Rabu, 15 Mac 2023

Kurus Sebelum Raya Dengan Set Kurus Shaklee

 



Assalamualaikum dan apa khabar semua? Alhamdulilah bertemu lagi kita di entry terbaru saya ini. Pejam celik pejam celik tinggal 7 hari lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan yang sangat mulia iaitu Ramadan Kareem. Selepas sebulan berpuasa kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pula. Pasti semua dah tak sabarkan? 

Masa raya nanti, tentu sekali kita ingin kelihatan cantik, kurus, langsing, tampan bergaya dan dalam keadaan sihat supaya kita dapat beraya dengan hati yang gembira bersama semua ahli keluarga dan sahabat handai. Betul tak?

Di entry sebelum ini, saya ada berkongsi mengenai Set Puasa Shaklee bersama - sama kelebihan dan manfaatnya jika diambil. Pada entry kali ini pula, saya ingin berkongsi mengenai Set Kurus Shaklee yang akan membantu anda untuk kurus sebelum raya

Bulan Ramadhan adalah bulan dimana kita boleh menggandakan pahala dengan memperbanyakkan ibadah, sedekah dan amal kebajikan. Selain itu juga, bulan Ramadan adalah waktu terbaik untuk kita menguruskan badan. Ibaratnya, 2 dalam 1. Pahala dapat, kurus dan sihatpun dapat. 




Waktu ini adalah waktu terbaik untuk membakar lemak, menurunkan kolesterol jahat supaya badan lebih sihat dan bertenaga. Maka mudahlah untuk kita beribadat kerana badan menjadi lebih ringan, tidak mudah mengah atau selalu sakit lutut kerana terpaksa menanggung berat badan yang berlebihan. Tentu sekali kita tidak mahu "menternak lemak" ketika ini walaupun pelbagai juadah yang sedap - sedap ada di bazar Ramadhan dan ianya sangat menggugat kesabaran kita ketika berpuasa.

Puasa banyak memberikan kesan positif kepada kesihatan kita kerana sistem penghadaman dapat direhatkan seketika daripada  memproses makanan dan minuman seperti di hari biasa. Puasa juga boleh membantu meningkatkan imun sistem tubuh kita dan membuang toksin berlebihan. Kajian saintifik menunjukkan puasa dapat mengurangkan berat badan, merendahkan paras kolesterol, glukosa dan trigliserida dalam darah.




Maka, jika diambil Set Puasa dan Set Kurus secara serentak, pastinya akan memberikan kesan penurunan berat badan yang lebih cepat dalam masa yang singkat. Selain itu, dapat memberikan anda pengalaman berpuasa dengan lebih baik, bertenaga, aktif dan produktif sepanjang hari.  


KEPENTINGAN NUTRISI DALAM PROSES PENURUNAN BERAT BADAN

1. Membantu proses penurunan berat badan dengan cepat dan lebih berkesan
2. Melengkapkan badan dengan nutrisi seimbang
3. Memberikan rasa kenyang dan memenuhi nafsu makan tanpa perlu berlapar
4. Membantu organ - organ badan bekerja dengan lebih baik dan efektif



Set Kurus Shaklee @ Hello New You


Set Kurus Shaklee ini terdiri daripada gabungan produk - produk terbaik seperti Cinch Shake, Omega Guard, Lecithin, dan juga Herblax. Produk - produk ini sangat membantu untuk membakar lemak dengan cepat dan proses detox.


KEBAIKAN SET KURUS SHAKLEE 

1. Membantu menurunkan berat badan secara sihat tanpa kesan sampingan
2. Membentuk tubuh badan yang langsing dan menawan
3. Otot - otot lebih pejal dan padat
4. Memberi rasa kenyang yang lebih lama
5. Menurunkan kolesterol
6. Memberi lebih tenaga
7. Menambah baik proses pencernaan 
8. Meningkatkan sistem imun tubuh
9. Badan menjadi lebih ringan unrtuk beribadat


KEISTIMEWAAN SET KURUS SHAKLEE

1. Semulajadi
2. Berkesan
3. Selamat
4. Organik (bukan GMO)
5. Tiada pengawet tiruan
6. Tiada pemanis tiruan
7. Tiada pewarna tiruan
8. Tanpa gluten
9. Rendah Glisemik (GI)




TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE



Testimoni 1



Testimoni 2



Testimoni 3



Testimoni 4


Testimoni 5



Testimoni 6


Bagaimana Set Kurus Shaklee ini bertindak dalam proses penurunan berat badan? Set ini bertindak dengan konsep 3B



Bakar - Buang - Bina


KONSEP 3B : BAKAR - BUANG - BINA



Bakar Lemak Dengan Omega Guard Dan Lecithin


Omega Guard : 

Omega Guard membantu membakar lemak dengan cepat disamping membantu menurunkan kolesterol. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905 mg asid-lemak omega 3 EPA dan DHA. Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Minyak ikan ini diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun. 


Lecithin :

Pengambilan lecithin mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan kurus yang seimbang dan menghalang obesity. Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salurdarah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam tubuh. Lecithin diekstrak dari kacang soya organik bukan GMO. Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu. 



Buang Lemak Dengan Herblax


Herb-lax :

Herb-lax membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut dan mengempiskan perut. Ia juga membantu menyelesaikan masalah sembelit. Tindakan pembersihannya yang lembut  boleh mengambalikan semula proses semulajadi pergerakan usus dan secara langsungnya membantu masalah sembelit. Herb-lax mengandungi 9 herba semulajadi hasil kombinasi sains perubatan tradisional dan teknologi barat. Ia membantu pembersihan najis yang tersekat dengan merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita. 



Bina Otot Dengan Cinch Shake


Cinch Shake :

Cinch Shake adalah suplemen berbentuk serbuk yang mana mengandungi bahan utama dipanggil Leucine. Leucine bertanggungjawab untuk membantu pertumbuhan otot, sintesi protein, pembaharuan dan memperbaiki sel serta pengatur metabolisme. Setiap kali anda minum Cinch Shake, anda akan mendapat 24 gram protin, 24 jenis vitamin dan mineral penting serta 6 gram serat larut. Protin sangat penting kerana digunakan untuk membina otot dan ototlah menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protin juga boleh menahan kelaparan yang mana boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan antara waktu makan.

Rasanya dah panjang lebar saya kongsikan tentang kebaikan dan fungsi Set Kurus Shaklee ini.

Nak saya bantu untuk dapatkan berat badan yang ideal sebelum raya? Anda boleh hubungi saya dengan menekan link ini Nak Set Kurus Shaklee . 

Opssssss lupa nak beritahu, bulan Mac ini adalah bulan terakhir promosi untuk set ini tau. Jadi apa tunggu lagi, dapatkan segera dengan saya ye. 


Love 💜,

Ayunie Ali StarRich4u


#starrich4u 
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu 
#readystock

2 ulasan: