Isnin, 4 November 2019

10 FORMULA MAGNET KEKAYAAN & KEJAYAAN (PART 3)




21. BERSIFAT TERBUKA
Elakkan dari melakukan rutin harian yang tetap. Sentiasa bersifat terbuka kepada sesuatu yang baru dan jadikan diri anda fleksibel terhadap semua perkara.

22. FOKUS END RESULT
Impian atau hasil (end result) merupakan perkara yang perlu difokuskan terlebih dahulu. Letakkan seluruh tenaga, perasaan gembira dan positif terhadapnya. Proses untuk mencapai impian tersebut akan datang dengan sendirinya. Jangan lupa untuk bertindak.

23. BEKERJA DENGAN BIJAKSANA
Jadikan kerja anda sebagai satu seni karya yang hebat, bekerja dengan bijaksana.

24. KEBERANIAN BERTERUSAN
Keberanian berterusan diperlukan setiap masa kerana tekanan perniagaan tidak pernah berhenti.

25. KUASA FOKUS
Beri sepenuh perhatian dan fokus terhadapnya.

26. KUASA MAGNET FIKIRAN
Apa yang difikirkan merupakan magnet hidup, ia akan menarik lebih banyak perkara baik di dalam hidup anda.

27. DALAM KAWALAN
Sentiasa kekal momentum kerja anda, jangan hilang kawalan.

28. TERUSKAN PERJALANAN HIDUP
Masalah hidup akan wujud, teruskan perjalanan anda dan jangan berhenti.

29. BUAT SAMPAI SELESAI
Orang yang berjaya akan melakukan sesuatu perkara sehingga ia selesai. Orang yang gagal sahaja yang akan lakukan kerja sekerat jalan.

30. SELIDIK SEBELUM BERTINDAK
Melakukan penyelidikan sebelum bertindak akan memberi banyak kelebihan terhadap kerjaya anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan