yang akan dirasai oleh badan kita tanpa kita sedar.


Adakah Intermittent Fasting (Wet Fasting) Sama Dengan Puasa Penuh (Dry Fasting) ?

Semasa IF kita dilarang sama sekali mengambil sebarang kalori tetapi dibenarkan minum air atau minuman yang tiada kalori. Semasa Berpuasa (Dry Fasting) pula, kita tidak dibenarkan minum atau makan sepenuhnya. Kedua - dua situasi ini sangat berbeza dari segi amalan dan kadar dehidrasi.


Apa Itu Autophagy?



Proses Autophagy


Autophagy
 merupakan proses memakan sel yang rosak, bertoksik atau bermasalah dengan menghasilkan sel baru atau sel sihat. Semasa melakukan IF atau berpuasa penuh (puasa dalam bulan Ramadan ataupun berpuasa sunat), proses autophagy akan berlaku. Mekanisma autophagy memberi peluang kepada badan memelihara badan dimana ia boleh mengeluarkan sel - sel yang rosak dan kitar semula bahagian yang perlu untuk dibersihkan secara selular. 

Untuk mencapai kadar autophagy ini, anda perlu melakukan IF sekurang - kurangnya 18 jam ke atas. Boleh rujuk jadual dibawah ye. Manakala untuk mencapai kemuncak autophagy memerlukan 72 jam IF barulah fungsi autophagy akan berlaku dalam badan iaitu kira - kira selama 3 hari dengan hanya perlu minum air sahaja. Persoalannya, adakah kita mampu untuk bertahan dengan hanya minum tanpa zero kalori untuk 3 hari tersebut?



Kebaikan Berpuasa Mengikut Jam


Betapa indahnya agama Islam ini kerana kita mempunyai amalan berpuasa. Tidak kira sama ada berpuasa di bulan Ramadan ataupun amalan puasa sunat iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Kajian menunjukkan, dengan amalan berpuasa penuh (dry fasting) selama lebih kurang 13 jam, autophagy lebih cepat dicapai. Dalam waktu 13 jam ini, kekurangan nutrisi dalam badan dapat dikurangkan kerana jarak 13 jam masih sesuai untuk badan manusia.

Signal perut, otak dan pankreas akan lebih stabil di waktu kita berpuasa secara penuh seharian tanpa minuman dan makanan. Jadi kenapa kita nak susahkan diri selama 72 jam sedangkan kita boleh capai autophagy secara maksimum hanya dengan "Berpuasa Penuh" walaupun hanya dalam sehari.


Cara Untuk Capai Autophagy :

  1. Intermittent Fasting (IF) atau puasa penuh
  2. Amalkan pemakanan tinggi lemak dan rendah karbohidrat
  3. Tidur dan rehat secukupnya
  4. Selalu bersenam
  5. Pengambilan suplemen yang mencukupi

Manfaat Autophagy :

  1. Fungsi imun sistem dapat dipertingkatkan
  2. Protein toksin dapat dikeluarkan daripada sel
  3. Tingkatkan fungsi kognitif
  4. Melindungi sistem saraf
  5. Lebih banyak tenaga kepada mitokondria

Suplemen Yang Dapat Aktifkan Autophagy


Selain itu juga, Dr. Redza ada berkongsi beberapa jenis suplemen yang dapat membantu mempercepatkan proses autophagy selain berpuasa iaitu :

  1. Resveratrol
  2. Astaxanthin
  3. Berberine
  4. Citrus Bergamot
  5. Turmeric
Lihatlah sendiri, betapa beruntungnya  pengamal - pengamal produk Shaklee. Berdasarkan gambar rajah diatasi, ada 4 jenis produk dari Shaklee yang mempunyai Resveratrol iaitu Vivix, ResV dan CoqTrol Plus. Astaxanthin pula ada di dalam Carotomix.  Empat produk ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan sangat membantu mempercepatkan proses autophagy di dalam badan kita.



Manfaat Vivix 



Manfaat ResV



CoQ - Trol Plus 




Carotomix



Set Aktifkan Autophagy Shaklee


Memandangkan kita bakal menyambut bulan Ramadhan, pastikan sepanjang tempoh berpuasa ini anda dapatkan Suplemen Terbaik untuk keperluan seisi keluarga supaya badan kekal sihat, cergas dan produktif sepanjang bulan Ramadan. Pengambilan suplemen yang mencukupi amat membantu mempercepatkan autophagy dan badan menjadi lebih sihat.

