Rabu, 18 September 2019

SENARAI HARGA PRODUK

Disini yunie sertakan senarai produk Shaklee dengan harga yang terkini.

PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2019 BELUM BERAKHIR !!!

Promosi Shaklee untuk bulan September 2019 belum berakhir. PROMOSI 1 : NUTRIFERON, PROMOSI 2 : YOUTH WELCOME SET, PROMOSI 3 : YOUTH PERFECT PAIR (Moisture Lock Day Cream + Moisturizer SPF50), PROMOSI 4 : WELCOME SET (VIVIX), PROMOSI 5 : YOUTH MASK COMBO, PROMOSI 6 : JOM SHAKLEE WELCOME SET (Setiap Pembelian Jom Shaklee Welcome Set anda akan dapat FREE POSTAGE + FREE MEMBERSHIP & CASH REBATE). Promosi hebat ini akan tamat pada 30 September ye. So cepat - cepat wasap yunie untuk dapatkan tawaran hebat ini dengan harga yang terlajak murah dan tidak masuk akal ni.

HAPPY TENGOK RESULT

Today, i'm so happy to see the results, walaupun ini hanyalah percubaan yang pertama dan hanyalah eksperimen semata - mata, tapikan ternyata membuahkan hasil walaupun memakan masa yang agak lama sedikit. Here we are come my "Lada Benggala & Cili". Ni belum masak lagi ni, so tak boleh petik lagi ye. Kena sabar sikit je lagi, lepas tu boleh petik dan masak dengan sayuran sendiri.

Selasa, 17 September 2019

MUDAHNYA BISNES SHAKLEE NI !

DONE ORDER BARANG UNTUK CUSTOMER & READY STOCK !!! Done... Done... Done... * PROMOTION YOUTH MOISTURE LOCK PLUS & SPF 50 * OSTEMATRIX * VITALEA * ALFALFA COMPLEX * LECITHIN * MEALSHAKE * HERBLAX * DISH WASH * HERBAL BLEND CREAM. Nak selit order, wasap yunie di https://wa.me/60182279679

DEMI MASA, MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN...

Assalamualaikum dan selamat petang. Ya Allah, hari ni dah 17 September 2019 rupanya. Cepatnya masa berlalu dan umur kita semakin meningkat. "Demi MASA sesungguhnya manusia itu dalam kerugian". Maka rugilah kita sebagai hambaNYA yang tidak memanfaatkan masa dan peluang yang diberikan untuk berbuat kebaikan selagi boleh. Makin ramai insan - insan yang kita kenal telah meninggalkan kita buat selama - lamanya. Tidak kurang juga yang sedang berjuang nyawa hingga ke hembusan yang terakhir. Sama - sama kita doakan semoga Allah memberikan kita peluang, masa dan kekuatan untuk kita sama - sama berubah ke arah kebaikan dan memanfaatkan peluang kehidupan ini dengan sebaik yang mungkin. Peluang kehidupan di atas muka bumi ini hanya diberikan sekali sahaja untuk setiap manusia. "Ya Allah bantulah kami untuk berubah, berilah kekuatan kepada kami untuk menggunakan masa dan peluang yang diberikan dengan sebaik mungkin". Aamiin ya rabal alamin.

Isnin, 16 September 2019

SELAMAT HARI MALAYSIA

Assalamualaikum dan salam hari Malaysia. Ramai ke yang tengah cuti - cuti Malaysia? Destinasi mana yang jadi pilihan hati kawan - kawan kali ni?

Ahad, 15 September 2019

TIPS PENTING DI MUSIM JEREBU

Disini terdapat beberapa tips berguna yang boleh kita amalkan ketika musim jerebu yang sedang melanda negara sekarang. Selamat mencuba ye!

MASALAH JEREBU YANG TIADA KESUDAHAN

Apakah Itu Jerebu? Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Punca utama jerebu adalah akibat daripada : Pembakaran secara terbuka, asap dari kilang dan asap dari kenderaan.

KENAPA MUDAH JATUH SAKIT?

Tahukah anda kenapa manusia mudah untuk jatuh sakit? Disini yunie senaraikan beberapa faktor yang boleh menjadi penyebab kepada permasalahan tersebut :

Sabtu, 14 September 2019

ADAKAH SIA - SIA???

