Ahad, 20 Oktober 2019

BAYAM BRAZIL...




Alhamdulilah rezeki petang ni, pokok bayam Brazil pemberian seorang sahabat iaitu Kamilah Ismail & Cik Ngoh sekeluarga.

Terima kasih banyak - banyak 🌹.

Tambah lagi satu jenis pokok dan sayur - sayuran di #MyMiniGarden.

Kita tunggu pokok bayam Brazil ni membesar dan membiak banyak sikit.

Nanti boleh dibuat sebagai ulam - ulaman, memang sedap, segar dan berkhasiat ni 😋.
#StarRich4u
#BayamBrazil
#MyMiniGarden

CERITA SI BUAH MEMPELAM...



Nak tanya kalau dalam bahasa Kelate buah mempelam dipanggil ape?

Kalau tersalah cakap jadiiii xxxxxx.....

Nanti kena cubit dengan suami masing - masing 😂😂😂...

Buah mempelam ni yunie beli di Wakaf Che Yeh baru - baru ni...

Sedap juga, rasa berlemak dan tak masam...

Time demam leng ni molek sangatlah makan buah mempelam ni 😋...

Nanti bila pergi Kelate lagi nak borong banyak sikit...


HIDUP BUKANLAH MUDAH...


Alhamdulilah, hari ni baru bergerak satu langkah secara perlahan - lahan.

Masih cuba gagahkan diri sendiri selepas dipukul badai kuat 😢.

Terus Allah bagi rezeki, masuk order 👇👇👇
✔ Ostematrix
✔ B Complex

Sebagai permulaan...

Betullah, Allah tidak menjanjikan kehidupan kita ini akan mudah, tetapi Allah menjanjikan akan memberikan kekuatan dan pertolongan dariNYA.

ALHAMDULILAH...
ALHAMDULILAH...
ALHAMDULILAH...



TIPS BERHARGA...



TERASA GIVE UP & NAK TIPS ???

Kadang - kadang kita sebagai manusia mudah rasa give up dan sangat perlukan kata - kata motivasi.

Orang baru dalam dunia bisnes, nak mulakan bisnes tapi tak ada ilmu. Huhuhu

PEMBANTU KETIKA KEMURUNGAN & STRESS



MOOD SWING !!!

Biasanya di waktu pagi yunie akan ambil B Complex with Folic Asid ni satu biji sahaja.

Tapi sekarang tengah mood swing tak menentu so yunie ambil 2 biji.

B Complex with Folic Asid ni bukan sahaja vitamin untuk kesuburan dan saraf, tetapi vitamin anti stress atau kemurungan.

Siapa yang WAJIB ambil B Complex ni ??? 👇
✅ Orang yang selalu sentap tak tentu pasal
✅ Orang yang selalu kemurungan / kesedihan
✅ Orang yang selalu terdedah kepada stress
✅ Orang yang panas baran (kadang - kadang sukar kawal)
✅ Orang yang suka berkurung / hidup dalam dunia sendiri sahaja
✅ Pesakit darah tinggi (hypertension)
✅ Orang yang mempunyai masalah penyakit saraf
✅ Orang yang selalu terkena sakit lidah @ dalam mulut
✅ Orang yang mempunyai masalah kesuburan

Jangan kita sesekali pandang enteng pada masalah stress dan kemurungan.

Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan berita orang bunuh diri, terjun dari bangunan, suami isteri bunuh membunuh sesama sendiri, selepas itu dikeratnya 8 bahagian pula, dibakar dan dicampakkan ke dalam semak, dan bermacam - macam lagi berita yang menakutkan !!!

Allah 😢.

Semuanya berpunca dari keadaan emosi dan jiwa yang tidak terkawal, kemurungan dan stress.

Kita sebagai manusia biasa memang tidak dapat lari dari masalah dan ujian dunia, sebab itu kita perlukan pertolongan lain seperti vitamin selain memperbanyakkan istighfar, berdoa dan meminta pertolongan dari Allah swt yang maha esa.


Sabtu, 19 Oktober 2019

TANDA ALLAH SAYANG HAMBA - HAMBANYA...



Bila kita "jatuh" tanda Allah sedang menegur kita sebagai hambaNYA,

Bila kita sedang "naik" tanda Allah sedang menguji kita,

Kerana Allah sangat sayang kepada hamba - hambaNYA.

❤❤❤❤❤❤❤

TINGGAL 13 HARI JE LAGI !!!






Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua.

Yunie nak share promo murah - murah untuk Ostematrix tinggal 13 hari je lagi !!!

Promo Ostematrix ni akan berakhir pada 31 Oktober tau.

Jom lah sama - sama rebut peluang ini segera sementara stok masih ada.

Untuk sebarang pertanyaan dan order boleh wasap yunie di link ini https://wa.me/60182279679

Sabtu, 12 Oktober 2019

VIVIX PILIHAN DI MUSIM HAJI...




TERASA SIHAT SANGAT !!!

Vivix merupakan salah satu supplement pilihan kami sekeluarga dan kami bawanya semasa musim haji tahun lepas, 2018 (1439 H).

Alhamdulilah asbab minum Vivix secara konsisten sejak dari Malaysia lagi kami sekeluarga diberikan Allah kesihatan yang sangat tip top, bertenaga dan tidak mudah lesu.

Batuk - batuk adalah juga tapi sekejap je dalam beberapa hari je terus sembuh.

Masa di Arafah dan Mina syukur sangat kami langsung tak demam, selsema ataupun batuk.

Ada jemaah lain sampai merah matanya menahan demam dan batuk - batuk.

Kesian sungguh !!! Huhuhuhu.

Apabila balik saja dari Mina terus jemaah tersebut dikejarkan ke hospital kerana demam panas dan kerja - kerja haji terpaksa ditangguhkan sementara (jemaah tersebut masih dalam ihram).

Semuanya dengan izin Allah swt dan kami hanyalah berusaha dan berdoa sebagai hambaNya.

Alhamdulilah semuanya ok dan asbab diberikan kesihatan yang sangat baik, kami rasa sangat seronok dalam melakukan kerja - kerja ibadah haji ni.

Ini hanyalah sekadar perkongsian ikhlas yunie 😍.

⤵⤵⤵⤵⤵⤵⤵⤵⤵

Gambar kami semasa di Airport Jeddah, kami nak balik Malaysia dah ketika ni, selamat tinggal Madinah, Mekah dan Jeddah.

Panjang umur, ada rezeki dan dijemput Allah swt lagi, In Syaa Allah kami nak datang lagi ❤.

SENYUM :)



5 Keadaan Yang Akan Membuat Kita Tersenyum Tanda Syukur :

1. Senyumlah ketika anda bersama keluarga kerana masih ramai yang tidak memiliki keluarga...
2. Senyumlah apabila anda pergi bekerja kerana masih ramai mereka yang belum memilki pekerjaan...
3. Senyumlah ketika anda sihat kerana mereka yang sakit sanggup membayar dengan bayaran yang mahal untuk mendapat nikmat kesihatan...
4. Senyumlah kerana anda masih hidup kerana berapa ramai mereka yang telah mati bercita-cita untuk hidup kembali untuk melakukan amal soleh...
5. Senyumlah dengan apa yang anda miliki kerana berapa ramai mereka yang bercita-cita untuk menjadi seperti anda...

Senyuman itu tanda kita bersyukur kepada Allah swt & berterima kasih kepada manusia di sekeliling kita.
Jom senyum :)

BERDOALAH...


Selesai solat jangan lupa minta pada Allah secara bersungguh - sungguh 👇👇👇
✅ Semoga kita dilindungi daripada orang - orang yang mempunyai niat jahat terhadap diri kita & keluarga

✅ Dilindungi daripada jin, syaitan, iblis serta ilmu sihir & sebagainya

✅ Minta mati dalam Islam

✅ Mati dalam Iman

✅ Mati dalam Husnul Khotimah

✅ Mati dalam kesempurnaan (cukup anggota badan)

✅ Segala aib Allah tutup & lindungi daripada tersebar

Aamiin.

HASIL MY MINI GARDEN



New update from  #MyMiniGarden.

Alhamdulilah, hari ni masuk my mini garden sekejap untuk melihat hasil tanaman ku ini, lada benggala dah masak rupanya.

Tapi kan rasa sayang pula nak petik dan digunakan dalam masakan, hehe ❤.

Maklumlah ini kan hasil yang pertamalah katakan😉.