Sabtu, 14 September 2019
ADAKAH SIA - SIA???
4 hari dan 3 malam yunie stay up sampai pukul 2 pagi membina "BLOG" ini.
Yunie ada sembang & bertanya pada en suami. "Abang, sayang takutlah, apa yang kita buat selama ni menjadi sia - sia".
Suami tanya "Kita buat apa?". (Tak ada angin, tak ada ribut tiba - tiba yunie tanya macam tu memanglah suami pelik kan, hehe)
"Ni semualah yang kita buat untuk bisnes kita ni."
Suami jawab "Tu semua urusan Allah, kita sebagai hambaNya hanya mampu usaha dan doa sahaja, selebihnya kita serahkan pada DIA".
Yunie hanya mampu mengangguk sambil menahan mata yang hampir layu (maklumlah dah lewat pagi, biasa tidur awal).
Aaahhh sikit je lagi sambil tahan mata dari terlelap, kena kuatkan semangat !!! (Ronta hati sendiri).
Kena buat sampai siap target untuk malam ni, baru boleh tidur, paksa diri sendiri !!!.
Dan...
Pada hari ini, semasa menunggu masuknya waktu Zohor, terdetik hati ini untuk membaca buku.
Tak kisahlah buku apapun...
Kalau nak tahu, bab membaca ni yunie malasss sikit, eh malas banyaklahhh tak macam adik yunie yang kaki buku tu.
Berlambak - lambak buku dalam bilik ni yang belum dibaca sebenarnya.
Ok nak try baca buku ni lah !!!
Buku ni dah lama yunie beli tapiiiii... dibuat pekasammmmm dekat rak tu.
Sekarang baru habis baca suku buku, tetapi yunie dah dapat jawapan kepada soalan - soalan semalam.
Nak betul - betul faham tentang dunia perniagaan ni perlu rajin membaca kerana disitulah ada ilmu dan pengalaman orang lain yang boleh dijadikan contoh.
Matlamat no 1 berniaga sebenarnya bukan untuk mengejar duit semata - mata. Jika duit no 1 yang dikejarnya, sebelum kita berjaya memang akan ramai yang akan give up dan berhenti terus dari berniaga.
Paling penting kita perlu kena betul - betul faham prinsip dan asas berniaga barulah kita akan bersifat lebih terbuka dan open minded tentang strategik dan marketing dalam dunia perniagaan masa kini.
#StarRich4u
#BukuMotivasi
#TujuanUtamaBerniaga
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Menarik entry ni cikgu
BalasPadamTerima Kasih Rabia :)
PadamSama2 cikgu
BalasPadam