1. BERSYUKUR
Bersyukur dengan apa yang ada sekarang
& yang akan datang untuk memiliki lebih banyak lagi keberkatan kejayaan di masa
hadapan.
2. PASSION
Jangan bazir masa membuat kerja yang
anda tidak suka, bekerja mengikut minat (passion) adalah lebih baik.
3. ILMU
Tanpa ilmu anda tidak berpeluang
membangkitkan kekuatan diri anda dan perniagaan anda.
4.
TINDAKAN
Hanya bercakap sahaja tidak mencukupi
untuk anda berjaya, tindakan pro - aktif perlu dilaksanakan juga untuk berjaya.
5. HADAPI RISIKO
Belajar mengambil risiko, pastikan
risiko yang ingin ditempuh sudah dikenal pasti oleh anda terlebih dahulu.
6. BERANI
Berani berimpian besar, pastikan
impian yang ingin dimiliki merupakan realistik untuk dicapai.
7. CIRCLE BERJAYA
Kelilingkan diri anda dengan orang
berjaya, anda pasti akan berjaya juga.
8. TINDAKAN YANG PANTAS
Bertindak dengan pantas, "Fast Action, Fast Result", tetapi
bertindak dengan bersandarkan ilmu yang tepat.
9. BEKERJA DENGAN ORANG YANG BETUL
Bekerja dengan orang yang mempunyai
matlamat seperti anda, ia akan mempercepatkan lagi proses kejayaan.
10. KEMAHUAN YANG KUAT & SENTIASA POSITIF
Di mana ada kemahuan di situ ada
kejayaan, berfikir secara positif setiap masa.
11. KELUAR DARI ZON SELESA
Keluar dari zon selesa anda, ia akan
menjadi penghalang untuk anda tingkatkan potensi diri yang ada.
12. WANG BUKAN MATLAMAT UTAMA
Wang tidak sentiasa menjadi matlamat
hidup, terdapat banyak lagi matlamat yang boleh mencetus kejayaan hidup.
13. PENTINGNYA ILMU
Jadikan ilmu sebagai sesuatu yang
menarik untuk dipelajari. Dengan ilmu anda boleh takluk dunia.
14. LEBIH MEMBERI
Banyakkan memberi dari menerima, kerana
orang yang memberi adalah orang yang kaya.
15. TAMBAH NILAI KEHIDUPAN ORANG LAIN
Menambah nilai kehidupan orang lain
merupakan matlamat yang lebih bermakna dari wang.
16. MEMBANTU ORANG LAIN
Untuk anda berjaya, anda mesti
menjayakan orang lain terlebih dahulu.
17. JAGA KOLAM JIWA
Kolam hati mesti dijaga dan dicuci
dengan melakukan perkara - perkara yang positif seperti solat, zikir dan banyak
memanfaatkan orang lain.
18. SEMUANYA ADALAH DOA
Apa yang anda fikir, cakap, rasa dan
buat semuanya adalah DOA.
19. KEGAGALAN ITU ADALAH KEJAYAAN
Jangan takut kepada kegagalan.
Pelajari dari kegagalan tersebut dan gunakannya sebagai proses kejayaan anda.
Kegagalan itu adalah kejayaan.
20. BERTINDAK LUAR BIASA
Bertindak luar biasa. Tindakan luar
biasa akan memberi kejayaan yang pantas dan berlipat kali ganda.
21. BERSIFAT TERBUKA
Elakkan dari melakukan rutin harian
yang tetap. Sentiasa bersifat terbuka kepada sesuatu yang baru dan jadikan diri
anda fleksibel terhadap semua perkara.
22. FOKUS END RESULT
Impian atau hasil (end result)
merupakan perkara yang perlu difokuskan terlebih dahulu. Letakkan seluruh
tenaga, perasaan gembira dan positif terhadapnya. Proses untuk mencapai impian
tersebut akan datang dengan sendirinya. Jangan lupa untuk bertindak.
23. BEKERJA DENGAN BIJAKSANA
Jadikan kerja anda sebagai satu seni
karya yang hebat, bekerja dengan bijaksana.
24. KEBERANIAN BERTERUSAN
Keberanian berterusan diperlukan
setiap masa kerana tekanan perniagaan tidak pernah berhenti.
25. KUASA FOKUS
Beri sepenuh perhatian dan fokus
terhadapnya.
26. KUASA MAGNET FIKIRAN
Apa yang difikirkan merupakan magnet
hidup, ia akan menarik lebih banyak perkara baik di dalam hidup anda.
27. DALAM KAWALAN
Sentiasa kekal momentum kerja anda,
jangan hilang kawalan.
28. TERUSKAN PERJALANAN HIDUP
Masalah hidup akan wujud, teruskan
perjalanan anda dan jangan berhenti.
29. BUAT SAMPAI SELESAI
Orang yang berjaya akan melakukan
sesuatu perkara sehingga ia selesai. Orang yang gagal sahaja yang akan lakukan
kerja sekerat jalan.
30. SELIDIK SEBELUM BERTINDAK
Melakukan penyelidikan sebelum
bertindak akan memberi banyak kelebihan terhadap kerjaya anda.
31. BEKERJA DALAM KUMPULAN
Jangan bekerja seorang diri, bahagikan
kerja itu kepada orang lain untuk lakukannya.
32. CABAR DIRI SENDIRI
Sentiasa mencabar diri untuk melakukan
terbaik dari yang terbaik.
33. TUKAR HABIT NEGATIF KEPADA POSITIF
Kenal pasti tabiat (habit) negatif
diri dan tukarkannya kepada bentuk yang lebih produktif.
34. BERKOMUNIKASI SECARA DIPLOMATIK
Gunakan cara diplomatik bila
berkomunikasi. Jangan biarkan perasaan bercelaru semasa berkomunikasi.
35. BIG WHY YANG KUAT
Pastikan setiap matlamat mempunyai
penyebab yang kukuh untuk dicapainya. Dengan adanya penyebab yang kukuh, anda
akan lebih bersungguh - sungguh untuk mencapai matlamat tersebut. Penyebab
boleh jadi orang yang anda sayang seperti ibubapa, isteri dan anak - anak.
36. JAGA KESIHATAN, KESIHATAN ADALAH KEKAYAAN
Sekali sekala beri diri anda berehat.
Kesihatan mental dan tubuh badan harus dijaga kerana kesihatan adalah kekayaan.
37. SENTIASA BELAJAR KEMAHIRAN BARU
Pelajari kemahiran baru untuk
menambahkan lagi kelebihan potensi diri yang sedia ada. Kemahiran baru mungkin
dapat mempercepatkan proses kejayaan.
38. RAIKAN KEJAYAAN
Raikan kejayaan, tidak kira sekecil
mana kejayaan itu.
39. KONGSI KEJAYAAN
Kongsikan kejayaan anda dengan orang
lain.
40. PERCAYA DENGAN KEMAMPUAN DIRI
Percaya dengan apa yang anda lakukan
kerana ia akan menambahkan lagi keyakinan diri.
41. PENDENGAR YANG BAIK
Jadi pendengar yang bagus, ia akan
membantu menarik lebih ramai orang datang kepada anda.
42. KENAL PASTI MASALAH
Kenal pasti masalah dan jadikannya
satu penyelesaian kepada orang lain.
43. ISI MASA DENGAN SEBAIKNYA
Hormati masa, sentiasa membuat senarai
semak harian bagi mengelak masa terbuang begitu sahaja.
44. MOTIVASI DIRI YANG TINGGI
Kekalkan motivasi diri yang tinggi
setiap masa.
45. SETIAP HARI LEBIH BAIK
Jadikan hari ini lebih baik dari
semalam.
46. JADIKAN PENGEMBARAAN YANG MENGEMBIRAKAN
Jadikan proses menuju kejayaan sebagai
satu pengembaraan yang mengembirakan diri.
47. JAUHI STRES
Jauhi dari stres dan juga orang di
sekeliling yang stres, kerana stres akan memberri tenaga negatif kepada anda.
48. BERTANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab terhadap semua perkara
yang anda lakukan.
49. MENJAGA SIKAP & POSITIF
Menjaga sikap diri, orang berjaya akan
sentiasa bersikap positif setiap masa.
50. KEMBANGKAN MINDA DENGAN MENCARI ILMU
Kembangkan minda anda dengan mencari
ilmu yang berguna melalui pembacaan, kursus, seminar dan sebagainya.