Rabu, 12 April 2023

Bisnes Online Shaklee Terbaik Di Malaysia

 


Buat Duit Secara Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, berjumpa lagi kita di entry terbaru saya. Terima kasih saya ucapkan kerana sudi singgah dan baca entry pada kali ini.

Sedia yang kita maklum, sejak munculnya wabak covid 19 yang telah melanda seluruh dunia, bisnes online semakin dikenali ramai. Bisnes Online ini semakin berkembang maju dari hari ke hari dan menjadi platform penting sebagai perantaraan antara penjual dan pembeli. 



Urusan Jual Beli Menjadi Semakin Mudah


Apa Itu Bisnes Online? 

Bisnes online atau e-commerce merupakan suatu bentuk bisnes yang dilakukan melalui internet. Dalam bisnes online, transaksi jual beli antara penjual dan pembeli dilakukan secara elektronik melalui platform online.

Pelbagai platform online boleh digunakan untuk transaksi jual beli ini seperti Shoppe, Lazada, Website, Blog, Youtube, Face Book Page, Face Book Personal, Instagram, Telegram, Whatsapp dan pelbagai platform lain lagi. 

Statistik menunjukkan, semakin hari semakin ramai peniaga dan usahawan menggunakan platform online ini untuk memasarkan produk mereka ke seluruh dunia. Dengan sistem online ini, proses jual beli menjadi lebih mudah, cepat, efisien dan lebih menjimatkan masa kedua - dua pihak sama ada penjual ataupun pembeli. 

Bisnes Online Shaklee Terbaik Di Malaysia. Kenapa? 

Secara peribadi dan dari pengalaman terdahulu saya yang mana sebelum ini pernah menjalankan beberapa jenis bisnes yang lain seperti menjual barangan kosmetik, pakaian muslimah, tudung dan juga produk makanan, bagi saya bisnes online Shaklee merupakan bisnes terbaik di Malaysia

Disini saya sertakan 10 sebab kenapa Shaklee merupakan pilihan bisnes terbaik yang patut disertai untuk menjana pendapatan secara konsisten setiap bulan. 







Shaklee Pilihan Bisnes Terbaik

Kenapa Perlu Pilih Bisnes Online Shaklee Sebagai Bisnes Pilihan?


1. Syarikat Yang Kukuh & Stabil 



HQ Shaklee di USA

Dr. Forrest C. Shaklee telah mengasaskan Shaklee Corporation pada tahun 1956 berdasarkan produk yang mesra alam. Syarikat Shaklee juga disenaraikan di NYSE pada tahun 1979 & Fortune 500 pada tahun 1982. Shaklee merupakan syarikat MLM yang terulung di dunia pada ketika itu.  



Pada masa sekarang, Shaklee merupakan syarikat nutrisi no 1 di USA. Sehingga ke hari ini, Shaklee tidak pernah gagal untuk membayar bonus kepada semua pengedarnya yang layak di seluruh dunia. Ini membuktikan bahawa Shaklee merupakan syarikat yang kukuh dan stabil.


2. Produk Yang Selamat, Semulajadi & Berkesan 

 


 Kualiti Produk Menjadi Keutamaan Shaklee


 Disokong Oleh Landmark Study


Produk Shaklee terbukti selamat, semulajadi dan berkesan. Perkara ini disokong oleh 135 kajian klinikal, kertas saintifik dan pembentangan termasuk Kajian Landmark dan Kajian Telomere. Produk Shaklee merupakan suplemen terbaik di Malaysia. Untuk maklumat lanjut boleh baca disini Shaklee Suplemen Terbaik .


3. Mempunyai Demand Yang Tinggi 



Shaklee In The News



Trusted Brand 2021 & 2022 (Gold Medal)

Produk Shaklee telah memenangi Gold Medal "Trusted Brand" untuk 2 tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2021 dan 2022. Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia sangat mempercayai dan memilih produk Shaklee sebagai produk terbaik dan pilihan mereka. 


4. Plan Bisnes Yang Menarik



Plan Bisnes Yang Menarik

Bisnes Shaklee merupakan bisnes MLM (Multilevel Marketing). Bisnes Shaklee menawarkan 3C iaitu :

1) Cash - Untung runcit dan juga bonus pada setiap bulan 

2) Car - Insentif kereta. Setiap bulan Shaklee akan bagi duit tunai untuk kita bayar kereta yang kita beli. Jenis kereta yang nak dibeli terpulang kepada individu nak beli kereta apa.  

3) Convention - Percutian ke luar negara dan juga umrah dengan layanan 5 bintang. Semua Shaklee tanggung termasuk tiket penerbangan pergi balik, pengangkutan, hotel, makan minum dan pakaian yang bersesuaian juga ada diberikan. Paling best, duit poketpun turut disediakan.


5. Bonus Statement Laku Untuk Memohon Pinjaman Bank



Bonus Kereta Disediakan Bagi Yang Layak

Bonus statement Shaklee sangat laku dan boleh diguna pakai untuk memohon pinjaman kereta mahupun pinjaman untuk membeli rumah. Proses kebenaran oleh pihak bankpun tidak mengambil masa yang lama kerana Shaklee telah diyakini sebagai bisnes yang kukuh dan stabil.


6. Modal Yang Sangat Rendah 


Promo Bulan Ini


Modal yang diperlukan untuk memulakan bisnes Shaklee amat rendah sekali iaitu hanya Rm 35 sahaja (bayaran yuran ahli). Jadi tak perlulah keluarkan modal beribu untuk jalankan bisnes ini. Bestkan?

Lagi jimat jika anda beli set promo pada bulan ini iaitu Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah
terus automatik dapat PERCUMA yuran keahlian Rm 35 dan boleh terus mulakan bisnes online Shaklee ini.

7. Tidak Perlu Simpan Stok 



Boleh Terus Order Di Website Shaklee

Betul ke jika nak mulakan sesuatu bisnes perlu keluarkan modal yang banyak untuk sediakan stok? Mungkin itu benar tetapi dengan bisnes Shaklee tak perlupun semua itu kerana pihak Shaklee telah menyediakan sistem order secara online yang sangat mudah, fleksibel dan mobile friendly. 

Kita boleh orderkan barang customer di website Shaklee tidak kira dimana sahaja kita berada ketika itu dengan hanya menggunakan telefon bimbit dan semua urusan packing barang dan proses pengeposan akan diuruskan semuanya oleh pihak Shaklee sehinggalah barang tersebut sampai ke depan pintu rumah customer. Sangat mudah, cepat dan menjimatkan masa.

Kesimpulannya, pelbagai jenis bisnes online ada untuk dipilih tetapi nasihat saya, pilihlah bisnes online yang mudah, dan tidak membebankan kewangan kita. Tujuan utama kita berbisnes ialah untuk menambah pendapatan dan bukannya mencari beban kewangan yang baru. 

Buatlah pilihan dengan bijak ye !

Bagi saya, bonus bulanan 4 angka sebulan yang diperolehi dari bisnes online Shaklee ini sangat membantu saya melunaskan komitmen dan perkara - perkara penting dalam kehidupan saya seharian. 

Kalau terasa nak mencuba bisnes online Shaklee ini, jangan segan silu untuk menghubungi saya dengan menekan Whatsapp dibawah ye, InsyaAllah saya akan memberikan keterangan lanjut dan membantu anda untuk berjaya 😊.



Sekian dahulu entry saya pada kali ini. Semoga kita bertemu lagi di entry yang akan datang, InsyaAllah. Salam sayang dari saya. 

Jemput follow saya di :


💜 Personal Fb : Ayunie Ali StarRich

💜 FB Page : StarRich4u

💜 Instagram : StarRich4u



Love 💘

Ayunie Ali StarRich4u


#StarRich4u

#NextLevelBlogging

#Blogmegashaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023

#ShakleeTerengganu

#ReadyStock

Jumaat, 7 April 2023

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah Mampu Milik !

Kulit Cantik Idaman Setiap Wanita


Assalamualaikum dan salam perkenalan 😊.

Apa khabar semua? Saya doakan semoga anda yang sedang membaca entry saya pada kali ini sentiasa dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 

Pejam celik pejam celik hari ini dah 16 Ramadan ye, sekejap sangat masa berlalu. Dah separuh bulan kita berpuasa. Tinggal 14 hari je lagi kita akan meraikan hari kemenangan kita iaitu Hari Raya Aidilfitri, Alhamdulilah.

