Selasa, 12 November 2019

MODUL : 50 FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN




1. BERSYUKUR
Bersyukur dengan apa yang ada sekarang & yang akan datang untuk memiliki lebih banyak lagi keberkatan kejayaan di masa hadapan.

2. PASSION
Jangan bazir masa membuat kerja yang anda tidak suka, bekerja mengikut minat (passion) adalah lebih baik.

3. ILMU
Tanpa ilmu anda tidak berpeluang membangkitkan kekuatan diri anda dan perniagaan anda.

4. TINDAKAN
Hanya bercakap sahaja tidak mencukupi untuk anda berjaya, tindakan pro - aktif perlu dilaksanakan juga untuk berjaya.

5. HADAPI RISIKO
Belajar mengambil risiko, pastikan risiko yang ingin ditempuh sudah dikenal pasti oleh anda terlebih dahulu.

6. BERANI
Berani berimpian besar, pastikan impian yang ingin dimiliki merupakan realistik untuk dicapai.

7. CIRCLE BERJAYA
Kelilingkan diri anda dengan orang berjaya, anda pasti akan berjaya juga.

8. TINDAKAN YANG PANTAS
Bertindak dengan pantas, "Fast Action, Fast Result", tetapi bertindak dengan bersandarkan ilmu yang tepat.

9. BEKERJA DENGAN ORANG YANG BETUL
Bekerja dengan orang yang mempunyai matlamat seperti anda, ia akan mempercepatkan lagi proses kejayaan.

10. KEMAHUAN YANG KUAT & SENTIASA POSITIF
Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan, berfikir secara positif setiap masa.

11. KELUAR DARI ZON SELESA
Keluar dari zon selesa anda, ia akan menjadi penghalang untuk anda tingkatkan potensi diri yang ada.

12. WANG BUKAN MATLAMAT UTAMA
Wang tidak sentiasa menjadi matlamat hidup, terdapat banyak lagi matlamat yang boleh mencetus kejayaan hidup.

13. PENTINGNYA ILMU
Jadikan ilmu sebagai sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Dengan ilmu anda boleh takluk dunia.

14. LEBIH MEMBERI
Banyakkan memberi dari menerima, kerana orang yang memberi adalah orang yang kaya.

15. TAMBAH NILAI KEHIDUPAN ORANG LAIN
Menambah nilai kehidupan orang lain merupakan matlamat yang lebih bermakna dari wang.

16. MEMBANTU ORANG LAIN
Untuk anda berjaya, anda mesti menjayakan orang lain terlebih dahulu.

17. JAGA KOLAM JIWA
Kolam hati mesti dijaga dan dicuci dengan melakukan perkara - perkara yang positif seperti solat, zikir dan banyak memanfaatkan orang lain.

18. SEMUANYA ADALAH DOA
Apa yang anda fikir, cakap, rasa dan buat semuanya adalah DOA.

19. KEGAGALAN ITU ADALAH KEJAYAAN
Jangan takut kepada kegagalan. Pelajari dari kegagalan tersebut dan gunakannya sebagai proses kejayaan anda. Kegagalan itu adalah kejayaan.

20. BERTINDAK LUAR BIASA
Bertindak luar biasa. Tindakan luar biasa akan memberi kejayaan yang pantas dan berlipat kali ganda.

21. BERSIFAT TERBUKA
Elakkan dari melakukan rutin harian yang tetap. Sentiasa bersifat terbuka kepada sesuatu yang baru dan jadikan diri anda fleksibel terhadap semua perkara.

22. FOKUS END RESULT
Impian atau hasil (end result) merupakan perkara yang perlu difokuskan terlebih dahulu. Letakkan seluruh tenaga, perasaan gembira dan positif terhadapnya. Proses untuk mencapai impian tersebut akan datang dengan sendirinya. Jangan lupa untuk bertindak.

23. BEKERJA DENGAN BIJAKSANA
Jadikan kerja anda sebagai satu seni karya yang hebat, bekerja dengan bijaksana.

24. KEBERANIAN BERTERUSAN
Keberanian berterusan diperlukan setiap masa kerana tekanan perniagaan tidak pernah berhenti.

25. KUASA FOKUS
Beri sepenuh perhatian dan fokus terhadapnya.

26. KUASA MAGNET FIKIRAN
Apa yang difikirkan merupakan magnet hidup, ia akan menarik lebih banyak perkara baik di dalam hidup anda.

27. DALAM KAWALAN
Sentiasa kekal momentum kerja anda, jangan hilang kawalan.

28. TERUSKAN PERJALANAN HIDUP
Masalah hidup akan wujud, teruskan perjalanan anda dan jangan berhenti.

29. BUAT SAMPAI SELESAI
Orang yang berjaya akan melakukan sesuatu perkara sehingga ia selesai. Orang yang gagal sahaja yang akan lakukan kerja sekerat jalan.

30. SELIDIK SEBELUM BERTINDAK
Melakukan penyelidikan sebelum bertindak akan memberi banyak kelebihan terhadap kerjaya anda.

31. BEKERJA DALAM KUMPULAN
Jangan bekerja seorang diri, bahagikan kerja itu kepada orang lain untuk lakukannya.

32. CABAR DIRI SENDIRI
Sentiasa mencabar diri untuk melakukan terbaik dari yang terbaik.

33. TUKAR HABIT NEGATIF KEPADA POSITIF
Kenal pasti tabiat (habit) negatif diri dan tukarkannya kepada bentuk yang lebih produktif.

34. BERKOMUNIKASI SECARA DIPLOMATIK
Gunakan cara diplomatik bila berkomunikasi. Jangan biarkan perasaan bercelaru semasa berkomunikasi.

35. BIG WHY YANG KUAT
Pastikan setiap matlamat mempunyai penyebab yang kukuh untuk dicapainya. Dengan adanya penyebab yang kukuh, anda akan lebih bersungguh - sungguh untuk mencapai matlamat tersebut. Penyebab boleh jadi orang yang anda sayang seperti ibubapa, isteri dan anak - anak.

36. JAGA KESIHATAN, KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN
Sekali sekala beri diri anda berehat. Kesihatan mental dan tubuh badan harus dijaga kerana kesihatan adalah kekayaan.

37. SENTIASA BELAJAR KEMAHIRAN BARU
Pelajari kemahiran baru untuk menambahkan lagi kelebihan potensi diri yang sedia ada. Kemahiran baru mungkin dapat mempercepatkan proses kejayaan.

38. RAIKAN KEJAYAAN
Raikan kejayaan, tidak kira sekecil mana kejayaan itu.

39. KONGSI KEJAYAAN
Kongsikan kejayaan anda dengan orang lain.

40. PERCAYA DENGAN KEMAMPUAN DIRI
Percaya dengan apa yang anda lakukan kerana ia akan menambahkan lagi keyakinan diri.

41. PENDENGAR YANG BAIK
Jadi pendengar yang bagus, ia akan membantu menarik lebih ramai orang datang kepada anda.

42. KENAL PASTI MASALAH
Kenal pasti masalah dan jadikannya satu penyelesaian kepada orang lain.

43. ISI MASA DENGAN SEBAIKNYA
Hormati masa, sentiasa membuat senarai semak harian bagi mengelak masa terbuang begitu sahaja.

44. MOTIVASI DIRI YANG TINGGI
Kekalkan motivasi diri yang tinggi setiap masa.

45. SETIAP HARI LEBIH BAIK
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

46. JADIKAN PENGEMBARAAN YANG MENGEMBIRAKAN
Jadikan proses menuju kejayaan sebagai satu pengembaraan yang mengembirakan diri.

47. JAUHI STRES
Jauhi dari stres dan juga orang di sekeliling yang stres, kerana stres akan memberri tenaga negatif kepada anda.

48. BERTANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab terhadap semua perkara yang anda lakukan.

49. MENJAGA SIKAP & POSITIF
Menjaga sikap diri, orang berjaya akan sentiasa bersikap positif setiap masa.

50. KEMBANGKAN MINDA DENGAN MENCARI ILMU
Kembangkan minda anda dengan mencari ilmu yang berguna melalui pembacaan, kursus, seminar dan sebagainya.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan