Saudara Mara Datang Beraya Di Rumah
Apa khabar semua? Belum terlambat rasanya untuk Kak Yunie ucapkan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin" dari kami sekeluarga yang berada di Kuala Terengganu ini.
Pejam celik pejam celik cepat sungguh masa berlalu kerana Syawal bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa hari je lagi. Tentu sekali disaat akhirnya ini, masih ramai yang ingin mengadakan "Open House" untuk tahun 2023 ini. Betul tak?
Open House atau Rumah Terbuka adalah tradisi yang diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Ketika ini umat Islam akan menjemput ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan rakan sekerja untuk datang ke rumah meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama - sama. Walaupun ianya hanya dilakukan sekali setahun tetapi sambutannya amat meriah sekali. Ketika ini, kita boleh saling memohon ampun dan maaf diantara satu sama lain.
Open House Rumah My Upline / Leader Shaklee
Open House Rumah Cekgu Nor (Sahabat Susah Senang Bersama)
Open House Di Rumah Puan Norisah (Dulu Rakan Sekerja)
Open House Sahabat SMKARA Tersayang
Bagi Kak Yunie sekeluarga, raya tahun ini sangat meriah. Bayangkan sepanjang seminggu berhari raya, kami menerima jemputan Hari Raya Open House dari saudara mara dan juga sahabat handai hampir setiap hari. Sesungguhnya rezeki dari Allah itu tidak putus - putus. Alhamdulilah, syukur 💓.
Seronok rasanya dapat bersua muka, bertemu dan menjalinkan silaturahim sambil menikmati hidangan makanan dan minuman yang pelbagai dan menyelerakan. Pelbagai jenis kuih muih, nasi, laksa, spagheti dan bermacam - macam jenis makanan lagi la.
Terima kasih juga buat semua pihak yang tidak jemu - jemu menjemput kami sekeluarga ke rumah mereka. Kami doakan semoga Allah swt kurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang berterusan buat mereka.
Ganjaran Pahala Melayan Tetamu
Dalam Islam, sangat besar pahala dan rahmat Allah swt kepada tuan rumah yang melayan tetamu mereka dengan sebaik yang mungkin. Tetamu datang membawa rezeki dan perginya membawa keluar segala bencana dan musibah.
Sempena bulan yang mulia ini, Kak Yunie ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang perkongsian Kak Yunie disini.
Tidak lupa juga, jika ingin mendapatkan konsultasi percuma tentang produk kesihatan dan kecantikan boleh terus Whatsapp dengan menekan link di bawah ye.
Love 💜
Ayunie Ali StarRich4u
#StarRich4u
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTerengganu
#ReadyStock
Tiada ulasan:
Catat Ulasan