Saya dapat rasakan kita semua dah tak sabar untuk meraikannya ! Sudah pasti semua orang ingin kelihatan cantik di hari raya nanti. Cantik bukan sahaja merangkumi keadaan rumah, pakaian dan tudung tapi juga kulit kita terutama sekali bahagian wajah. Betul tak? 

Kulit yang cantik dan sihat ialah kulit yang bersih dan bebas dari jerawat, jeragat, parut, tona tidak sekata, pori - pori terbuka, blackhead, whitehead dan sebagainya. Kulit yang licin, anjal, gebu, cerah dan bersih memang menjadi idaman setiap wanita.



6 Rahsia Kulit Glowing

Untuk memiliki kulit yang cantik dan sihat, penjagaan yang khusus perlu diutamakan terutama sekali dari segi pemakanan yang sihat dan seimbang serta penggunaan skincare yang bersesuaian dengan jenis kulit masing - masing. 


6 Rahsia Kulit Glowing 


  1. Minum air secukupnya 
  2. Tahu masalah kulit yang anda alami
  3. Ambil buah - buahan dan sayur - sayuran dalam diet seharian
  4. Cuba produk yang mengandungi retinoid dan ceramides
  5. Amalkan rutin kecantikan yang betul
  6. Gunakan krim perlindung matahari walaupun di dalam rumah

Selain itu, pengambilan vitamin dan suplemen yang sesuai juga sangat membantu dalam proses mendapat kulit yang cantik. Ini kerana kulit kita memerlukan nutrisi yang mencukupi bagi mengekalkan kelembapan serta keanjalan kulit.

Pada entry kali ini, saya ingin menyampaikan satu berita baik kepada anda. Apa dia ye? 

Bulan ini julung kalinya, ada promosi yang sangat best !!!


Rahmah Set A



Rahmah Set B


Promosi Sehingga 31 May 2023


Vitamin Kulit  Cantik ini terdiri daripada gabungan produk ESP (ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder With Vanilla) dan juga Vitamin C (Sustained Release Vita-C Plus). 

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah ini memang mampu dimiliki oleh semua golongan kerana potongan harganya yang tidak masuk akal ! 


💗 Harga Runcit ESP : RM 173.75
💗 Harga Ahli ESP : RM 139.00

💗 Harga Runcit Vitamin C : RM 115
💗 Harga Ahli Vitamin C : RM 92


Tapiii... Jika anda dapatkan promosi ini, harga untuk 2 produk ini hanyalah RM 99 SAHAJA. Macam tak percayakan? 

Jika anda beli Set A, PERCUMA Yuran Keahlian RM 35. Untuk SET B pula, PERCUMA Yuran Keahlian RM 35 dan Kos Pos Rm 10. Wahhh jimat sangat ni !!!




ESP 


ESP (Energizing Soy Protein)


Energizing Soy Protein diiktiraf seluruh dunia kerana mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan memiliki kualiti protin yang tinggi. Kacang soya yang digunakan adalah "non-GMO" yang mana ianya tidak diubah secara genetik dan diproses pada kadar suhu yang rendah. Setiap 850g (satu tong ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai diambil oleh semua golongan sama ada tua atau muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, dan sangat sesuai diambil oleh pengidap kencing manis.

Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, ianya rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh badan kita. 



Kebaikan Dan Manfaat ESP 


💚 Mengandungi Niacinamide dan Isoflavone yang akan membantu mencantikkan kulit, mengecutkan, mengatasi masalah kulit kusam, memudarkan parut jerawat dan merangsang merangsang kulit agar kelihatan lebih muda, anjal dan gebu

💚 Asid amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland, tulang, gigi dan lain - lain yang kuat dan sihat. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda. 

💚 Kacang soya adalah satu - satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

💚 Baik untuk prostat. Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopous dan pembesaran prostat.
   

💚 Membekalkan tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun badan, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

💚 Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua. 

💚 Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

💚 Membantu menghasilkan susu badan dengan banyak

💚 Mampu memberi rasa kenyang yang lebih lama

💚 Mengatasi masalah gastrik



Vitamin C (Sustained Release Vita - C Plus)


 
Vitamin C


Setiap tablet Vitamin C mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid yang diekstark dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C didalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas. 

Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500 mg) dan pembebasan Vitamin C buah tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C didalam 2 tablet Vitamin C Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam.



Kebaikan Dan Manfaat Vitamin C Shaklee

💙 Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu menghalang otot menjadi lembik. 

💙 Mencerahkan kulit dan membantu melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukkan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 

💙 Meningkatkan sistem imun badan, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

💙 Mengatasi masalah gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecedaraan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar. 

💙 Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi. 

💙 Anti - oksida yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel - sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Mampu menghapuskan radikal - radikal bebas sebelum ia menyerang sel - sel kita. 

💙 Memperbaiki insomnia, stress dan masalah berkaitan mental seperti keresahan dan kemurungan. 



Testimoni Pengguna Set Kulit Cantik



Testimoni 1




Testimoni 2




Testimoni 3


Macam mane? Bestkan promosi bulan ini. Jadi apa tunggu lagi, hubungi saya segera di StarRich4u untuk dapatkan Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah hari ini juga ye 😍.

Terima kasih saya ucapkan kerana sudi singgah dientry ini, sehingga kita berjumpa lagi dientry yang akan datang, InsyaAllah.



Love 💙

Ayunie StarRich4u



#StarRich4u
#NextLevelBlogging
#Blogmegashaklee
#ShakleeThrive2023
#ShakleeTriumph2023
#ShakleeTerengganu
#ReadyStock
#RahmahMeal




Rabu, 29 Mac 2023

21 Formula Hidup Luar Biasa



Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya nak kongsikan tentang "21 Formula Hidup Luar Biasa".

Jom sama - sama kita amalkan setiap hari, semoga kita semua dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, InsyaAllah.


1) The power of SEDEKAH
2) The power of SEIKHLAS
3) The power of SERAH
4) The power of SYUKUR
5) The power of SEMANGAT
6) The power of SABAR
7) The power of SALAM
8) The power of SAYANG
9) The power of SEGERA
10) The power of SEJAHTERA JIWA
11) The power of SELAWAT
12) The power of SENYUM
13) The power of SERVICING OTHERS
14) The power of SIDDIQ
15) The power of SILATURAHIM
16) The power of SUASANA
17) The power of SUCI
18) The power of SUJUD
19) The power of SUNNAH
20) The power of SYAFAAT
21) The power of SUBMISSION : DOA


Jangan sesekali kita merasa berputus asa, perlu sentiasa bersemangat dan Bangkit Berniaga !


Love 💕

Ayunie Ali StarRich


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu 
#readystock


Sabtu, 25 Mac 2023

Shaklee Fun Day Dan Bisnes Shaklee Sangat Best !

 


Fun Day @ Shaklee Shops

Assalamualaikum. Hai semua, terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Hari ni saya ingin kongsikan sesuatu yang sangat menarik ! 



Shaklee Shop


Dekorasi Yang Menarik

Baru - baru ini iaitu pada 18 Mac 2023 (Sabtu) , pihak Shaklee telah mengadakan Shaklee Fun Day  secara serentak bertempat di Shaklee Shops. Ia diadakan di empat buah Shaklee Shop terpilih iaitu di Home Office Petaling Jaya, Shaklee Shop di Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Kota Bharu.



Full house 

Kalau nak tahu, event ini adalah julung kalinya diadakan oleh pihak Shaklee dan sambutannya diluar jangkaan, meriah sungguh sampaikan full house ! Bestnya fun day ini kerana kita boleh bawa keluarga masing - masing, pelanggan dan prospek kita sekali. Fun day ini terbuka kepada semua ahli Shaklee dan sesiapa sahaja yang ingin menjadi ahli.



Hadiah Menarik Disediakan



Hadiah Untuk Ahli Shaklee



Hadiah Untuk Ahli Baru


Pelbagai hadiah menarik telah disediakan oleh pihak Shaklee untuk setiap pembelian produk oleh ahli Shaklee dan juga pelanggan baru yang ingin mendaftar menjadi ahli pada hari tersebut. Antara hadiahnya ialah payung ekslusif Shaklee, book note purple yang sangat cantik, city beg, beg D'Daun, ceramic mug with lid, blue shimmer cosmetic case dan banyak lagi. 