Saya berharap perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada anda yang sedang membaca. Jangan lupa untuk sebarkan perkongsian ini kepada orang lain juga ye. Untuk mendapatkan suplemen terbaik ini jangan segan silu untuk hubungi saya di NakOrderShaklee

Panjang umur, ada pertemuan semoga kita berjumpa lagi di entry yang akan datang. InsyaAllah.


Love ♥️

Ayunie Ali StarRich


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu 
#readystock


Sabtu, 18 Mac 2023

Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik Di Malaysia

Sebahagian Produk - Produk Shaklee 


Assalamualaikum dan apa khabar semua? Alhamdulilah berjumpa lagi kita di entry terbaru sya. Saya doakan semoga anda semua sentiasa sihat dan dilindungi Allah swt selalu. Aamiin ya mujib.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang topik yang sangat menarik di entry terbaru ini. Apakah dia? Tentunya "Kenapa Shaklee Suplemen Terbaik Di Malaysia". Untuk pengetahuan, sekarang ini terdapat banyak sekali produk - produk suplemen berada dipasaran tidak kira produk antarabangsa mahupun tempatan. Ada diantaranya memang diakui produk yang sangat bagus tetapi ada juga produk yang akan memberi kesan buruk dan kerosakan kepada sistem tubuh serta kesihatan. 

Oleh itu, amat penting untuk kita semua sentiasa berhati - hati sebelum membeli apa - apa produk suplemen dipasaran. Pastikan anda mengkaji dan selidik terlebih dahulu supaya produk suplemen yang ingin dibeli itu selamat untuk diambil.


KENAPA SHAKLEE SUPLEMEN TERBAIK DI MALAYSIA :


1) 100 TAHUN INOVASI



Sebelum kita pergi lebih lanjut lagi, jom sama - sama kita berkenalan dengan pengasas Shaklee. Siapakah beliau? Tentunya Dr. Forrest C. Shaklee.



Dr. Forrest C. Shaklee

"Kami membuat produk yang lembut kepada alam sekitar dan tidak pernah membuat ujian ke atas haiwan. Saya tidak akan mencipta produk yang akan merosakkan satu sel tisu di dalam badan".



Multivitamin Pertama Di Dunia

Dr. Forrest C. Shaklee telah mendapat gelaran sebagai "Bapa Vitamin". Beliau telah merumuskan produk multivitamin pertama di dunia pada tahun 1915 dan mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 berdasarkan produk yang mesra alam

Syarikat Shaklee disenaraikan di NYSE pada tahun 1979 & Fortune 500 pada tahun 1982. Shaklee merupakan syarikat MLM yang terulung di dunia. Beliau adalah seorang yang mempunyai pelbagai bakat sebagai seorang Doktor kiropraktor, perekacipta, penulis, dan personaliti radio. Pendedahan kepada sinaran X dalam kerjayanya pada jangkamasa panjang telah mengakibatkan terjadi kanser di bahagian lengan beliau. 

Satu - satu cara mengubatinya pada ketika itu adalah amputasi (memotong sebahagian daripada anggota badan dengan kaedah perubatan). Dr. Shaklee tidak bersetuju dan terus meninggalkan profession sebagai doktor dan mencari solusi dari alam semulajadi. Disitulah beliau mendapati kekuatan rumusan tumbuh - tumbuhan serta herba - herba yang akhirnya "mengubati" kanser beliau. 

Dengan kejayaan itu, Dr. Shaklee terus giat memupuk kesihatan optima melalui pengamalan nutrisi untuk mencegah penyakitImpian Dr. Shaklee bukan sahaja menjadi pemimpin dalam bidang nutrisi serta syarikat MLM yang paling lama dipasaran, malah boleh diwarisi oleh generasi - generasi yang akan datang


"Saya inginkan sebuah syarikat yang dapat memperbaiki kehidupan semua orang dalam Kesihatan, Kebahagian dan Kemakmuran". 


