Jumaat, 10 Mac 2023

Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee



Assalamualaikum dan apa khabar semua? Alhamdulilah dengan nikmat dan kasih sayang Allah swt kita masih dipanjangkan umur dan bertemu lagi di entry terbaru ini. Tinggal 12 hari sahaja lagi, bulan Ramadhan yang mulia akan menjelma. Semua sudah bersedia?

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat mulia dan ditunggu - tunggu oleh seluruh umat Islam diseluruh dunia. Sebelum kita berpuasa pada tahun ini, pastikan kita sudah menyelesaikan puasa ganti yang tertinggal pada tahun lepas. Puasa merupakan Rukun Islam yang ke 3 dan wajib dilaksanakan oleh seluruh umat Islam yang menepati syarat - syaratnya.

Dengan berpuasa kita sedang merintis jalan takwa untuk ke syurga, insyaAllah.

Firman Allah swt :


Pada bulan Ramadan, Allah membuka pintu - pintu syurga dan menutup pintu - pintu neraka. 

Firman Allah swt :




" Dan orang - orang yang beriman serta beramal soleh, kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama - lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan - pasangan, isteri - isteri yang suci bersih. Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa di naungi. " An Nisa : 57 
  
                                                                      
Banyakkan membaca Al Quran di bulan Ramadhan kerana ganjaran pahalanya cukup besar. Kitab Al Quran telah diturunkan di bulan Ramadhan kepada Nabi Muhammad saw dan menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia. Manusia yang membaca dan mengamalkan isi Al Quran akan dimuliakan oleh Allah swt. Umat Islam sangat beruntung kerana semua ibadah dan amal kebajikan yang dilakukan dalam bulan Ramadhan akan digandakan pahalanya sehingga 700 kali ganda

Oleh kerana itu, untuk melakukan semua ibadah dengan baik, kita memerlukan badan yang sihat dan bertenaga. Badan yang sihat bermula dengan pemakanan yang sihat, pengambilan nutrisi secara konsisten, selalu melakukan senaman dan mampu mengawal tekanan dengan baik.

Pada entry kali ini, saya ingin berkongsi tentang kebaikan dan manfaat "Set Berpuasa Shaklee" yang lengkap dengan semua nutrisi dan membantu memberikan lebih tenaga terutama ketika berpuasa nanti.



Set Puasa 1-2-3 Shaklee



Shaklee ada menyediakan Set Berpuasa Shaklee dan set ini sesuai diambil oleh semua golongan. Set ini akan membantu anda berpuasa dengan sihat dan selesa serta memberikan anda Ramadhan yang lebih produktif dan bermakna. 

Set ini terdiri daripada : 

1) ESP (Energizing Soy Protein)



Manfaat ESP


ESP merupakan hidangan lazat yang memberikan tenaga secara berterusan disamping boleh menyokong kesihatan secara menyeluruh. Ianya kaya dengan kalsium, protein dan lengkap dengan 9 asid amino perlu. 

Ianya sesuai diambil oleh semua termasuk yang sensitif kepada laktosa. ESP mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah dan mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama.


2) Cinch Shake (Perisa Coklat)



Manfaat Cinch Shake


Cinch Shake sangat lazat rasanya, pantas disediakan dan berkhasiat. Ia membekalkan nutrisi yang menyamai satu hidangan lengkap dengan rasa yang enak seperti pemanis mulut. Cinch Shake mempunyai 3 pilihan perisa iaitu Vanilla, Chocolate dan Cafe Latte.

Cinch Shake kaya dengan protin dan kalsium. Ia mampu membantu kita dengan mengurangkan nafsu makan semasa berpuasa. Cinch Shake juga membantu kita untuk menurunkan berat badan secara sihat dan ideal kerana ianya mempunyai Leucine yang akan membakar lemak dengan cepat dan mengekalkan otot - otot untuk mencapai berat badan yang ideal. Kaya dengan serat agar pergerakan usus lebih lancar dan mengelakkan dari terkena sembelit.


3) Performance Drink (Perisa Lemon)



Manfaat Performance Drink


Tahukan anda yang 60% daripada badan kita terdiri daripada air. Oleh itu kita perlu memastikan badan kita sentiasa cukup air walaupun kita sedang berpuasa. Performance Drink merupakan minuman elektrolit yang ditambah dengan campuran unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum. Performance Drink mampu menghilangkan rasa dahaga sewaktu berbuka puasa. Terdapat 2 perisa berbeza iaitu Lemon Lime dan Orange.


Disini juga saya ingin kongsikan Pelan Hidangan Berpuasa pada bulan Ramadhan.



Waktu Sahur :

Mulakan hari anda dengan ESP, Cinch Shake, Performance Drink untuk tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.

1 skup ESP + 2 skup Cinch Shake + 1 skup Performance Drink


Waktu Iftar : 

Buka puasa dengan Performance Drink untuk menghilangkan dahaga dan kekal terhidrat. Amalkan pemakanan yang sederhana dan seimbang mengikut konsep "Suku -Suku-Separuh".


Selepas Terawih : 

Ambil ESP dan hidangan yang ringan kerana metabolisma badan semakin lambat pada waktu malam. Makanan berat boleh menambahkan lagi berat badan anda.



Pinggan Sihat Malaysia


Suku -Suku - Separuh 

Sajian yang seimbang adalah sajian yang sihat. Suku - Suku - Separuh adalah kaedah yang bagus untuk mengamalkan tabiat makan yang sihat sama ada di rumah atau ketika menjamu selera di luar.

Untuk mendapatkan konsultasi PERCUMA mengenai Shaklee boleh klik disini Set Ramadan .

Selain itu, anda boleh juga baca disini Pengalaman Ramadhan Dengan Set Puasa Shaklee dan Set Shaklee Untuk Puasa - Jimat Masa  untuk dapatkan maklumat tambahan.


Love ❤️

Ayunie Ali StarRich4u


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu 
#readystock


Tiada ulasan:

Catat Ulasan