Promosi Youth Skincare 


Apa yang menarik lagi di event ini? Paling yang ditunggu - tunggu oleh semua pastinya promosi Youth Skincare. Ada empat produk Youth Skincare yang ada potongan harga antara 5 - 10 %. Bestkan?



Borong Youth Skincare 


Apa lagi, semua yang hadir berebut - rebut dan tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk membeli dan tambah stok jualan masing - masing. Bayangkan dalam beberapa jam sahaja, stok Night Cream di semua Shaklee Shops habis licin. Dahsyat betulkan ! Setiap pembelian akan dapat free gift dan harga promosi.

   

Performance Drink Lime Disediakan


   

Cinch Shake 3 Perasa Disediakan


Pihak Shaklee juga ada menyediakan Performance Drink Lime untuk semua yang hadir. Masing - masing boleh merasai sendiri kesedapan minuman ini secara percuma. Hilang terus rasa dahaga dan ianya sangat menyegarkan badan. Hidangan Cinch Shake pelbagai perasa seperti Vanilla, Chocolate dan Cinch Latte turut disediakan. Tetamu yang hadir boleh minum dan tambah sesuka hati. Masa ni ramai yang mengambil kesempatan untuk mencuba. Sedap betul minuman yang telah disediakan oleh pihak Shaklee ni.



Konsultasi Bersama Pakar Nutrisi Puan Sarah


Selain itu, pihak Shaklee juga menyediakan ruangan untuk pengunjung memeriksa tahap kesihatan masing - masing dan mendapatkan khidmat nasihat yang terbaik. Kita boleh periksa tahap kesihatan kulit, kekuatan tulang dan juga seluruh badan (contoh memeriksa lemak, otot dan sewaktu dengannya).



Sertai Kami Sekarang


Kenapa Bisnes Shaklee Ini Sangat Best :

  • Produk pilihan no 1 rakyat Malaysia. Terbukti selamat, berkesan dan semulajadi. Mempunyai landmark study yang disokong oleh para doktor dan sainstis. 
  • Mempunyai circle bisnes yang sangat best. Tidak kira dari upline, downline, sideline dan dari pihak Shaklee sendiri. 
  • Bisnes yang adil. Siapa buat dia yang dapat, tidak kira upline atau downline. Tiada istilah mengkayakan orang atasan.
  • Bisnes Shaklee sangat istimewa kerana ianya boleh diwarisi oleh anak - anak. Jadi jika kita dah meninggal dunia, bisnes ini tidak akan terhenti disitu sahaja tetapi boleh disambung semula oleh anak - anak. 
  • Banyak reward disediakan sama ada dari pihak Shaklee mahupun dari team. Pihak Shaklee menawarkan beberapa reward seperti bonus tunai, bonus untuk membeli kereta, percutian 5 bintang ke luar negara secara percuma dan lain - lain reward lagi. 
  • Banyak training dan kelas disediakan. Pelbagai ilmu diberikan secara percuma meliputi ilmu tentang produk, kesihatan, branding, marketing, cara close sale dengan berkesan dan lain - lain lagi. Ilmu keagamaan dan motivasi juga turut dikongsikan.
  • Permintaan terhadap suplemen sentiasa ada. Semenjak wabak covid 19 melanda di seluruh dunia, permintaan terhadap suplemen meningkat secara mendadak. Orang ramai makin celik ilmu tentang kepentingan suplemen dalam menjaga kesihatan mereka. Pengambilan suplemen perlulah diambil ketika badan kita masih sihat dan secara konsisten untuk dapatkan kesihatan yang optimum dan terbaik setiap masa.


Hubungi Kami Segera


Jadi apa tunggu lagi, dapatkan suplemen terbaik produk Shaklee hari ini juga !

Anda tengah mencari - cari bisnes yang sesuai untuk menambah pendapatan bulanan? Bisnes tanpa modal besar tapi income masuk secara konsisten setiap bulan? Shaklee adalah bisnes terbaik pilihan anda. 

  • Tak perlu modal yang besar. Hanya perlu bayar Rm 35 sahaja (yuran ahli) ketika mendaftar dan anda boleh mulakan bisnes Shaklee dengan segera. Atau  buat belian lebih kurang Rm 350+ dalam satu resit dapat percuma yuran ahli dan kos pos.
  • Tak perlu pegang stok. Bila ada order masuk, boleh terus order secara online di laman web Shaklee
  • Tak perlu packing barang. Semuanya akan disiapkan oleh pihak Shaklee
  • Tak perlu keluar pergi pos. Pihak Shaklee akan poskan untuk kita melalui kurier GDex


Apa Tunggu Lagi, Ayuh MULAKAN SEKARANG !


Kenapa sekarang, kerana setiap 14 hari bulan Shaklee akan masukkan bonus tunai ke dalam akaun masing - masing hasil jualan untuk bulan sebelumnya. Jika lambat start bisnes, lambat la dapat hasilnya. Betul tak? Masa tu orang lain belum dapat gaji lagi, tapi kita dah dapat bonus hasil usaha bisnes kita. Bestkan !

Jangan segan silu untuk hubungi saya dengan menekan link ini nakJoinStarRich4u .

InsyaAllah saya akan membantu anda dengan sebaik yang mungkin dari segi cara mendapatkan produk Shaklee, khidmat nasihat cara pengambilan produk Shaklee dengan betul, pendaftaran keahlian Shaklee, cara untuk mulakan bisnes dan lain - lain lagi. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan silu untuk bertanya ye.

Saya juga sangat aktif di media sosial seperti Facebook, Instagram (IG) dan juga Tiktok. Jemput untuk follow dan kita boleh kenal dengan lebih rapat ye.

Terima kasih kerana sudi membaca entry saya pada kali ini. Insyaallah, kita bertemu lagi di entry seterusnya. Jemput follow next entry ye 😊.


Love 💓
 
Ayunie Ali StarRich



#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu 
#readystock




Rabu, 22 Mac 2023

Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu

 


Assalamualaikum dan salam ceria. Alhamdulilah hari ini saya diberi kesempatan untuk menulis entry terbaru mengenai "Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu". Sebelum ini, saya ada berkongsi tentang Intermittent Fasting di entry yang lepas. 



Shaklee Business Solutions


Sabtu baru - baru ini iaitu pada 18.3.2023 telah diadakan Business Shaklee Solutions di TH Hotel Kelana Jaya. Walaupun saya tinggal di Kuala Terengganu, saya tetap tidak melepaskan peluang untuk hadir dan mengikuti training ini secara online di aplikasi zoom. 

Training ini mengenai ilmu - ilmu tentang pemakanan dan telah disampaikan oleh Dr. Redza Rahman iaitu seorang Saintis Genomics. Topik yang telah disampaikan adalah mengenai Puasa dan amat bersesuaian dengan keadaan sekarang memandangkan bulan Ramadhan akan muncul tiba tidak lama lagi.


                               
Kebaikan Berpuasa


Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut lagi, sama - sama kita fahamkan terlebih dahulu apa itu Intermittent Fasting . 

Intermittent Fasting (wet fasting) ialah Diet Puasa dan juga dipanggil dengan nama ringkasnya iaitu IF. Ia merupakan sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa. 

Kaedah diet lain lebih memfokuskan apa yang anda makan serta kuantiti yang dimakan. Tetapi Intermittent Fasting (IF) lebih tertumpu kepada bila anda makan (waktu). Melalui kaedah ini, anda hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, anda akan berpuasa. Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan untuk membakar lemak dengan cepat.

Tetapi sebenarnya didalam keterujaan kita mengamalkan IF ini, ada kesan buruk yang akan dirasai oleh badan kita tanpa kita sedar.


Adakah Intermittent Fasting (Wet Fasting) Sama Dengan Puasa Penuh (Dry Fasting) ?

Semasa IF kita dilarang sama sekali mengambil sebarang kalori tetapi dibenarkan minum air atau minuman yang tiada kalori. Semasa Berpuasa (Dry Fasting) pula, kita tidak dibenarkan minum atau makan sepenuhnya. Kedua - dua situasi ini sangat berbeza dari segi amalan dan kadar dehidrasi.


Apa Itu Autophagy?



