Ahad, 26 Februari 2023

Blog Mega Shaklee 1.0 Best !!!




Assalamualaikum. 

Apa khabar semua? Alhamdulilah, dengan izin dan rahmat dari Allah swt dapat kita berjumpa lagi di entry ini.

Kali ini saya nak kongsikan pengalaman sendiri yang begitu berharga semasa terlibat dengan projek "Blog Mega Shaklee 1.0" anjuran Master Norita dari team Euphoria.

Sebenarnya, saya telah menulis blog semenjak November 2018. Masa tu saya tidak mengikuti mana - mana kelas penulisan blogpun, tetapi diajar oleh my ex student sendiri iaitu Rabiahtul Adawiyah . Rabia mengajar saya cara membuat blog dari zero sampailah terhasilnya blog ini. Alhamdulilah, bersyukur kepada Allah swt kerana dikurniakan anak murid yang baik hati dan ikhlas membantu gurunya.

Penulisan di blog ini telah terhenti pada Julai 2021. Biasalahkan bila kita buat seorang diri tanpa kumpulan, semangat tu akan up and down. Kejap bersemangat, kejap rasa berputus asa untuk teruskan. Lama - lama dah bersawang blog ni. 



Pada 7 Februari baru - baru ini, saya ternampak iklan untuk projek "Blog Mega Shaklee 1.0" dalam close group EAM (Empire Al Mukmin). Saya terus wasap my upline iaitu Master Rozyta untuk bertanyakan tentang projek ni. Projek ini sangat menarik, kerana terbuka kepada semua ahli Shaklee tidak kira dari kumpulan mana dan ianya PERCUMA sahaja.Pada permulaan, target penyertaan hanya 100 orang sahaja tetapi hampir 200 orang telah menyertai projek ni.

Tujuan utama projek "Blog Mega Shaklee 1.0" ini adalah untuk menaikkan "wave" yang pernah berlaku pada tahun 2014 dimana waktu itu ada ahli shaklee yang memperolehi bonus lebih Rm 700 ribu sebulan. Pada ketika itu, fokus penulisan blog lebih kepada "Set Penyusuan" dan mereka menulis entry yang sama secara beramai - ramai ketika itu. Ternyata dengan perkongsian tersebut telah membantu ramai ibu - ibu dalam perjalanan penyusuan mereka.

Sedia yang kita maklum, zaman sekarang banyak platform online yang kita ada seperti Facebook, Instagram, Youtube, TikTok, Telegram, Wasap dan platform lain tetapi "Blog" merupakan platform yang sangat membantu bisnes kita terutama sekali untuk jangka masa panjang. Di blog juga kita boleh jana pendapatan jika kita tahu teknik dan cara yang betul. Blog merupakan kedai kita, dan segala maklumat yang bermanfaat boleh kita kongsikan disini. 




Projek "Blog Mega Shaklee 1.0 ini telah berlangsung selama 2 minggu. Setiap minggu ada 1 entry yang perlu kami siapkan. Ini entry untuk minggu pertama Intermittent Fasting (IF)
dan ini pula entry untuk minggu kedua Set Kurus Shaklee .




Master Norita mengadakan projek ini untuk membantu semua ahli Shaklee supaya berjaya di dalam bisnes Shaklee. Beliau juga berbesar hati menyediakan hadiah yang sangat istimewa kepada semua pemenang sebagai tanda penghargaan diatas segala penat lelah atas usaha kami sepanjang 2 minggu ini.

Hadiah utama ialah Vivix yang berharga Rm 498.75 sebotol. Hadiah tempat ke 2 merupakan Collagen Powder yang berharga Rm 298 sekotak dan hadiah tempat ke 3 adalah Nutriferon yang berharga Rm 198.75. Saya Ayunie Ali StarRich juga telah terpilih sebagai pemenang dan memenangi sekotak Nutriferon. Alhamdulilah dan terima kasih kepada pihak penganjur untuk hadiah yang istimewa ini.





Sepanjang 2 minggu projek ini berlangsung, kami dibimbing secara dekat di dalam close group "Projek Blog Mega Euphoria Shaklee"Syukur sangat banyak ilmu dan teknik yang sebelum ini saya tidak tahu telah dikongsikan oleh Master Norita dan Master Salwa Zeyn. Tidak lupa juga kepada sparring partner saya Fatin Nadiah dan juga ahli group Baizura Bahar my upline Master Rozyta yang banyak menolong dari segi teknikal, tips serta memberikan moral support sehingga saya berjaya menyiapkan 2 entry dalam masa yang ditetapkan. 



Untuk projek "Blog Mega Shaklee 2.0", saya ingin terus menyertai projek ini kerana ingin terus menimba ilmu blog disamping berkongsi pengalaman bersama peserta - peserta yang lain. Semangat berkobar - kobar yang ditonjolkan oleh semua peserta juga sangat membanggakan kerana ramai diantara kami terpaksa stay up atau tidak tidur malam kerana ingin menyiapkan setiap entry yang diberikan dihantar tepat pada masanya. Semangat ini telah membuatkan saya push diri sendiri untuk terus bersemangat dan tidak berputus asa. InsyaAllah semoga segala usaha kami ini akan membuahkan hasil dan memberi manfaat kepada semua.


Love 💜
Ayunie Ali StarRich4u


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu





 


1 ulasan: