Ahad, 30 April 2023

Hari Raya Lebih Bermakna Dengan Shaklee



Bersama Keluarga Tersayang

Assalamualaikum dan salam 9 Syawal 1444H Kak Yunie ucapkan. Belum terlambat rasanya untuk Kak Yunie ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin" dari kami sekeluarga yang jauh nun di Terengganu ini 😊.



Bersama Keluarga Adik Ipar



Bergambar Bersama Ibu Saudara, Bapa Saudara Dan Sepupu

Alhamdulilah, raya tahun ni boleh dikatakan raya yang paling meriah sekali jika nak dibandingkan dengan tahun - tahun terdahulu. Cuba bayangkan selama seminggu berhari raya, jemputan makan di open house dan kenduri perkahwinan non stop, setiap hari jadual untuk makan penuh ! Tidak kurang juga tetamu - tetamu yang datang ke rumah kami untuk berhari raya bersama - sama. 



Pelbagai Juadah Di Hari Raya


Setahun sekali suasana hari raya yang cukup meriah dengan gelak ketawa saudara mara, jiran tetangga, rumah pula dihiasi cantik dan bersih. Tua muda, miskin atau kaya semuanya berbaju baru cantik dan tampan semuanya. Pelbagai juadah dihidangkan buat tetamu seperti nasi minyak, nasi kuning, nasi dagang, ketupat, satay, rendang ayam, laksa Terengganu, pelbagai jenis kek dan kuih raya. Wah meriah sungguh raya tahun ni ye, tapi Hari Raya Dengan Shaklee pasti lebih bermakna !

Walaupun tahun ini, kita diuji dengan ujian yang luar biasa, bermula bulan Ramadan hinggakan sekarang iaitu cuaca panas yang ekstrem hingga boleh menyebabkan strok haba tetapi itu tidak menghalang kita untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri ini bersama keluarga dan sahabat handai dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan. Betul tak? 



Tips Di Musim Panas


Disini Kak Yunie nak kongsikan beberapa tips yang diambil dari Doktor Samhan yang telah dikongsikan oleh doktor di Tiktok. 


1. Pastikan rumah mempunyai aliran udara yang baik

2. Pasangkan kipas angin 

3. Laraskan suhu penyaman udara kepada 24 C

4. Jangan pakai pakaian ketat dan tebal 

5. Minum air putih sekerap yang mungkin 

6. Makan makanan yang banyak air dan bersup. 

7. Elak berselimut ketika tidur

8. Turunkan suhu badan dengan kerap mandi atau lap muka dan badan dengan kain basah



Pastikan Minum Air Secukupnya


Sebenarnya ada 1 minuman yang boleh membantu menghilangkan rasa dahaga, elakkan terjadinya dehidrasi serta memberi tenaga ketika cuaca panas ini iaitu Performance Drink. Ianya adalah minuman isotonik tanpa pewarna, perasa atau pengawet tambahan dan tiada gas. 

Minuman isotonik ni merupakan minuman pilihan para atlet, angkasawan, dan orang yang mementingkan gaya hidup yang sihat. Kandungan gulan
ya amat rendah dan sesuai diminum oleh semua golongan sama ada kanak - kanak, orang dewasa ataupun warga emas. Minuman ini juga sesuai untuk pesakit diabetik.

Performance Drink mengandungi 6 jenis eletrolit yang sangat diperlukan oleh badan kita iaitu 

1) Magnesium
2) Potassium
3) Kalsium
4) Sodium
5) Fosforus
6) Klorida

Eletrolit ini akan membantu seimbangkan cecair di dalam badan kita dan mengelakkan badan kekeringan atau dehidrasi.



8 Manfaat Performance Drink


3 TIPS MAKAN SIHAT DI HARI RAYA

1. Elak Minuman Manis & Minum Air Kosong Secukupnya

Walaupun dimusim hari raya ini kita disajikan dengan pelbagai jenis minuman manis seperti sirap, oren, anggur, abc, cendol, cocktails dan sebagainya tetapi untuk kekal sihat, kurus dan cantik pengambilan minuman manis perlulah dikurangkan atau dielakkan terus. Pengambilan air kosong juga perlulah cukup supaya badan tidak kekurangan air yang boleh menjejaskan sistem badan. 

2. Kawal Portion Makanan Yang Diambil

Biarpun hati sedikit tergugat dengan hidangan makanan yang cukup istimewa dan lazat, tetapi portion makanan yang diambil perlulah dijaga. Pengambilan makanan secara berlebihan akan memberi kesan kepada perut dan mengundang bencana kepada kesihatan. Sembelit juga boleh berlaku kerana perut kita masih "terkejut" dengan perubahan waktu makan dan kuantiti makanan yang diambil. 

Berhentilah sebelum kenyang, dan makanlah sebelum lapar untuk mengelakkan pengambilan makanan secara berlebihan atau terlalu mengikut nafsu. 

3. Amalkan Sunnah Dengan Berpuasa Enam

Kita disarankan untuk berpuasa sunat, iaitu puasa enam di dalam bulan Syawal. Selain mengikut sunnah, amalan ini adalah cara terbaik untuk makan secara sihat dan terkawal. Selain mendapat pahala puasa sunat, ia juga boleh membantu kita untuk lebih bersabar dalam mengawal nafsu makan dan membantu untuk kurus. 


Disini Kak Yunie ingin kongsikan juga suplemen tambahan supaya sihat, bertenaga dan kurus semasa berhari raya. 




Kurus dan sihat pastinya dengan Set Kurus ini. Dimana set ini terdiri daripada Herblax, Alfalfa Complex, Omega Guard dan juga Lecithin



Herblax Untuk Detox



Alfalfa Complex Untuk Detox



Omega Guard Membantu Membakar Lemak





Lecithin Membantu Memecahkan Lemak



Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Kak Yunie dengan menekan link wasap di bawah. Beraya sakanpun tetapi jangan lupa jaga kesihatan dan berhari raya dengan Shaklee ye.
 




Terima kasih Kak Yunie ucapkan kerana sudi singgah dientry terbaru ini. Sebelum mengundur diri, Kak Yunie ingin ucapkan sekali lagi, 

Selamat Hari Raya,
  Maaf Zahir & Batin  


Sebelum tu jangan lupa untuk FOLLOW rapat - rapat Kak Yunie di media sosial yang berikut ye,  


💘 Personal Fb : Ayunie Ali StarRich

💘 FB Page : StarRich4u

💘 Instagram : StarRich4u



Love 💛

Ayunie Ali StarRich4u



#StarRich4u
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTerengganu
#ReadyStock

Tiada ulasan:

Catat Ulasan