Proses Autophagy


Autophagy
 merupakan proses memakan sel yang rosak, bertoksik atau bermasalah dengan menghasilkan sel baru atau sel sihat. Semasa melakukan IF atau berpuasa penuh (puasa dalam bulan Ramadan ataupun berpuasa sunat), proses autophagy akan berlaku. Mekanisma autophagy memberi peluang kepada badan memelihara badan dimana ia boleh mengeluarkan sel - sel yang rosak dan kitar semula bahagian yang perlu untuk dibersihkan secara selular. 

Untuk mencapai kadar autophagy ini, anda perlu melakukan IF sekurang - kurangnya 18 jam ke atas. Boleh rujuk jadual dibawah ye. Manakala untuk mencapai kemuncak autophagy memerlukan 72 jam IF barulah fungsi autophagy akan berlaku dalam badan iaitu kira - kira selama 3 hari dengan hanya perlu minum air sahaja. Persoalannya, adakah kita mampu untuk bertahan dengan hanya minum tanpa zero kalori untuk 3 hari tersebut?



Kebaikan Berpuasa Mengikut Jam


Betapa indahnya agama Islam ini kerana kita mempunyai amalan berpuasa. Tidak kira sama ada berpuasa di bulan Ramadan ataupun amalan puasa sunat iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Kajian menunjukkan, dengan amalan berpuasa penuh (dry fasting) selama lebih kurang 13 jam, autophagy lebih cepat dicapai. Dalam waktu 13 jam ini, kekurangan nutrisi dalam badan dapat dikurangkan kerana jarak 13 jam masih sesuai untuk badan manusia.

Signal perut, otak dan pankreas akan lebih stabil di waktu kita berpuasa secara penuh seharian tanpa minuman dan makanan. Jadi kenapa kita nak susahkan diri selama 72 jam sedangkan kita boleh capai autophagy secara maksimum hanya dengan "Berpuasa Penuh" walaupun hanya dalam sehari.


Cara Untuk Capai Autophagy :

  1. Intermittent Fasting (IF) atau puasa penuh
  2. Amalkan pemakanan tinggi lemak dan rendah karbohidrat
  3. Tidur dan rehat secukupnya
  4. Selalu bersenam
  5. Pengambilan suplemen yang mencukupi

Manfaat Autophagy :

  1. Fungsi imun sistem dapat dipertingkatkan
  2. Protein toksin dapat dikeluarkan daripada sel
  3. Tingkatkan fungsi kognitif
  4. Melindungi sistem saraf
  5. Lebih banyak tenaga kepada mitokondria

Suplemen Yang Dapat Aktifkan Autophagy


Selain itu juga, Dr. Redza ada berkongsi beberapa jenis suplemen yang dapat membantu mempercepatkan proses autophagy selain berpuasa iaitu :

  1. Resveratrol
  2. Astaxanthin
  3. Berberine
  4. Citrus Bergamot
  5. Turmeric
Lihatlah sendiri, betapa beruntungnya  pengamal - pengamal produk Shaklee. Berdasarkan gambar rajah diatasi, ada 4 jenis produk dari Shaklee yang mempunyai Resveratrol iaitu Vivix, ResV dan CoqTrol Plus. Astaxanthin pula ada di dalam Carotomix.  Empat produk ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan sangat membantu mempercepatkan proses autophagy di dalam badan kita.



Manfaat Vivix 



Manfaat ResV



CoQ - Trol Plus 




Carotomix



Set Aktifkan Autophagy Shaklee


Memandangkan kita bakal menyambut bulan Ramadhan, pastikan sepanjang tempoh berpuasa ini anda dapatkan Suplemen Terbaik untuk keperluan seisi keluarga supaya badan kekal sihat, cergas dan produktif sepanjang bulan Ramadan. Pengambilan suplemen yang mencukupi amat membantu mempercepatkan autophagy dan badan menjadi lebih sihat.

Saya berharap perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada anda yang sedang membaca. Jangan lupa untuk sebarkan perkongsian ini kepada orang lain juga ye. Untuk mendapatkan suplemen terbaik ini jangan segan silu untuk hubungi saya di NakOrderShaklee

Panjang umur, ada pertemuan semoga kita berjumpa lagi di entry yang akan datang. InsyaAllah.


Love ♥️

Ayunie Ali StarRich


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu 
#readystock