Assalamualaikum dan salam ceria. Alhamdulilah hari ini saya diberi kesempatan untuk menulis entry terbaru mengenai "Keburukan Intermittent Fasting Yang Ramai Tak Tahu". Sebelum ini, saya ada berkongsi tentang Intermittent Fasting di entry yang lepas.
Shaklee Business Solutions
Sabtu baru - baru ini iaitu pada 18.3.2023 telah diadakan Business Shaklee Solutions di TH Hotel Kelana Jaya. Walaupun saya tinggal di Kuala Terengganu, saya tetap tidak melepaskan peluang untuk hadir dan mengikuti training ini secara online di aplikasi zoom.
Training ini mengenai ilmu - ilmu tentang pemakanan dan telah disampaikan oleh Dr. Redza Rahman iaitu seorang Saintis Genomics. Topik yang telah disampaikan adalah mengenai Puasa dan amat bersesuaian dengan keadaan sekarang memandangkan bulan Ramadhan akan muncul tiba tidak lama lagi.
Kebaikan Berpuasa
Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut lagi, sama - sama kita fahamkan terlebih dahulu apa itu Intermittent Fasting .
Intermittent Fasting (wet fasting) ialah Diet Puasa dan juga dipanggil dengan nama ringkasnya iaitu IF. Ia merupakan sejenis kaedah diet yang menyusun pemakanan mengikut jadual yang digilirkan antara waktu makan dan waktu untuk anda berpuasa.
Kaedah diet lain lebih memfokuskan apa yang anda makan serta kuantiti yang dimakan. Tetapi Intermittent Fasting (IF) lebih tertumpu kepada bila anda makan (waktu). Melalui kaedah ini, anda hanya akan menikmati makanan pada waktu tertentu sahaja. Selain daripada waktu makan tersebut, anda akan berpuasa. Berpuasa selama beberapa jam setiap hari dan mengurangkan kekerapan waktu makan untuk membakar lemak dengan cepat.
Tetapi sebenarnya didalam keterujaan kita mengamalkan IF ini, ada kesan buruk yang akan dirasai oleh badan kita tanpa kita sedar.
Adakah Intermittent Fasting (Wet Fasting) Sama Dengan Puasa Penuh (Dry Fasting) ?
Semasa IF kita dilarang sama sekali mengambil sebarang kalori tetapi dibenarkan minum air atau minuman yang tiada kalori. Semasa Berpuasa (Dry Fasting) pula, kita tidak dibenarkan minum atau makan sepenuhnya. Kedua - dua situasi ini sangat berbeza dari segi amalan dan kadar dehidrasi.
Apa Itu Autophagy?
Proses Autophagy
Autophagy merupakan proses memakan sel yang rosak, bertoksik atau bermasalah dengan menghasilkan sel baru atau sel sihat. Semasa melakukan IF atau berpuasa penuh (puasa dalam bulan Ramadan ataupun berpuasa sunat), proses autophagy akan berlaku. Mekanisma autophagy memberi peluang kepada badan memelihara badan dimana ia boleh mengeluarkan sel - sel yang rosak dan kitar semula bahagian yang perlu untuk dibersihkan secara selular.
Untuk mencapai kadar autophagy ini, anda perlu melakukan IF sekurang - kurangnya 18 jam ke atas. Boleh rujuk jadual dibawah ye. Manakala untuk mencapai kemuncak autophagy memerlukan 72 jam IF barulah fungsi autophagy akan berlaku dalam badan iaitu kira - kira selama 3 hari dengan hanya perlu minum air sahaja. Persoalannya, adakah kita mampu untuk bertahan dengan hanya minum tanpa zero kalori untuk 3 hari tersebut?
Kebaikan Berpuasa Mengikut Jam
Betapa indahnya agama Islam ini kerana kita mempunyai amalan berpuasa. Tidak kira sama ada berpuasa di bulan Ramadan ataupun amalan puasa sunat iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Kajian menunjukkan, dengan amalan berpuasa penuh (dry fasting) selama lebih kurang 13 jam, autophagy lebih cepat dicapai. Dalam waktu 13 jam ini, kekurangan nutrisi dalam badan dapat dikurangkan kerana jarak 13 jam masih sesuai untuk badan manusia.
Signal perut, otak dan pankreas akan lebih stabil di waktu kita berpuasa secara penuh seharian tanpa minuman dan makanan. Jadi kenapa kita nak susahkan diri selama 72 jam sedangkan kita boleh capai autophagy secara maksimum hanya dengan "Berpuasa Penuh" walaupun hanya dalam sehari.
Cara Untuk Capai Autophagy :
- Intermittent Fasting (IF) atau puasa penuh
- Amalkan pemakanan tinggi lemak dan rendah karbohidrat
- Tidur dan rehat secukupnya
- Selalu bersenam
- Pengambilan suplemen yang mencukupi
Manfaat Autophagy :
- Fungsi imun sistem dapat dipertingkatkan
- Protein toksin dapat dikeluarkan daripada sel
- Tingkatkan fungsi kognitif
- Melindungi sistem saraf
- Lebih banyak tenaga kepada mitokondria
Suplemen Yang Dapat Aktifkan Autophagy
Selain itu juga, Dr. Redza ada berkongsi beberapa jenis suplemen yang dapat membantu mempercepatkan proses autophagy selain berpuasa iaitu :
- Resveratrol
- Astaxanthin
- Berberine
- Citrus Bergamot
- Turmeric
Lihatlah sendiri, betapa beruntungnya pengamal - pengamal produk Shaklee. Berdasarkan gambar rajah diatasi, ada 4 jenis produk dari Shaklee yang mempunyai Resveratrol iaitu Vivix, ResV dan CoqTrol Plus. Astaxanthin pula ada di dalam Carotomix. Empat produk ini mempunyai fungsi yang tersendiri dan sangat membantu mempercepatkan proses autophagy di dalam badan kita.
Manfaat Vivix
Manfaat ResV
CoQ - Trol Plus
Carotomix
Set Aktifkan Autophagy Shaklee
Memandangkan kita bakal menyambut bulan Ramadhan, pastikan sepanjang tempoh berpuasa ini anda dapatkan Suplemen Terbaik untuk keperluan seisi keluarga supaya badan kekal sihat, cergas dan produktif sepanjang bulan Ramadan. Pengambilan suplemen yang mencukupi amat membantu mempercepatkan autophagy dan badan menjadi lebih sihat.
Saya berharap perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada anda yang sedang membaca. Jangan lupa untuk sebarkan perkongsian ini kepada orang lain juga ye. Untuk mendapatkan suplemen terbaik ini jangan segan silu untuk hubungi saya di NakOrderShaklee
Panjang umur, ada pertemuan semoga kita berjumpa lagi di entry yang akan datang. InsyaAllah.
Love ♥️
Ayunie Ali StarRich
#starrich4u
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleethriumph2023
#shakleeterengganu
#readystock
Tiada ulasan:
Catat Ulasan