2) PRODUK SHAKLEE SELAMAT



Beyond Organic



Shaklee menjamin keselamatan dan ketulenan bagi setiap produk. Setiap produk Shaklee melalui ujian yang teliti bermula dari kawalan bahan - bahan mentah, dengan ramuan 100 % tanpa pengawet, perisa, perasa tiruan, bahan - bahan kimia dan lain - lain. Produk - produk Shaklee mematuhi standard keselamatan tertinggi, lembut pada persekitaran, bebas gluten dan Shaklee tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan bebas dari penganiayaan.

Shaklee melaburkan lebih daripada US250 juta dalam ujian klinikal penyelidikan dan pembangunan. Lebih 350 ujian ke atas setiap ramuan botani yang baru untuk logam berat, racun, serangga atau beratus - beratus bahan cemar berbahaya yang lain. 3 kali melebihi standard "States Pharmacopeias USPC United". 

Shaklee juga telah menjalankan 100,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan bagi setiap produk. "Beyond Organic" adalah konsep Shaklee bermula dari penanaman, cara penanaman sehinggalah masa penuaian dan proses pengeluaran


3) PRODUK SHAKLEE TERBUKTI




   

Produk Shaklee disokong oleh 100 paten dan yang sedang dipaten. Shaklee mempunyai lebih daripada 135 kajian klinikal, kertas saintifik dan pembentangan termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere. Dr. Blackburn mendapati bagaimana kromosom dilindungi oleh telomer dan enzim telomerase.





" Kajian Landmark dan Telomere menunjukkan bahawa populasi Shaklee sangat sihat daripada populasi umum ".  



Dr. Elizabeth Blackburn 

(Pemenang Hadiah Nobel dalam Perubatan 2009)



4) PRODUK SHAKLEE BERKESAN 


Ahli - ahli saintis menjalankan ujian demi ujian untuk memastikan keberkesanan produk Shaklee. Lebih 100 kertas kerja saintifik telah diterbitkan. Pada tahun 2007, kajian landmark dijalankan dengan kerjasama penyelidik dari sekolah kesihatan awam UC Berkeley menunjukkan bahawa orang - orang yang mengambil suplemen Shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil satu jenis vitamin atau tidak langsung mengambil suplemen


  • 11 % lebih RENDAH kadar Kolesterol Kesihatan Jantung
  • 33 % lebih RENDAH kadar Trigriserida Kesihatan Jantung
  • 36 % lebih RENDAH kadar Homosistin Kesihatan Otot 
  • 59 % lebih RENDAH kadar Creactive Protein Tekanan Fisikal


Atlet Dikuasakan Oleh Shaklee

Atlet yang dikuasakan oleh Shaklee telah memenangi 137 pingat emas, perak dan gangsa dalam perlawanan. Produk Shaklee telah memberikan perbezaan dalam kehidupan berjuta - juta orang, dari atlet pasukan prestasi tulen kelas dunia Shaklee sehinggalah ke angkasawan NASA. 


Angkasawan NASA


5) PRODUK SHAKLEE MESRA ALAM




Di Shaklee, kami percaya segala jawapan boleh diperolehi dari alam semulajadi, sebab itulah kami hanya memilih bahan mentah yang paling tulensemulajadi dan berkesan digabungkan dengan teknologi terkini untuk merumuskan produk yang berkualiti tinggi



Basic H


Mesra Alam

Dr. Shaklee juga memimpin gerakan alam sekitar, dan memperkenalkan Basic H bahan pencuci biodegradesi dan tidak bertoksik yang pertama di dunia pada tahun 1960. Shaklee juga menjadi syarikat pertama di dunia pada tahun 1960 yang memperolehi sijil "Climate Neutral"


6) PRODUK SHAKLEE MEMPUNYAI FORMULA YANG UNIK





Vivix Mempunyai Formula Yang Sangat Unik


Shaklee menyediakan produk yang tulen, selamat dan terbukti memberikan tubuh anda apa yang diperlukan untuk terus sihat. Diinspirasi oleh visi pengasas dan pencipta multivitamin pertama di AS, Dr. Shaklee untuk menghasilkan produk Living In Harmony With Nature, Shaklee komited untuk menyediakan bahan - bahan yang paling tulen dan terbaik dari alam semulajadi dan menerapkan piawaian saintifik yang ketat untuk menghasilkan produk yang terbukti secara klinikal dan memberikan Hasil Klinikal Tanpa Kompromi. Konsep kesejahteraan holistik ini telah membantu berjuta - juta orang hidup dan kelihatan lebih muda selama lebih dari 60 tahun.