4 hari dan 3 malam yunie stay up sampai pukul 2 pagi membina "BLOG" ini. Yunie ada sembang & bertanya pada en suami. "Abang, sayang takutlah, apa yang kita buat selama ni menjadi sia - sia". Suami tanya "Kita buat apa?". (Tak ada angin, tak ada ribut tiba - tiba yunie tanya macam tu memanglah suami pelik kan, hehe) "Ni semualah yang kita buat untuk bisnes kita ni." Suami jawab "Tu semua urusan Allah, kita sebagai hambaNya hanya mampu usaha dan doa sahaja, selebihnya kita serahkan pada DIA". Yunie hanya mampu mengangguk sambil menahan mata yang hampir layu (maklumlah dah lewat pagi, biasa tidur awal). Aaahhh sikit je lagi sambil tahan mata dari terlelap, kena kuatkan semangat !!! (Ronta hati sendiri). Kena buat sampai siap target untuk malam ni, baru boleh tidur, paksa diri sendiri !!!. Dan... Pada hari ini, semasa menunggu masuknya waktu Zohor, terdetik hati ini untuk membaca buku. Tak kisahlah buku apapun... Kalau nak tahu, bab membaca ni yunie malasss sikit, eh malas banyaklahhh tak macam adik yunie yang kaki buku tu. Berlambak - lambak buku dalam bilik ni yang belum dibaca sebenarnya. Ok nak try baca buku ni lah !!! Buku ni dah lama yunie beli tapiiiii... dibuat pekasammmmm dekat rak tu. Sekarang baru habis baca suku buku, tetapi yunie dah dapat jawapan kepada soalan - soalan semalam. Nak betul - betul faham tentang dunia perniagaan ni perlu rajin membaca kerana disitulah ada ilmu dan pengalaman orang lain yang boleh dijadikan contoh. Matlamat no 1 berniaga sebenarnya bukan untuk mengejar duit semata - mata. Jika duit no 1 yang dikejarnya, sebelum kita berjaya memang akan ramai yang akan give up dan berhenti terus dari berniaga. Paling penting kita perlu kena betul - betul faham prinsip dan asas berniaga barulah kita akan bersifat lebih terbuka dan open minded tentang strategik dan marketing dalam dunia perniagaan masa kini. #StarRich4u #BukuMotivasi #TujuanUtamaBerniaga

KATA - KATA ADALAH DOA...

Apa yang kita cakap itulah yang kita akan dapat. Bukti jelas dan nyata, niat dan kata - kata en suamiku. Nak naik kapal terbang yang PERTAMA KALI DALAM HIDUP untuk ke Mekah sahaja. Tempat lain tak nak, puas yunie pujuk suruh join sekali pergi bercuti ke luar negara dan dia tak nak. 

Sebab tu kalau yunie pergi bercuti terpaksa tinggalkannya di rumah. Nasib baik suami sporting. Nak kata en suami takut naik kapal terbang, tak nampak takutpun. Balik dari haji molek ada boleh pula dia pergi Bangkok dengan kawan - kawan dia. Confuseeee... 

Akhirnya Allah makbulkan kata - kata dan doanya. Kalau korang nak tahu giliran sebenar panggilan haji untuk en suami yunie ialah 106 tahun akan datang. Mane taknya, awal tahun 2018 selepas yunie dapat surat panggilan baru dia pergi daftar. Usah tanya kenapa sebab yunie dah habis air liur membebel suruh daftar sebelum kahwin lagi tau. 

Tapi kerana asbab rezeki yang kuat, tahun lepas Allah swt mempermudahkan segalanya. Paling kelakar staff TH pula tanya dia, "Dah takboh daftar haji ke ni? Isteri dapat panggilan tu" Hahahha, kami ke TH tu memang untuk daftar haji en suamilah. Kalau isteri tak dapat panggilan, entah berapa tahun lagi pulalah daftarnyeee... Emmmm no komen. 

Moral of the story, isteri sila paksa suami anda daftar haji segera jika si isteri sudah lama mendaftar. Kalau payah sangat, ikat tangan kaki suami dengan tali pastu angkat bawa pergi TH. Ade fahammmm kaa??? Hahahaha, gurau je lah ok .  

Alhamdulilah... Alhamdulilah... Alhamdulilah... Dengan segala rezeki, peluang dan miracle dalam kehidupan ini 💓. 


#StarRich4u 
#JurnalKesyukuran 
#ThrowbackSweetMemory