Khamis, 16 Februari 2023

Nak Kurus Dan SIHAT? Jom Amalkan Intermittent Fasting

 

Stress bila badan makin gemuk


AKU GEMUK !!!

Aaaahhh stress betul bila badan dah mula gemuk ni. Dah cuba diet tapi berat badan masih tak turun - turun juga.

Macam mana cara paling berkesan untuk turunkan berat badan ye?

Apa kata anda cuba Intermittent Fasting (IF) atau Diet Puasa.



Intermittent Fasting (IF)

Apa itu Intermittent Fasting?

Intermittent Fasting juga dikenali secara ringkasnya dengan nama IF atau Diet Puasa. 

Ia merupakan sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa

Cara diet lain lebih memfokuskan berkenaan apa yang anda makan serta kuantiti yang dimakan, tapi dengan Intermittent Fasting (IF) ianya lebih tertumpu pada bila anda makan

Melalui kaedah ini, anda hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, anda akan berpuasaBerpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan dapat membantu tubuh anda membakar lemak dengan lebih cepat.



Makanan seimbang sangat penting


Ada beberapa jenis kaedah Intermittent Fasting (IF) yang boleh anda amalkan bergantung kepada kemampuan dan keselesaan anda untuk melakukannya.

Antara jenis - jenis Intermittent Fasting (IF) ialah : 


1) Overnight Fasting

Kaedah berpuasa ini lebih mirip kepada kaedah yang biasa kita guna sewaktu berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi kaedah ini, anda perlu berpuasa sekurang - kurangnya 12 jam sehari. 


2) Time - Restricted Fasting

Kaedah ini juga lebih mirip dengan kaedah yang pertama tadi, cuma waktunya adalah lebih panjang. Bagi kaedah ini, anda tidak boleh makan atau perlu berpuasa dalam tempoh antara 14 hingga 16 jam dalam sehari.


3) Whole Day Fasting

Anda perlu berpuasa seharian iaitu selama 24 jam. Jika anda berpuasa bermula 8 pagi hari ini, bermakna anda hanya boleh berbuka atau makan pada jam 8 pagi keesokan hari. Ia mungkin agak sukar untuk dilakukan, tetapi ia tidak mustahil kerana telah ramai yang dapat melakukannya. 


4) Alternate Day Fasting

Kaedah ini membenarkan anda untuk makan dan berpuasa selang sehari. Sebagai contoh, pada hari ini anda boleh makan, manakala pada hari esok anda berpuasa. Ia kemudiannya diselang - selikan pada hari - hari yang berikutnya. Pada hari anda perlu berpuasa, anda hanya boleh mengambil 500 hingga 600 kalori sahaja.


5) Skipping Meals Fasting

Kaedah ini bermaksud bahawa anda berpuasa melangkau waktu makan anda. Sebagai contoh, jika sebelum ini anda mempunyai lima kali waktu makan setiap hari, maka anda akan skip beberapa waktu makan tersebut. Ini menjadikan kekerapan anda untuk makan dalam sehari semakin berkurangan


6) Choose - Your - Day Fasting

Kaedah ini membolehkan anda berpuasa pada hari dan waktu yang anda mahukan. Anda juga tidak perlu mengikut peraturan tertentu dalam kaedah ini. Ia adalah 100% mengikut kemampuan dan kehendak anda bagaimana anda ingin berpuasa.


7) 5 : 2 Fasting

Kaedah ini memerlukan anda untuk mengikut nisbah 5 : 2 ketika berpuasa. Ini bermaksud, hari makan anda adalah lima hari, manakala hari berpuasa pula ialah dua hari dalam seminggu. Pada hari anda berpuasa, anda hanya boleh mengambil makanan dan minuman dengan tidak melebihi 600 kalori setiap hari.


Kesimpulan : 

Sekarang anda sudah mengetahui apa itu Intermittent Fasting (IF). Bagi menjadikan kaedah diet ini lebih berkesan, anda masih perlu melakukan senaman atau aktiviti fizikal. Anda juga perlu mengikuti atau mematuhi kaedah diet yang anda pilih jika mahukan ianya betul - betul berkesan

Anda juga boleh membaca artikel lain mengenai Intermittent Fasting di entry  8 Tips IF Untuk Beginner

Kita bertemu lagi di entry yang akan datang. Terima kasih kerana sudi membaca.


Love 💚

Ayunie Ali StarRich4u


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu 
#readystock

6 ulasan:

  1. Tertarik dengan Time Restricted Fasting alang2 nak Ramadhan ni masa terbaik untuk kurus dan sihat, insyaa Allah

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama - sama :) Semoga mendapat manfaat dengan perkongsian ini.

      Padam