7) PRODUK SHAKLEE PILIHAN RAKYAT MALAYSIA


              
                   Trusted Brand 2021 & 2022 (Gold Medal)


  



Suplemen Pilihan Rakyat Malaysia

Pernah baca buku Reader Digest? Baru - baru ini produk Shaklee telah memenangi Gold Medal "Trusted Brand" untuk 2 tahun berturut - turut iaitu tahun 2021 dan 2022. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempercayai dan memilih produk Shaklee sebagai produk terbaik dan pilihan mereka. 

Di Shaklee, pelbagai jenis set produk disediakan untuk kemudahan dan pilihan para pengguna. Antaranya ialah Set Kurus Shaklee, Set Untuk Ibu Mengandung, Set Selepas Bersalin, Set Menyusu, Set Kulit Cantik, Set Kesihatan Asas dan lain -lain lagi.

Berminat nak dapatkan mana - mana set produk Shaklee? Boleh hubungi saya disini ye Nak Order Shaklee .

Semoga kita bertemu lagi di entry yang akan datang, InsyaAllah. 


Love 💙

Ayunie Ali StarRich4u


#starrich4u 

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleethriumph2023

#shakleeterengganu 

#readystock


Rabu, 15 Mac 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

 



Assalamualaikum dan apa khabar semua? Alhamdulilah bertemu lagi kita di entry terbaru saya ini. Pejam celik pejam celik tinggal 7 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan yang sangat mulia iaitu Ramadan Kareem. Selepas sebulan berpuasa kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Pasti semua dah tak sabarkan? 

Masa raya nanti, tentu sekali kita ingin kelihatan cantik, kurus, langsing, tampan bergaya dan dalam keadaan sihat supaya kita dapat beraya dengan hati yang gembira bersama semua ahli keluarga dan sahabat handai. Betul tak?

Di entry sebelum ini, saya ada berkongsi mengenai Set Puasa Shaklee bersama - sama kelebihan dan manfaatnya jika diambil. Pada entry kali ini pula, saya ingin berkongsi mengenai Set Kurus Shaklee yang akan membantu anda untuk kurus sebelum raya

Bulan Ramadhan adalah bulan dimana kita boleh menggandakan pahala dengan memperbanyakkan ibadah, sedekah dan amal kebajikan. Selain itu juga, bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk kita menguruskan badan. Ibaratnya, 2 dalam 1. Pahala dapat, kurus dan sihatpun dapat. 




Waktu ini adalah waktu terbaik untuk membakar lemak, menurunkan kolesterol jahat supaya badan lebih sihat dan bertenaga. Maka mudahlah untuk kita beribadat kerana badan menjadi lebih ringan, tidak mudah mengah atau selalu sakit lutut kerana terpaksa menanggung berat badan yang berlebihan. Tentu sekali kita tidak mahu "menternak lemak" ketika ini walaupun pelbagai juadah yang sedap - sedap ada di bazar Ramadhan dan ianya sangat menggugat kesabaran kita ketika berpuasa.

Puasa banyak memberikan kesan positif kepada kesihatan kita kerana sistem penghadaman dapat direhatkan seketika daripada  memproses makanan dan minuman seperti di hari biasa. Puasa juga boleh membantu meningkatkan imun sistem tubuh kita dan membuang toksin berlebihan. Kajian saintifik menunjukkan puasa dapat mengurangkan berat badan, merendahkan paras kolesterol, glukosa dan trigliserida dalam darah.




Maka, jika diambil Set Puasa dan Set Kurus secara serentak, pastinya akan memberikan kesan penurunan berat badan yang lebih cepat dalam masa yang singkat. Selain itu, dapat memberikan anda pengalaman berpuasa dengan lebih baik, bertenaga, aktif dan produktif sepanjang hari.  


KEPENTINGAN NUTRISI DALAM PROSES PENURUNAN BERAT BADAN

1. Membantu proses penurunan berat badan dengan cepat dan lebih berkesan
2. Melengkapkan badan dengan nutrisi seimbang
3. Memberikan rasa kenyang dan memenuhi nafsu makan tanpa perlu berlapar
4. Membantu organ - organ badan bekerja dengan lebih baik dan efektif



Set Kurus Shaklee @ Hello New You


Set Kurus Shaklee ini terdiri daripada gabungan produk - produk terbaik seperti Cinch Shake, Omega Guard, Lecithin, dan juga Herblax. Produk - produk ini sangat membantu untuk membakar lemak dengan cepat dan proses detox.


KEBAIKAN SET KURUS SHAKLEE 

1. Membantu menurunkan berat badan secara sihat tanpa kesan sampingan
2. Membentuk tubuh badan yang langsing dan menawan
3. Otot - otot lebih pejal dan padat
4. Memberi rasa kenyang yang lebih lama
5. Menurunkan kolesterol
6. Memberi lebih tenaga
7. Menambah baik proses pencernaan 
8. Meningkatkan sistem imun tubuh
9. Badan menjadi lebih ringan unrtuk beribadat


KEISTIMEWAAN SET KURUS SHAKLEE

1. Semulajadi
2. Berkesan
3. Selamat
4. Organik (bukan GMO)
5. Tiada pengawet tiruan
6. Tiada pemanis tiruan
7. Tiada pewarna tiruan
8. Tanpa gluten
9. Rendah Glisemik (GI)




TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE



Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3



Testimoni 4


Testimoni 5



Testimoni 6


Bagaimana Set Kurus Shaklee ini bertindak dalam proses penurunan berat badan? Set ini bertindak dengan konsep 3B



Bakar - Buang - Bina


KONSEP 3B : BAKAR - BUANG - BINA



Bakar Lemak Dengan Omega Guard Dan Lecithin


Omega Guard : 

Omega Guard membantu membakar lemak dengan cepat disamping membantu menurunkan kolesterol. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905 mg asid-lemak omega 3 EPA dan DHA. Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Minyak ikan ini diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. 


Lecithin :

Pengambilan lecithin mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan kurus yang seimbang dan menghalang obesity. Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salurdarah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh. Lecithin diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. 



Buang Lemak Dengan Herblax


Herb-lax :

Herb-lax membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut dan mengempiskan perut. Ia juga membantu menyelesaikan masalah sembelit. Tindakan pembersihannya yang lembut  boleh mengambalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit. Herb-lax mengandungi 9 herba semulajadi hasil kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat. Ia membantu pembersihan najis yang tersekat dengan merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. 



Bina Otot Dengan Cinch Shake


Cinch Shake :

Cinch Shake adalah suplemen berbentuk serbuk yang mana mengandungi bahan utama dipanggil Leucine. Leucine bertanggungjawab untuk membantu pertumbuhan otot, sintesi protein, pembaharuan dan memperbaiki sel serta pengatur metabolisme. Setiap kali anda minum Cinch Shake, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting serta 6 gram serat larut. Protin sangat penting kerana digunakan untuk membina otot dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Rasanya dah panjang lebar saya kongsikan tentang kebaikan dan fungsi Set Kurus Shaklee ini.

Nak saya bantu untuk dapatkan berat badan yang ideal sebelum raya? Anda boleh hubungi saya dengan menekan link ini Nak Set Kurus Shaklee . 

Opssssss lupa nak beritahu, bulan Mac ini adalah bulan terakhir promosi untuk set ini tau. Jadi apa tunggu lagi, dapatkan segera dengan saya ye. 


Love 💜,

Ayunie Ali StarRich4u


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu 
#readystock

Ahad, 12 Mac 2023

Duit Raya Awal Dengan Shaklee


Pejam celik pejam celik tinggal 10 hari lagi umat Islam akan bertemu bulan Ramadhan. Bulan yang sangat mulia dan akan digandakan pahala bagi semua ibadah dan amal kebajikan. Pastinya semua umat Islam sudah tidak sabar untuk menjalani ibadah puasa ini, dan sekarang sedang sibuk membuat persediaan awal dari segi fizikal, mental dan emosi. 

Tidak kurang juga bahang kemeriahan bulan Syawal juga sudah terasa. Kedengaran lagu - lagu raya sudah ada yang berkumandang di sana sini. Iklan baju raya, tudung raya, kasut raya, kuih raya dan serba serbi rayalah semua dah ada. Maklumlah perayaan paling besar dan bermakna bagi seluruh umat Islam. Hanya sekali dalam setahun dan ketika inilah semua ahli keluarga dan sanak saudara yang jauh mahupun yang dekat akan berkumpul dan meraikan hari yang istimewa ini bersama - sama.



Dalam keterujaan ini, ada satu masalah yang sedang kita hadapi pada tahun ini, 2023 iaitu kenaikan harga barang yang mendadak dan kegawatan ekonomi serta inflasi. Masalah ini bukan dirasai oleh negara Malaysia sahaja tapi dirasai diseluruh dunia. Isu kenaikan barang ini merangkumi barang keperluan asas, makanan, pakaian, ubat - ubatan dan sebagainya. Hal ini sangat merisaukan kita terutama bagi golongan B40.



Selain itu, kita juga diuji dengan masalah banjir besar yang telah berlaku dibeberapa buah negeri seperti Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan beberapa buah negeri yang lagi. Banyak kemusnahan harta benda dan ada juga nyawa telah terkorban dalam tragedi pada tahun ini.



Tarikh pembukaan persekolahan bagi sesi 2023/2024 juga akan berlangsung tidak lama lagi. Untuk kumpulan A bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu sekolah akan dibuka pada 19 Mac ini manakala untuk kumpulan B iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak, Sabah dan WP Labuan sekolah akan dibuka pada 20 Mac ini. 




Semua situasi diatas tentu sahaja memerlukan wang dan perbelanjaan yang besar. Dengan peningkatan harga barang, tragedi banjir dan pembukaan persekolahan anak - anak dalam masa terdekat tentu sahaja akan membebankan setiap keluarga kerana wang yang banyak diperlukan. Gaji tidak juga naik - naik, tapi perbelanjaan makin hari makin besar





Sudah tiba masanya kita harus bertindak dan membuat pilihan yang bijak bagi membantu diri sendiri dan keluarga. Bagaimana caranya? Dengan mencari side income yang akan menguntungkan diri kita sendiri dan keluarga.

Shaklee menawarkan plan bisnes yang sangat menguntungkan semua pihak. Produk kesihatan dan suplemen yang berkualiti, berkesan, selamat, semulajadi dan disokong oleh para doktor serta saintis di seluruh dunia. Bisnes ini juga menawarkan duit atau bonus yang sangat lumayan


Para pengedar Shaklee yang aktif boleh memperolehi beberapa keuntungan seperti : 

1) Untung runcit

2) Bonus bulanan setiap bulan

3) Bonus kepimpinan (apabila berjaya melahirkan leader yang berjaya)

4) Bonus kerana effective beberapa bulan (mengikut ketetapan pihak Shaklee)

5) Bonus kereta (duit bayaran kereta setiap bulan)



Bagi komuniti Shaklee, kami sangat beruntung kerana setiap bulan pada 14 hari bulan, duit bonus kami akan masuk ke dalam akaun bank masing - masing. Ada pengedar yang dapat bonus puluh ringgit, ada yang dapat ratus, ada yang dapat ribu, ada yang dapat puluh ribu dan ratus ribu. Semuanya bergantung kepada kerajinan, usaha berterusan, sikap tidak putus asa serta kekuatan organisasi atau team masing - masing. Berapa duit  yang anda mahukan, anda perlu usahakan sehingga berjaya. 




Duit atau bonus ini tentu sekali akan menjadi "Duit Raya Awal" bagi kami dalam membuat persiapan raya pada tahun ini. Orang lain belum dapat gaji lagi tapi kami dah boleh beli baju raya untuk anak - anak, tudung raya, biskut raya dan tukar duit raya siap - siap, nanti tak perlulah beratur panjang dan berebut - berebut dengan orang ramai. Betul tak?




Best ke best sangat ni? Jika terasa best jom sertai kami dan kita sama - sama buat "Duit Raya Awal" Dengan Bisnes Shaklee ini. Sertai kami dengan klik disini Join StarRich4u

Anda juga boleh membaca pengalaman pengedar - pengedar Shaklee lain tentang Duit Raya Awal di entry ini Raya Sakan Dapat Duit Raya Awal . 

Sehingga kita bertemu lagi di entry yang akan datang, insyaAllah. Salam Ramadhan saya ucapkan kepada seluruh umat Islam tidak kira dimana anda berada.


Love 💚

Ayunie Ali StarRich4u


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu 
#readystock