Pejam celik pejam celik tinggal 10 hari lagi umat Islam akan bertemu bulan Ramadhan. Bulan yang sangat mulia dan akan digandakan pahala bagi semua ibadah dan amal kebajikan. Pastinya semua umat Islam sudah tidak sabar untuk menjalani ibadah puasa ini, dan sekarang sedang sibuk membuat persediaan awal dari segi fizikal, mental dan emosi.
Tidak kurang juga bahang kemeriahan bulan Syawal juga sudah terasa. Kedengaran lagu - lagu raya sudah ada yang berkumandang di sana sini. Iklan baju raya, tudung raya, kasut raya, kuih raya dan serba serbi rayalah semua dah ada. Maklumlah perayaan paling besar dan bermakna bagi seluruh umat Islam. Hanya sekali dalam setahun dan ketika inilah semua ahli keluarga dan sanak saudara yang jauh mahupun yang dekat akan berkumpul dan meraikan hari yang istimewa ini bersama - sama.
Dalam keterujaan ini, ada satu masalah yang sedang kita hadapi pada tahun ini, 2023 iaitu kenaikan harga barang yang mendadak dan kegawatan ekonomi serta inflasi. Masalah ini bukan dirasai oleh negara Malaysia sahaja tapi dirasai diseluruh dunia. Isu kenaikan barang ini merangkumi barang keperluan asas, makanan, pakaian, ubat - ubatan dan sebagainya. Hal ini sangat merisaukan kita terutama bagi golongan B40.
Selain itu, kita juga diuji dengan masalah banjir besar yang telah berlaku dibeberapa buah negeri seperti Terengganu, Kelantan, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak dan beberapa buah negeri yang lagi. Banyak kemusnahan harta benda dan ada juga nyawa telah terkorban dalam tragedi pada tahun ini.
Tarikh pembukaan persekolahan bagi sesi 2023/2024 juga akan berlangsung tidak lama lagi. Untuk kumpulan A bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu sekolah akan dibuka pada 19 Mac ini manakala untuk kumpulan B iaitu Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak, Sabah dan WP Labuan sekolah akan dibuka pada 20 Mac ini.
Semua situasi diatas tentu sahaja memerlukan wang dan perbelanjaan yang besar. Dengan peningkatan harga barang, tragedi banjir dan pembukaan persekolahan anak - anak dalam masa terdekat tentu sahaja akan membebankan setiap keluarga kerana wang yang banyak diperlukan. Gaji tidak juga naik - naik, tapi perbelanjaan makin hari makin besar.
Sudah tiba masanya kita harus bertindak dan membuat pilihan yang bijak bagi membantu diri sendiri dan keluarga. Bagaimana caranya? Dengan mencari side income yang akan menguntungkan diri kita sendiri dan keluarga.
Shaklee menawarkan plan bisnes yang sangat menguntungkan semua pihak. Produk kesihatan dan suplemen yang berkualiti, berkesan, selamat, semulajadi dan disokong oleh para doktor serta saintis di seluruh dunia. Bisnes ini juga menawarkan duit atau bonus yang sangat lumayan.
Para pengedar Shaklee yang aktif boleh memperolehi beberapa keuntungan seperti :
1) Untung runcit
2) Bonus bulanan setiap bulan
3) Bonus kepimpinan (apabila berjaya melahirkan leader yang berjaya)
4) Bonus kerana effective beberapa bulan (mengikut ketetapan pihak Shaklee)
5) Bonus kereta (duit bayaran kereta setiap bulan)
Bagi komuniti Shaklee, kami sangat beruntung kerana setiap bulan pada 14 hari bulan, duit bonus kami akan masuk ke dalam akaun bank masing - masing. Ada pengedar yang dapat bonus puluh ringgit, ada yang dapat ratus, ada yang dapat ribu, ada yang dapat puluh ribu dan ratus ribu. Semuanya bergantung kepada kerajinan, usaha berterusan, sikap tidak putus asa serta kekuatan organisasi atau team masing - masing. Berapa duit yang anda mahukan, anda perlu usahakan sehingga berjaya.
Duit atau bonus ini tentu sekali akan menjadi "Duit Raya Awal" bagi kami dalam membuat persiapan raya pada tahun ini. Orang lain belum dapat gaji lagi tapi kami dah boleh beli baju raya untuk anak - anak, tudung raya, biskut raya dan tukar duit raya siap - siap, nanti tak perlulah beratur panjang dan berebut - berebut dengan orang ramai. Betul tak?
Best ke best sangat ni? Jika terasa best jom sertai kami dan kita sama - sama buat "Duit Raya Awal" Dengan Bisnes Shaklee ini. Sertai kami dengan klik disini Join StarRich4u
Anda juga boleh membaca pengalaman pengedar - pengedar Shaklee lain tentang Duit Raya Awal di entry ini Raya Sakan Dapat Duit Raya Awal .
Sehingga kita bertemu lagi di entry yang akan datang, insyaAllah. Salam Ramadhan saya ucapkan kepada seluruh umat Islam tidak kira dimana anda berada.
Love 💚
Ayunie Ali StarRich4u
Dapat duit raya awal ni senang nak aturkan perbelanjaan raya. Seronok sangat kan.
BalasPadamBetul tu, boleh beli keperluan untuk raya :)
PadamBiasa kanak-kanak je dapat duit raya. Ni Shaklee bagi duit raya pada kita yang dah besar panjang, dapat awal pula tu.
BalasPadamBetul. Siapa tak nak kan :)
Padam