Ahad, 10 November 2019

10 FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN (PART 4)



30. SELIDIK SEBELUM BERTINDAK
Melakukan penyelidikan sebelum bertindak akan memberi banyak kelebihan terhadap kerjaya anda.

31. BEKERJA DALAM KUMPULAN
Jangan bekerja seorang diri, bahagikan kerja itu kepada orang lain untuk lakukannya.

32. CABAR DIRI SENDIRI
Sentiasa mencabar diri untuk melakukan terbaik dari yang terbaik.

33. TUKAR HABIT NEGATIF KEPADA POSITIF
Kenal pasti tabiat (habit) negatif diri dan tukarkannya kepada bentuk yang lebih produktif.

34. BERKOMUNIKASI SECARA DIPLOMATIK
Gunakan cara diplomatik bila berkomunikasi. Jangan biarkan perasaan bercelaru semasa berkomunikasi.

35. BIG WHY YANG KUAT
Pastikan setiap matlamat mempunyai penyebab yang kukuh untuk dicapainya. Dengan adanya penyebab yang kukuh, anda akan lebih bersungguh - sungguh untuk mencapai matlamat tersebut. Penyebab boleh jadi orang yang anda sayang seperti ibubapa, isteri dan anak - anak.

36. JAGA KESIHATAN, KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN
Sekali sekala beri diri anda berehat. Kesihatan mental dan tubuh badan harus dijaga kerana kesihatan adalah kekayaan.

37. SENTIASA BELAJAR KEMAHIRAN BARU
Pelajari kemahiran baru untuk menambahkan lagi kelebihan potensi diri yang sedia ada. Kemahiran baru mungkin dapat mempercepatkan proses kejayaan.

38. RAIKAN KEJAYAAN.
Raikan kejayaan, tidak kira sekecil mana kejayaan itu.

39. KONGSI KEJAYAAN.
Kongsikan kejayaan anda dengan orang lain.

40. PERCAYA DENGAN KEMAMPUAN DIRI.
Percaya dengan apa yang anda lakukan kerana ia akan menambahkan lagi keyakinan diri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan