Isnin, 11 November 2019

FINALLY, SIAP KEMAS MY SOHO...




Alhamdulilah...
Alhamdulilah...
Alhamdulilah...

Sekecil - kecil kejayaan hargailah kerana ia menandakan kita menghargai diri sendiri dan segala penat lelah hasil usaha kita.

Hari ini 11.11.2019, maka siaplah my SOHO (Small Office Home Office) ku.

Lama ambil masa nak siap ni ðŸ˜‚, dari mengemas buat keluar barang dan harta karun entah berapa keturunan tak tahulah ðŸ’†, sembur racun anai - anai, cat baru, pasang tikar getah, pasang langsir dan kemas lagi dan lagiii..Haha

En suami banyak kali dah pok pek pok pek kerja asyik tertangguh je, dengan diuji lagi dengan gelombang tsunami perasaan sedih dan down tahap giler - giler. Huhuhuhu.

Tadi selepas en suami solat isyak kami berdoa sama - sama di dalam bilik ini semoga Allah panjangkan umur kami dan berikan kami peluang masa dan waktu supaya dapat menggunakan SOHO ini sebaik mungkin.

In Syaa Allah, semoga Allah swt izinkan.

* Credit : Terima kasih buat en suami, Kak Ayu dan Cik Mesi Ain yang banyak membantu dalam menjayakan misi mengemas ðŸ˜Š, tak lupa juga my mama Nooraz Abdul Aziz dan tokma yang bersabar kerana bising lekung lekang atas rumah macam orang nak berperang je ðŸ’£.

* Almari buku pemberian adik tersayang Afiq Othman
* Beg merah nostalgia pemberian mak saudara Khadijah Abd Aziz & bapa saudara Khal Yus.
* Pokok Skybird beli dengan adik ipar Salamah Muhamed siap hantar depan pintu, sebab tahu dah kakak ipar dia ni susah benar nak boleh keluar rumah ðŸ˜‚
* Langsir, time kemas terjumpa so pakai je lah, tak tahu siapa tuannya, harap tuan dia halal lah ye, banyak pahala dapat tu. Hihihi
* Meja putih lipat culik yang en suami punye, hartamu, hartaku jua ðŸ˜‰.

2 ulasan: